Monday, April 1, 2013

Palestin -tanah wakaf pertama

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد






Tahukah anda?

Inilah tanah wakaf yg pertama dlm islam. Dianugerahkan kpd Rasululullah SAW kpd Tamim bin Aus ad-Dari dan kpd anak cucunya sampai kiamat. Tanah wakaf ini ialah di palestin, iaitu di Hebron (Al Khalil), Beit-hanun, Al-Martum, Beit Ibrahim dan sekitarnya. Sesiapa yg persoal dan mengganggunya maka dia akan dimurkai dan dilaknat oleh Allah. Penyerahan ini disaksikan oleh Atiq bin Abi Quhafah, Umar Al-Khattab, Usman bin Affan dan ditulis oleh Ali bin Abi Talib r.a. dan disaksikan oleh Rasulullah SAW.

Ulasan: Dokumen penting ini adalah sandaran betapa mengiktiraf negara Israel bererti mengiktiraf penjajahan. Israel kini didirikan di atas tanah wakaf yang dianugerahkan kepada Tamim bin Aus ad-Dari dan keturunan sehingga akhir zaman oleh Rasulullah SAW. dan juga ke atas Baitul Maqdis yang juga merupakan wakaf bagi seluruh umat Islam. Barangsiapa mengganggu gugat tanah wakaf ini maka dia layaklah menerima kemurkaan dan laknat Allah, nauzubillahi minzalik. Maka bagaimanakah kedudukannya mereka yang mengakui penjajahan Israel ke atas tanah wakaf ini dengan bersedia untuk mengiktiraf negara haram Israel? - Inilah persoalan yang perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam yang bersedia untuk berdamai dengan Israel dan bersedia pula untuk mengiktirafnya.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

No comments: