Wednesday, September 17, 2014

Anda perihatin tak?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

By Dr.Abu Anas Madani




Orang Yang Paling Prihatin
Orang jahil, biasanya, dia akan merasakan dirinya sudah mengetahui banyak perkara.
Lalu, dia merasakan bahawa dia tidak perlu lagi belajar dan menghadiri kelas pengajian, tidak perlu mendengar, tidak perlu membaca, tidak perlu memahami, tidak perlu menghafal, tidak perlu bertanya, tidak perlu berdiskusi.
Sufyan As-Sauri rahimahullah berkata kepada murid-muridnya:
أتدرون أي الناس أحرص على العلم؟
"Tahukah kamu siapakah orang yang PALING PRIHATIN terhadap ilmu?"
Murid-muridnya diam dan tidak menjawab.
Lalu beliau berkata:
أعلمهم
"ORANG YANG PALING ALIM di kalangan mereka". [Tarikh Abi Zur'ah 1/550]
Teruskan keprihatinan terhadap ilmu dengan belajar. Jangan jadi orang jahil.
Semoga Allah keluarkan kita semua daripada gelap kejahilan kepada cahaya ilmu. 

No comments: