Wednesday, November 26, 2014

PEMBANTU RUMAH.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد





Mungkin banyak kelurga yang terpaksa mengambil pembantu rumah kerana keperluan yang mendesak. Kita tidaklah hendak menyalahkan mereka kerana kita sedar pentingnya pembantu rumah untuk membenatu suri rumah khususnya kalau bilangan keluarganya besar atau kerana mahu melanjutkan pelajaran.

Walau bagaimana pun kita merasakan pembantu rumah ini perlulah dibataskan tugas mereka.Janganlah mereka disuruh mengasuh dan menjaga anak , kerana dengan kejahilan dan kurangnya perasaan kasih saying dari mereka mungkin boleh menyebabkan mereka melakukan perbuatan yang akan memebawa kesan buruk terhadap masa hadapan kanak-kanak.

Perkara yang lebih penting yang saya ingin sentuh berhubung dengan pembantu rumah ini ialah mereka hendaklah dipilih dari  kalangan yang latar belakang yang baik dan akhlak yang mulia.Kalau tidak mereka akan membawa padah kepada rumahtangga dank an menjadi timbulnya fitnah serta memudahkan keburukan berlaku.

Bercakap mengenai pembantu rumah ini juga saya berharap mereka tidak dianiayai. Mereka hendaklah dikasihi dan tidak dibebankan dengan sesuatu kerja yang tidak terdaya oleh mereka. Andainya kita membebankan mereka dengan sesuatu. Mereka patutlah dibantu, sepertima yang tersebut dalam al Sunnah. Kata Anas “Aku bertugas dengan rasulullah saw sepuluh tahun dan baginda tidak pernah menengking aku.”

Dalam satu peristiwa yang diceritakan oleh Raj’ bin , katanya: “ Aku mengunjungi  Amir Al mukminin Umar bin Abdul Aziz pada suatu malam . Sedang kami berbual-bual lampu menjadi malap dan terus padam. Waktu itu khadamnya  sudah pun tidur. Kataku: Wahai Amirul mukminin  lampu itu sudah padam dan khadam sudah pun tidur biarlah aku yang memasangnya. Jawab Khalifah Umar bib Abdul Aziz” tidak wajar bagi tuan rumah menyuruh tetamunya melakukan sesuatu”. Baginda lalu meletakkan kainnya, kemudian menuang minyak dalam pelita dan menyalakannya.

Sebagai mengakhiri perbincangan dalam persoalan ini dapat dikatakan bahawa budi pekerti seorang itu tidak diketahui dengan pergaulannya dengan orang yang setaraf dengannya atau yang lebih tinggi daripadanya. Tetapi ianya akan diketahui dari sejauh mana kasih dan budi pekerti nya yang baik dengan orang yang lebih rendah kedudukan daripadanya.


Bagaimana penting sekali pun perkhidmatan pembantu rumah , tetapi anggota keluarga haruslah bergantung atas diri  sendiri dan seberapa boleh tidak menggunakan perkhidmatan mereka. Mengikut tokoh pendidikan Monteasory “ apabila kita menggunakan perkhidmatan seorang khadam maka kita menjadi tawanannya. Kalau kita mahu bebas kita harus sentiasa berkata “ aku tidak perlukan perkhidmatan sesiapa pun , kerana aku bukannya sakit”. Harus juga kita ingat bahawa setiap kali kita “menolong” kanak-kanak, maka kita telah merosakkkan mereka kerana dengan pertolongan itu kita telah menjadikan mereka bergantung kepada orang lain.

No comments: