Wednesday, November 19, 2014

PENDIDIKAN PERGANTUNGAN DAN PENDIDIKAN BEBAS. (Dependen or Independen)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Pendidikan bercorak pergantungan (Dependen) yang berlaku kepada orang lain merupakan ciri utama dalam pendidikan rumahtangga dalam Negara kita , iaitu dimana kebanyakan ibubapa tidak membenarkan anak-anak mereka melakukan sebarang kerja . Malah mereka akan melakukan untuk anak-anak mereka  (kalau ia perlu dilakukan ). Jika ia hendak membeli buku dan keperluan alat-alat tulis siayah akan menemaninya supaya ia tidak ditipu , solah-olah kemahiran itu tiba secara mendatang  sahaja dan bukan dari pengalaman serta kesalahan. Mungkin juga ibubapa menemani anak mereka kesekolah . Kalau mereka membawanya untuk berkelah , maka timbullah berbagai masaalah. Mereka mahu sianak duduk disisi mereka , khuatir kiranya sianak itu terjatuh dari memanjat pokok.

Pendidikan lunak seperti ini tidak dapat melahirkan  “orang-orang lelaki”. Malah ia melahirkan lembaga-lembaga yang tidak tahu berdiri diatas kaki sendiri dan tidak suka  kpeda “cabaran” . Padahal kedua-dua sifat ini  merupakan asas kejayaan dalam kehidupan. Kesan dari pendidikan lunak ini  melahirkan generasi yang lemah serta membawa keburukan kepada bangsa  dan Negara.

Seorang penulis ada menceritakan bahawa seorang pemuda dari Negara Barat telah memberitahu kedua ibubapanya waktu sedang makan  malam bahawa dia ingin sekali melihat Cape Town di Afrika Selatan . Kedua oarang tuanya bertanya tujuannya hendak kesana. Jawabnya untuk melancong dan berniaga. Menjelang keesokan paginya kedua-dua ibubapa itu mendapati anak mereka sudah pergi memulakan pengembaraan yang jauh dengan menaiki kapal tanpa sebarang keributan , tanpa persediaan yang banyak dan tanpa mengucapkan selamat jalan.

Saya masih ingat sewaktu saya mahu menjejakkan kaki ke Maktab Pergurun setengah abad yang lalu . Apabila saya mengambil barang-barang untuk pergi keasrama Makatab, suasana menjadi gamat dengan tangisan ibu dan kakak –kakak saya . seolah-olah saya hendak kebulan. Hampir seminggu saya masih teringatkan perpisahan yang menyayat hati itu.

Cerita ini saya bawa dan saya teringat kepada cara perpisahan yang kental serta bersemangat yang diucapkan oleh ibu-ibu kita  dahulu ketika mahu melepaskan anak-anak mereka kemedan perjuangan. Begitu juga saya teringat kata-kata seorang Arab ketika sedang menunggu ajalnya. 

Kata siArab itu kepada anaknya : “aku ingin mewasiatkan dikau supaya menjaga sipolan itu selepas akau mati” Maka kata anaknya “ Kalau orang yang hidup itu bergantung kepada wasiat simati , maka yang hidup itu sebenarnya yang mati.”

Dalam hubungan inisaya masih teringat kata-kata salah seorang pahlawan Arab. Katanya:-
Campaklah pelana keatas kuda dan pasangkan kekangnya.
Pakaikan perisai dikepalaku dan hulurkan pedang kepadaku.
Bila akan ku mulakan hidup kalautidak dimasa muda.
Bumi akan daku jelajahi, mencari yang halal tidak yang haram.
Mungkin berkelana menghapuskan kemiskinan atau mendekatkan maut.

Adalah jelas terdapat perbezaan yang besar Antara didikan silam kita dengan didikan hari ini ( yang menyebabkan perubahan kedudukan kita dikalangan masyrakat dunia). Dahulu datuk nenek kita memerintah dunia , kini kita menjadi melukut ditepi gantang.



No comments: