Tuesday, February 24, 2015

Bila bermimpi.....

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد





Adab dan sunnah Nabi s.a.w #55.
Abu Said Khudri r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
"Apabila sesiapa daripada kalangan kamu bermimpi dengan mimpi yang baik maka mimpi itu ialah daripada Allah lalu hendaklah dia memuji Allah atas mimpi tersebut dan hendaklah dia memberitahu orang lain tentang mimpi yang dilihatnya itu.
Sekiranya dia bermimpi, mimpi yang buruk maka itu ialah daripada syaitan dan hendaklah dia berlindung dengan Allah daripada keburukan mimpi itu dan janganlah dia memberitahu mimpi itu kepada sesiapa pun maka mimpi yang buruk itu tidak akan memudaratkannya."
Hadis Riwayat Tirmizi
Keterangan: Untuk berlindung daripada keburukan mimpi itu hendaklah dia ucapkan, "A'uzu billahi min syarha" yang bermaksud, "Saya berlindung dengan Allah daripada keburukan mimpi ini."

No comments: