Monday, June 20, 2016

KENALI NAFSU

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



Bismillah hirRahmanir Rahim
Bila iftar dengan ala kadar makanan, kita mengerti dan menyedari hal nafsu jasad.
Kena beberapa ketul kuih dan air, kenyanglah dia.
Sebelum dapat, nafsu itu mengganggu fikiran ingin itu ini bagaikan mampu mengabiskan semua makanan yang dia kehendaki.
Kenal nafsu, tahu ia di mana, maka baru mampu mengawalnya.
Nafsu itu kehendak jasad. Fikiran dalam keadaan beta mudah mengikutinya.
Nafsu itu sifatnya
1. Memberontak sebelum dapat sesuatu.
2. Sentiasa ingin sesuatu secara berlebihan.
3. Ketika sudah dapat, cepat jemu.
4. Sentiasa ingin dan ingin yang lain lagi yang bukan keperluan.
5. Mementingkan jasad sendiri yakni sifat keAKUan (Ego).
Mengawalnya dengan kesedaran tentang hakikat sifatnya. Sedar sifatnya, maka jiwa itu berada di atas nafsu.
Lalu jiwa itu tidak terikat dengannya. Lebih mengikuti fitrah yakni sentiasa ke Allah.
Bukan mengikuti kehendak jasad (nafsu) yang banyak inginkan sesuatu berasal dari kejadiannya jasad iaitu tanah (keduniaan).
Isyak dulu. Selamat berterawih.
Fuad Latip
14 Ramadhan 2016

No comments: