Hari ini adalah HARI HIJAB/ JILBAB SEDUNIA dan memperingati
Asy-Syahidah Marwah El-Syarbini yang mati ditikam sebanyak 18 kali kerana
mempertahankan Hijabnya. Jika di Malaysia(maaf cakap) perempuan mati dirogol
kerana membuka aurat. Antara anda dan Marwah, yang mana mati dalam keadaan
mulia? Mari kita baca kisahnya yang penuh sejarah ini:
Tidak banyak liputan
TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang
mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman
keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan
orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu
ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau
liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.
Ribuan penduduk Mesir
menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular
artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit
kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melaluitudungnya, yang
dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman
sebelum memberikan keterangan atas kesnya.
Ia mengadu tentang
seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya
disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah
menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di
saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia
menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya,
terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami
Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.
Dalam sejarah Islam,
seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang
Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan
antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita
meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu
jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.
Hari Jilbab
Antarabangsa
Umat Islam kini, apa
yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita
pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa,
melainkan media Islam khususnya di internet.
Untuk mengingati
peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa
as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab,
Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah
seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia
menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah.
Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab
Sedunia,” kata Abeer.
Seruan Abeer disambut
oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan
Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar
diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak
muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.
Profesor bidang
teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan
dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan
momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan
itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap
adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa
Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.
Nusser menegaskan bahawa
hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak
berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan
penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.
Sokongan untuk
mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim
Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan
masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak
perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat
yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga
tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,”
ujarnya.
Gerakan Islam di
rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab
Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS
dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.
Akhbar Jerman kurang
ajar, Perlekeh Marwa as Sharbini
Surat khabar Jerman,
Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi
penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.
Komentar-komentar itu
adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für
Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.
Salah satu pemberi
komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa
“Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan
masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh
Marwa dan melecehkan Marwa.
Pihak Die Welt pula
anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif
itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita
tentang insiden yang menimpa Marwa.
Media Jerman
menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan
kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh
adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.
Hal ini menunjukkan
bahawa benarnya firman ALLAH s.w.t, dalam surah Al-Anfal :-
" والذين كفروا بعضهم
أولياء بعض , الاّ تفعلوه
تكن فتنة في الأرض
و فساد كبير
"
mafhumnya :-
"Dan orang-orang jafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain.
Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan ALLAH (saling
melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang
besar" -al-Anfal, ayat 73- — with Shasha Al-amoudy and Jamiel Saalic.
No comments:
Post a Comment