Bismillahirrahmanirrahim.
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Asal usul
Nama yang utama ialah ‘Ka’bah’ itu sendiri. Namun, di dalam al-Quran, ada kalanya ia disebut dengan nama-nama lain.
1) Ka’bah ~ dalam Surah al-Maidah ayat 97. Dinamakan Kaabah kerana ketinggiannya dari tanah, bentuknya yang empat segi dan ia terpisah dari bangunan lain.
2) al-Bayt ~ dalam Surah ali Imran ayat 96 & 97, Surah al-Anfal ayat 35, Surah al-Hajj ayat 26 dan Surah Quraisy ayat 3. Ia bermaksud rumah, iaitu rumah Allah.
3) Baitullah , iaitu rumah Allah ~ dalam Surah al-Baqarah ayat 125
4) al-Bayt al-Haram, iaitu rumah suci (kerana diharamkan padanya pelbagai perkara) ~ dalam surah al-Maidah ayat 97
5) al-Bayt al-Atiq ~ dalam surah al-Hajj ayat 29 & 33. Ia bermaksud rumah pusaka, kerana ia merupakan rumah ibadat pertama yang dibina untuk peribadatan kepada Allah s.w.t.
6) Qiblah ~ dalam surah al-Baqarah ayat 144.
No comments:
Post a Comment