Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By- Mahmud mahdi Istanbuli
Suatu ketika seorang pendita
telah menziarahi suatu perkuburan. Beliau mendapati disana ada sorang wanita
yang menangis agak lebih kuat dari temannya. Lalu dia menghampiri wanita itu
sambil bertanya “siapa yang engkau
tangisi ini?”. Jawabnya “salah seorang keluargaku”. “ Bila ia meninggal?”Tanya pendita itu lagi.
Katanya “sejak dua bulan”. “Bagaimana orang itu dalam masa hidupnya?”Jawab
wanita itu “ia tidak menyusahkan orang, ia tidak menganiaya sesiapa dan tidak bergaul dengan sesiapa. Ia
keluar rumah dan kemesjid dan dari masjid kerumah sahaja”. Maka kata pendita
itu kepada wanita tadi “ eloklah kamu beredar dari sini, keluarga kamu itu
telah lama meninggal walaupun sebenarnya baru dua bulan dikebumikan”.
Cerita yang saya bawa
sebagai pendahuluan kepada tajuk ini bertujuan untuk menjelaskan pengertian
“akhlak negative”. Merupakan bahagian pertama dari akhlak Sementara satu bahagian lagi ialah akhlak
positif, yang membuatkan seseorang rela mendedahkan dirinya kepada kerugian
–dari segi kebendaan dan moral- demi untuk kebaikan orang lain.Disamping
sanggup memberikan perkhidmatan kepada manusia sekadar kemampuannya dan tidak
hanya sekadar melindungi bahaya dari mereka.Malah mereka sanggup menanggung
bahaya dan berkhidmat penuh sukarela kepada mereka serta sedia membantu mereka
dengan kekayaan dan kedudukannya.
Demikian tadi beberapa
ulasan berhubung dengan akhlak negative yang terbesar dikalangan sebahagian
besar keluarga kita. Sebahagian besar keluarga yang slaih, dapat kita melihat
terbatas pergaulannya dikalangan mereka sahaja dan hanya berpada dengan
menjamin kepentingannya sahaja. Sedangkan jiran mereka menderita dan mengeluh
mencium bau makanan mereka.
Bagi golongan seperti ini
saya perturunkan hadis Rasulullah saw mengenai hak jiran
“ Bukan dari orang mukmin
siapa yang tidur kerana kekeyangan sedangkan jiran disisinya kelaparan dan ia
mengetahui.”
Sesiapa yang tidak mengambil
berat tentang orang-orang islam seperti yang disebut didalam hadis tadi
dianggap tidak dianggap dari kalangan orang islam. Sesiapa yang tidak mengambil
berat terhadap orang-orang yang menderita maka ancaman mereka akan terkena keatasnya.
Justeru itu wajib bagi kita melindungi kekayaan kita dengan mengeluarkan zakat.
Akhlak negative (tidak baik)
tidak dapat menyelamatkan tuannya dan
tidak dapat mengikiskan dosa daripadanya. Dalam menerangkan wajib seseorang itu
menghiasi dirinya dengan akhlak yang positif,
Allah taala berfirman:“ Allah
bersama orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan”
No comments:
Post a Comment