Menurut kebiasaan dikalangan sebahagian besar keluarga
‘Arab’ si ayah akan menghabiskan waktu dikedai kopi dan ditengah –tengah
pekikan suara “khadam” desingan mainan domino dan asap rokok yang
berkepul-kepul. Manakala siibu pula akan bertandang ketempat pertemuan , untuk
menghabiskan waktu berceloteh dan berbual kosong.
Justru anak-anak terbiar merayap dijalan-jalanraya kerana
tidak ada orang yang mengawasi mereka. Lalu mereka mengunjungi
panggung-panggung wayang atau tempat-tempat hiburan. Kalau mereka mempunyai
wang mereka akan memuaskan keinginan mereka . Kalau tidak mereka akan mengeluh
serta menunggu orang yang boleh
memuaskan keinginan itu.
Inilah keadaan anak-anak bangsa dalam negara yang rakyatnya
menunggu-nunnggu mereka dengan penuh kesabaran , untuk membangunkan mereka
serta menunaikan tanggunjawab mereka. Sedangkan ibubapa mereka yang memikul
tanggungjawab yang berat iru berkeadaan demikian.
Dalam pada itu pun ramaimibubapa yang menyalahkan para guru
kerana terlalu banyak berlaku kegagalan disekolah. Mereka tidak sedar
sebenarnya merekalah yang bertanggungjawab
dalam keruntuhan akhlak itu.
Tempat-tempat pertemuan wanita ini selain dari keburukan
yang dijelaskan tadi, ia mendorong berlumab-lumaba mengejar aliran fesyen serta
mengorbankan banyak perbelanjaan dengantujuan mencari ‘populariti’ dan
bermegah-megah.
Wahai ibubapa sekelian , kita harus sedar bahawa anak-anak
ialah suatu amanah yang terletak diatas pundak anda. Ia adalah suatu kekayaan
yang berharga yang berada ditangananda sekelain. Janganlah amanah itu
dipersia-siakan. Jangan diabai kekayaan tersebut. Sedarilah bahawa sedikit
kecuaian dari anda sekelian akan menyebabkan kerugian yang besardari segi
kebendaan dan moralyang mungkin mengorbankan keselamatan serta kehidupan anda.
Sedarilah, anda sekelian adalah penjaga yang akan ditanya kelak tentang jagaan
anda.
Satya merayu kepada setiap ibubapa, hentikanlah dari
mengunjungi kedai-kedai kopi dan tempat perjumpaan untukmenumpukan perhatian
bagi mendidik anak-anak- kalau kita benar-benar ingin melahirkan generasi yang
berguna untuk negara dan bangsa.
No comments:
Post a Comment