Monday, March 2, 2020

TAZKIRAH KEHIDUPAN.



Kepercayaan dan cinta itu kadang-kadang boleh jadi datang daripada orang yang tak kita kenali.
Sebaliknya, orang yang telah lama berkawan atau rapat dengan kita, boleh menjadi orang yang paling hasad dengan kita.
Lihatlah Nabi Yusuf a.s. Saudara-saudaranya, orang yang paling dekat sengan dirinya mengungkapkan perkataan penuh hasad:
اقتلوا يوسف
"Bunuhlah Yusuf..." Bukan orang jauh, orang dekat, namun begitulah mereka mahu memperlakukan Yusuf.
Tetapi lihat pula orang yang tidak pernah mengenalinya ketika membelinya saat baginda dijual sebagai hamba, berkata:
أكرمي مثواه "Layanilah ia sebaiknya.." Yang jauh, yang tak pernah kenal, yang membelinya dalam pangkat dirinya hanyalah seorang hamba, bahkan meminta dirinya dilayan dengan baik.
Beginilah dalam hidup kadangkala kita alami.
Boleh jadi yang kita sangat rapat dan letakkan harap dalam hidup kita itu memakan dan mengambil kesempatan atas diri kita. Tetapi boleh jadi orang dari mana-mana saja datangnya, Allah campakkan rasa kasihnya kepada kita sehingga yang kita tidak kenal itu lebih banyak membantu dan memberi perlindungan kepada kita.
Demikianlah, rasa cinta dan kasih itu adalah rezeki daripada Allah s.w.t. Dan kita tak pernah ketahui ke hati siapakah dicampakkan rezeki itu.
Sebab itu, bersandar kepada Allah s.w.t. saja dalam hidup ini. Allahlah yang mampu lorongkan hati-hati yang baik ini untuk mencintai dan mengasihi kita meskipun tanpa kita pernah mengenali mereka. | Ustaz Afdholul |

No comments:

Post a Comment