Monday, April 6, 2020

AKHLAK ITU SUMBERNYA HATI.



Cercaan dan makian terhadap seseorang, sebenarnya langsung tidak akan merendahkan dan menjadikan seseorang itu hina

Ia sebenarnya menterjemahkan akhlak dan peribadi kita. Akhlak itu sumbernya hati. Bila mulut atau tulisannya berbicara kesat, itu tandanya akhlaknya rosak, hatinya parah.

Ingat, kemuliaan dan kehinaan seseorang itu ditentukan oleh ALLAH سبحانه وتعالی. Dialah yang berhak mengangkat makhluk yang diciptakan ini menjadi mulia atau hina.

Aras tertinggi ALLAH سبحانه وتعالی memuliakan seseorang itu adalah dengan tahap Taqwanya. Insan yang bertaqwa sudah pasti memiliki taqwa, baik ilmu, adab akhlak, amalan, kebenaran, kesabaran yang dipelihara dengan baik.

Orang yang dimuliakan oleh ALLAH سبحانه وتعالی juga, ia akan berhadapan dengan tentangan, hinaan, cercaan serta makian oleh mereka yang memusuhi kebenaran. Kerana itulah jalan yang telah dilalui dengan penuh getir oleh para Rasul terdahulu. KEMULIAAN DAN KEHINAAN. BUKANNYA DARI MAKHLUK.

No comments:

Post a Comment