catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Friday, October 23, 2020
KEGEMBIRAAN WAKTU SUBUH - JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA".
Kita sebagai umat Rasulullah ﷺ diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu...betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.
.
Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.
.
JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA.
.
1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq).
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)
.
Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.
.
2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah. Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ "aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata "tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu." Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.
.
3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak).
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.
.
4. Sesiapa yang solat Isyak berjemaah ( sekurangnya 2 orang) baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.
.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh m
No comments:
Post a Comment