Wednesday, August 25, 2021

Ibrah Lima Jari



IBU JARI selalu berkata baik dan menyanjung.

JARI TELUNJUK suka menunjuk dan memerintah.

JARI TENGAH suka menyombong, hanya kerana merasa paling panjang.

JARI MANIS selalu menjadi teladan, baik dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.

JARI KELINGKING biasanya lemah dan menjadi pak turut.

Dengan perbezaan setiap jari jemari ditangan kita dengan kekurangan dan kelebihan yang dimiliki masing-masing jari, mereka berada disatu tangan, jika digenggam  ia menjadi kuat, bersatu dan saling mengukuh antara satu sama lain.

Ibrah ini memberi contoh tentang bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam hidup. Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk saling menyayangi, tolong menolong, bersatu padu, berkongsi kelebihan, saling menghargai dan melengkapi.

Kita tidak dijadikan nafsi-nafsi dan saling mengenepi. Tidak juga saling menuduh, menyalah, merosak, iri hati serta saling memporakperandakan.

Semua perbezaan yang ada pada kita adalah keindahan, agar kita rendah hati dan menghargai orang lain, tidak ada satupun pekerjaan yang dapat kita selesaikan sendirian.

Kita terlihat punya kelebihan, hanya kerana orang lain punya kekurangan. Begitu juga sebaliknya.
Renungilah Firman Allah SWT:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Ali Imran ayat 103).

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

https://t.me/kapsul_tazkirah

No comments:

Post a Comment