Wednesday, September 29, 2021

Kehidupan Yang Barakah



Menurut istilah, barakah ertinya ziyadatul khair, iaitu “bertambahnya kebaikan” (Imam Al-Ghazali, Ensiklopedia Tasawuf, hlm. 79).

Para ulama juga menjelaskan makna barakah sebagai segala sesuatu yang banyak dan melimpah, mencakupi material dan spiritual, seperti keamanan, ketenangan, kesihatan, harta, anak, dan usia.

Dalam kehidupan harian, kita sering mendengar kalimah "mencari barakah", bermaksud mencari kebaikan atau tambahan kebaikan, baik kebaikan berupa bertambahnya harta, rezeki, mahupun berupa kesihatan, ilmu, dan amal kebaikan (pahala).

Hidup barakah, maknanya hidupnya subur, sentiasa bertambah, penuh dengan kemuliaan, ketenangan, kebahagiaan dan pahala.

Hartanya barakah, maknanya harta yang tidak putus-putus dapat disalurkan kepada kebaikan dan berpahala walaupun dia bukan orang kaya.

Ilmunya barakah, maknanya ilmu yang dimilikinya itu dapat diamalkan, bertambah dan dapat dimanfaatkan kepada kebaikan oleh dirinya dan orang lain serta menambahkan pahala buatnya.

Dalam Syarah Shahih Muslim karya Imam Nawawi disebutkan, barakah memiliki dua erti:

1.  Tumbuh, berkembang, atau bertambah 
2.  Kebaikan yang berkesinambungan. 

Menurut Imam Nawawi, asal makna barakah ialah “kebaikan yang banyak dan abadi”.

Barakah dalam erti kebaikan, keselamatan, dan kesejahteraan tercantum dalam firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya." (QS. Al-A'raf: 96).

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

https://t.me/kapsul_tazkirah

No comments:

Post a Comment