Thursday, November 11, 2021

Rasulullah صلى الله عليه وسلم Tidak Cepat Menghukum



جَاءَ مَاعِزُ بْنُ مَالِكٍ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ طَهِّرْنِي ‏.‏ فَقَالَ ‏"‏ وَيْحَكَ ارْجِعْ فَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ وَتُبْ إِلَيْهِ ‏"‏ ‏قَالَ فَرَجَعَ غَيْرَ بَعِيدٍ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ طَهِّرْنِي ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ وَيْحَكَ ارْجِعْ فَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ وَتُبْ إِلَيْهِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَرَجَعَ غَيْرَ بَعِيدٍ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ طَهِّرْنِي ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مِثْلَ ذَلِكَ حَتَّى إِذَا كَانَتِ الرَّابِعَةُ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ فِيمَ أُطَهِّرُكَ ‏"‏ ‏.‏ فَقَالَ مِنَ الزِّنَى ‏.‏

Ma'iz telah mendatangi dan menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sucikanlah aku". Rasulullah SAW menjawab: "Celakalah engkau, pulanglah, dan bertaubatlah kepada Allah SWT". Ma'iz pun bergerak pulang tetapi tidak lama daripada itu, dia datang semula dan berkata: "Ya Rasulullah, sucikanlah aku", maka Rasulullah SAW menjawab: "Celakalah engkau, pulanglah, pohonlah keampunan Allah SWT, dan bertaubatlah kepada-Nya". Ma'iz pun bergerak tetapi kemudian dia datang semula: "Ya Rasulullah, sucikanlah aku". Rasulullah SAW pun menjawab seperti sebelumnya sehinggalah kali yang keempat. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Untuk hal apa aku perlu sucikan diri mu?" Ma'iz menjawab: Daripada dosa zina.

فَسَأَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ أَبِهِ جُنُونٌ ‏"‏ ‏.‏ فَأُخْبِرَ أَنَّهُ لَيْسَ بِمَجْنُونٍ ‏.‏ فَقَالَ ‏"‏ أَشَرِبَ خَمْرًا ‏"‏ ‏.‏ فَقَامَ رَجُلٌ فَاسْتَنْكَهَهُ فَلَمْ يَجِدْ مِنْهُ رِيحَ خَمْرٍ ‏.‏ قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ أَزَنَيْتَ ‏"‏ ‏.‏ فَقَالَ نَعَمْ ‏.‏ فَأَمَرَ بِهِ فَرُجِمَ فَكَانَ النَّاسُ فِيهِ فِرْقَتَيْنِ قَائِلٌ يَقُولُ لَقَدْ هَلَكَ لَقَدْ أَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ وَقَائِلٌ يَقُولُ مَا تَوْبَةٌ أَفْضَلَ مِنْ تَوْبَةِ مَاعِزٍ أَنَّهُ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَوَضَعَ يَدَهُ فِي يَدِهِ ثُمَّ قَالَ اقْتُلْنِي بِالْحِجَارَةِ - قَالَ - فَلَبِثُوا بِذَلِكَ يَوْمَيْنِ أَوْ ثَلاَثَةً

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada orang yang berada disekelilingnya: "Adakah dia seorang yang gila?" Sahabat itu menjawab bahawa Ma'iz seorang yang waras. Rasulullah SAW bertanya lagi: "Adakah dia minum arak?", lalu seorang lelaki bangun dan menghidu bau mulut Ma'iz dan mendapati tiadanya bau arak. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Ma'iz: "Adakah engkau telah berzina?" Ma'iz pun menjawab: "Ya". Lalu Rasulullah SAW menyuruh agar dia direjam. Ketika itu para sahabat menjadi dua kelompok. Seorang sahabat berkata: "Habislah dia, dosa-dosanya telah menyelubungi dirinya". Sahabat yang lain pula berkata:"Tidak ada taubat yang lebih afdhal daripada taubat Ma'iz. Dia datang kepada Nabi SAW, lalu meletakkan tangannya di atas tangan baginda. Kemudian berkata: Bunuhlah aku dengan rejaman batu. Kemudian hal itu ditangguhkan sehingga dua atau tiga hari.

 ثُمَّ جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُمْ جُلُوسٌ فَسَلَّمَ ثُمَّ جَلَسَ فَقَالَ ‏"‏ اسْتَغْفِرُوا لِمَاعِزِ بْنِ مَالِكٍ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَقَالُوا غَفَرَ اللَّهُ لِمَاعِزِ بْنِ مَالِكٍ ‏.‏ - قَالَ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ لَقَدْ تَابَ تَوْبَةً لَوْ قُسِمَتْ بَيْنَ أُمَّةٍ لَوَسِعَتْهُمْ ‏"‏

Kemudian Rasulullah SAW datang kepada para sahabat yang sedang duduk lalu memberikan salam kepada mereka seraya berkata: "Mohonlah keampunan untuk Ma'iz bin Malik". Lalu para sahabat pun menyebut: "Semoga Allah SWT mengampuni Ma'iz bin Malik. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya dia telah bertaubat, yang mana jika taubat itu dibahagi-bahagikan kepada seluruh umat, ia cukup untuk mereka semua".

[Sahih Muslim, Kitab al-Hudud, Bab Sesiapa Yang Mengaku Telah Berzina, hadis no: 3213]

Bagaimana pula sikap kita bila berhadapan dengan pesalah/pelaku maksiat?

https://t.me/ILMAN_channe

No comments:

Post a Comment