Buku ini ku tulis untuk merawat luka sendiri. Dan ingin aku kongsi bersama semua yang juga terluka seperti aku. Memang hidup ini penuh diuji. Ujian yang pasti melukakan hati. Luka itu boleh jadi angkara orang lain atau oleh kerana perbuatan diri sendiri.
Hidup tidak selalu indah. Langit tidak sentiasa cerah. Allah melukis warna takdir dengan begitu indah. Indahnya bukan hanya ada ketawa dan ceria tetapi juga oleh hadirnya luka dan duka. Cuaca indah, kita nikmati. Cuaca buruk, kita hadapi... mana mungkin kita hindari.
Allah menurunkan luka. Allah jua menurunkan penawarnya. Acap kali pada luka itu juga ada penawarnya seperti bisa ular, di situ bisa, di situ jua pengubatnya.
Allah menguji jika dengan duka yang dikirim ya lewat ujian.
No comments:
Post a Comment