Saturday, March 7, 2020

Berdamailah dengan takdir

Orang lain ada rumah besar, kita ada rumah kecil.

Orang lain kaya, kita miskin

Orang lain mampu itu dan ini, kita tak mampu apa-apa

BERHENTI BUAT PERBANDINGAN!

Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain adalah satu kebodohan.

Tetapi mencari inspirasi dan belajar dari kisah kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan.

Jangan risau.

Bertenang dan sentiasalah senyum.

Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diatas pentas kehidupan.

Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita.

Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita. “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. — surah ali-imran ayat 139

Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.

Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.

Allah itu Maha Adil.

Kita semua istimewa dipandanganNya

Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment