Friday, March 6, 2020

Tips bagaimana nak anak solat 5 waktu tanpa disuruh"


1- Suami isteri kena kuat berdoa agar dikurniakan zuriat yang menjaga solat. Ini senjata utama. (Surah Ibrahim, ayat 40)

2- Lakukan solat di hadapan anak-anak sejak mereka kecil lagi (bukan solat dengan mengunci bilik untuk elak anak ganggu). 3- Ibu bapa jadi role model pada anak-anak. Jangan kita suruh, tapi kita pun tak buat. Macam mana tu kan.. 4- Waktu keluar berjalan dan sebagainya singgah di surau untuk lakukan solat. Ini bertujuan supaya mereka faham kepentingan solat WAJIB dilakukan di mana saja.

5- Belikan sejadah kecil yang comel kerana ini mampu menarik minat mereka untuk solat. Anak perempuan belikan telekung.

6- Lakukan secara berperingkat supaya tiada unsur paksaan. Bukan dah besar baru nak ajar sebabnya anak yang dah besar agak mencabar untuk mulakan sesuatu. Bila dari kecil dah mula, inshaAllah dah besar dorang tak perlu disuruh sebab sudah tahu tanggungjawab.

7- Ajar mereka bacaan dalam solat dari kecil dengan cara yang menyeronokkan.
8- Sentiasa bercerita tentang kepentingan menjaga solat. " Abang adik nak tau. Kalau buat baik macam mana sekali pun tapi kalau solat tak jaga, Allah tak pandang sebab tu soalan yang Allah tanya dulu. Solat tak lepas, habis.." 9- Pantau dari semasa ke semasa. Tak sihat (demam contohnya) macam mana sekali pun suruh juga mereka solat walau dengan cara duduk. Jangan mulakan 'cuti' solat. Bahaya.

10- " Abang adik kenapa solat?" Dorang jawab, " Sebab kita nak masuk syurga.." Cerita 'keindahan' / impak yang mereka dapat apabila melakukan solat. Siapa yang taknak masuk syurga kan?

Belum pernah lagi dengar orang yang menjaga solat 'huru hara' hidupnya. Walaupun mungkin tak bijak, tak kaya tapi Allah bagi 'ketenangan' dan 'kesenangan' dalam hidupnya.

Jangan jemu berdoa moga anak-anak terus istiqomah.

No comments:

Post a Comment