Saturday, October 17, 2020

Kalau kamu kaya, apa cita-cita kamu?

Dari ig ustaz hasrizal



Saya nak makan tengah bawang puas-puas!

Itu jawapan budak berkenaan.

Ia kisah rakyat Turki. Saya selitkan di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih. Kisah orang kampung, hidup ringkas dan mudah. Kemewahan itu lain maksudnya. Masyarakat pun lain budayanya.

Bahagian bawang besar yang paling sedap ialah bahagian tengahnya. Ia paling rangup dan paling manis. Tetapi yang makan bahagian itu adalah bapa dan anak sulung. Kelebihan untuk mereka sebagai menghargai mereka yang bekerja keras untuk keluarga. Maka anak-anak yang lain kempunan. Teringin sangat. Bawang pun tanam sendiri. Nak dapat sebutir bawang pun lama masa bercucuk tanamnya.

Maka kata si anak yang bukan sulung itu, jika satu hari nanti dia kaya, dia mahu dapatkan bawang banyak-banyak dan makan tengah bawang yang sedap itu, sepuas hati.

Syukur membahagiakan.

Kufur sentiasa merungut dan derita kerana fokus kepada apa yang tiada. Bilakah kita mahu berhenti mengejar apa yang tiada?

No comments:

Post a Comment