Saya nak ajar cara praktikal untuk anak muda siasat calon yang mereka berkenan di hati. Nabi sudah beri panduan 1400 tahun dahulu lagi dalam memilih pasangan.
Ramai yang tak tahu nak siasat macam mana. Malah ada yang salah faham tentang 4 ciri yang digariskan oleh Rasulullah.
1) Siasat agama
Calon yang kita inginkan kena siasat dulu dia solat 5 waktu atau tidak.
Adakah solat jemaah atau tidak? kerana solat jemaah ini penguat hubungan suami isteri dan lubuk pahala dalam rumah tangga.
2) Siasat keturunan
Ramai salah faham, nabi suruh lihat keturunan bukan semata-mata kena cari susur galur ulamak.Tapi pelbagai aspek perlu diambil kira.
Wajib tanya adakah lelaki tersebut punya penyakit keturunan yang berisiko tinggi diwariskan pada anak-anak.
Penting untuk lihat pada kesihatan keturunan kerana tujuan perkahwinan untuk kita melahirkan generasi yang kuat untuk perjuangan islam. Contoh jika kita ada resdung yang kronik, seeloknya calon tak ada resdung kronik kerana berkemungkiman tinggi anak akan hidap resdung juga.
3) Siasat harta
Pertama sekali mesti sekufu. Contohnya anak petani dan anak datuk. Jurang pendapatan dan gaya hidup dua keluarga ini sangat berbeza. Akan menimbulkan banyak masalah seperti isu mentua, isu ipar dan sebagainya.
Namun jika ditakdirkan bersama perlu ada persediaan dari segi psikologi, tanggungjawab dan gaya hidup.
4) Siasat wajah
Meletakkan ciri-ciri wajah yang kita inginkan iaitu cukup sekadar cantik dan kacak pada pandangan mata kita. Setiap pandangan manusi berbeza. Kerana dengan wajah itu lah kita nak pandang dan hingga tua
No comments:
Post a Comment