Ummi.
Mungkin semalam ummi tak sedar semasa ayah membebel kat saya
sebab ummi tidur. Ayah kata saya asyik lawan ummi dan kata saya terkonkong. Ada
saya nyatakan tu? Seingat saya sepanjang cuti ini , saya banayak diamkan diri
dan saya tak rungut apa-apa. Saya jarang keluar bilik (siapkan adabi). Saya
diam sebab saya keliru dan tertekan.
Saya tak tahu nak luah macam mana. Ummi asyik bangkit pasal kawan saya macam
tu,macam ni. Setiap kali saya ada masaalah dengan ummi dan ayah mereka selalu
tenangkan saya. Mereka selalu kata M anak bertuah , mak ayah ambil berat. Bila
saya cakap kat dia oring saya terkongkong dioarang selalu cakap ummi dan ayah
bukan mengongkong tapi ambil berat tapi
dilepaskan macam tu jer oleh mak ayah dia orang. Dia orang selalu cakap ,saya
patut rasa bertuah. Ada orang hantar dan
ambil dari asrama.
Tapi dia orang yang sentiasa menyebelahi ummi dan ayah
dituduh melalaikan saya. Saya tak faham ummi. Usia remaja dan perasaan remaja
menekan saya. Kawan-kawan selalu marah saya bila saya tak belajar dan tenangkan
saya bila saya perlukan. Saya tak cerita kat ummi sebab saya tak nak ummi risau
dan fikirkan saya. Saya faham ummi perlu fikirkan 6 lagi adik-adik saya dan
ayah juga.Saya sebagai remaja perlukan bahu untuk menangis , perlukan sesorang
mengusap dan menenangkan saya bila saya sedih. Saya tak berniat langsung untuk
merisaukan ummi tapi lepas apa yang ayah bebelkan semalam buat saya rasa tak
tahan.
Saya tak rasa terkongkong . Cerita dan nasihat kawan-kawan buat saya rasa
tidak terkongkong tapi diambil
berat tetapi kadang-kadang perasaan terkongkong
hadir juga. Saya sendiri cuba mengongkong fikiran saya agar tidak fikir
apa yang tak perlu saya fikir. Saya harap ummi faham tapi kalau ummi tak
fahamcpun saya tak kisah sebab kadang-kadang
saya sendiri tak faham diri saya. Saya sayang ummi.
Along
No comments:
Post a Comment