Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

Surat untuk anakku A

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد





Assalamualaikum. Ma tulis surat ni untuk A. Ma dok tahu doh nok cakap macam mana dengan A supaya A faham .
Ma rasa sangat sedih dengan sikap A. Bagus dan alhamdulillah sangat doh A boleh jadi muazzin surau dan sukarelawan masjid tu. Tapi A , nok barakah dalam hidup ni kita bukan takat comel diluar rumah saja. Dalam rumah kita pun kita nok kena comel jugak.
Sebab Allah yang sama dan malaikat yang sama yang dok tengok perati kita.

Ma rasa sedih dengan sikap A yang suka tangguh kerja . Banyak benda jawapannya nanti dulu. Lepas tu terlupa dan dok buat.Ini sebenarnya berkait dengan sikap bertanggungjawab. Nampak kecik saja , tanggungjawab jemur tuala sendiri, kemas bilik sendiri tapi dari hok kecik tu nantilah
timbulnya rasa bertanggungjawab untuk perkara yang lebih besar.

Suka bertangguh ni jugak ada dalam buat kerja sekolah. Kalau kita tangguh latihan hok cikgu ajar hari ini, esok cikgu ajar hok lain yang memang ada kaitan dengan hok ari ni , hidup kita jadi makin payah. Tak dok kejayaan tanpa kerja keras sebenarnya. Kalu setakat sebut jer cita-cita
dia dok jadi magic. Kena usaha bukan setakat azam saja tapi kena ada praktik. Kalau kita dah jatuh acap kali belajarlah sebab apa . Dok soh dok  ulang benda sama sebab hasilnya akan sama jugak nanti.

Jadi mak nok mintak :

1, Bangunlah solat subuh awal -tanpa ma kejutkan.

2. Lepas solat bacalah doa , baca quran 2/3 ayat lepas tu study- jangan tidur lepas subuh- rezeki tertahan kata orang tua.

3. Tolong ma jemur kain ker , tolong apa-apa yang patut . Jangan remehkan kerja-kerja yang kecik ni sebab kita dok tahu amalan kita hok mana Allah terima. Kita rasa hok kat masjid tu besar tapi kalau nawaitu kita dok jelas .takut Allah dok terima.

4. Lepas tu se lagi kena ingat redho mak bapak tu penting , kalau tiap -tiap pagi mok kita dok sakit hati/ berasa hati  dengan sikap kita -  kehidupan kita jadi dok berkat- kalu berjaya pun jadi istidraj.

sekian dari ma- ma sayang A sebab tu ma royat ni.....

Tuesday, May 20, 2014

Mata, lidah dan perilaku

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



“Jika engkau berada di rumah orang, hendaklah jaga matamu, jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.”
(Daripada: Ali bin Abi Talib R.A)


1. Bila bertamu- janganlah mata melilau rata dok perati dalam rumah orang , nanti terpandang yang bukan-bukan -lalu hati berkata-kata -percuma dapat dosa.




2. Bila ditempat orang ramai -jaga lidah kita -sebab mudah nak timbul sengketa dan salah sangka




3. Kalau dalam majlis pulak jagalah tingkah laku kita.








Monday, January 7, 2013

Malaikat lari bila dedah aurat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh







Saidatina khadijah r.a meminta rasulullah saw memberitahunya sewaktu malaikat datang kepada baginda,lalu apabila Jibril as datang, baginda pun terus memberitahunya, Sayyidah Khadijah menanggalkan kain tudungnya/ atau selendang dari atas kepalanya. Tujuannya ialah untuk menguji apakah yang datang itu benar-benar malaikat (Jibril) atau pun bukan. Apabila beliau menurunkan selendang itu, terus baginda memberitahunya bahawa malaikat itu sudah pun pergi, maka dengan itu dapatlah beliau mengetahui yang datang itu adalah sebenarnya malaikat kerana malaikat tidak diharuskan melihat permpuan ajnabiah tanpa selendang/tudung (yang terdedah auratnya).

Seorang penyair telah merakamkan kisah ini didalam ungkapannya.

"Ia sengaja menanggalkan tudung/selendang nya untuk mengetahui. apakah itu yang datang satu wahyu atau semata-mata pitam."

" Ketika didedahkan kepalanya , Jibril menghilang diri, ia tidak ingin menghadiri lagi atau sesudah tudung dipakai semula.

Petikan buku Fiqh wanita

http://www.iskandarfateh.com/2011/10/khadijah-di-mata-seorang-lelaki.html




Saturday, June 16, 2012

Nasihat untuk yang suka window shopping

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh




STOP ME BEFORE I BUY ONE!
1. Is it a high cost item and ‘hot’ at the moment?
2. Are you in two minds about whether it really suits you?
3. Does it draw attention to parts of your body you should really play
down?
4. Will it only go with one or two other items in your wardrobe?
5. Do you like rather than love it?
6. Would you actually prefer it if it was in another colour?
7. Be honest - do you want it just so you can wear something new
tonight?
8. Are you buying it because it’s a bargain and something you wouldn’t
buy at the full price?
IF YOU ANSWER YES TO ANY OF THE ABOVE PUT IT BACK


Tuesday, October 12, 2010

Pesanan untuk anak gadis dan anak teruna ku.

Salam.

Anak-anak Ibu.

Ibu nak pesan sikit pasal sapa yang kamu patut sayang dulu.....

1. Kamu kena sayang Allah dulu. sebab kamu banyak terhutang budi, body, nyawa segalanya sebab kamu
tu allah punya. kalau Allah tarik nafas kamu , hidupkah lagi kamu?

2. Kamu kena sayang Rasulullah saw. -Sebab kalau tak kerana dia bawak islam untuk kamu , kamu dah sah
ahli neraka.Tapi sebab dia dah bawak islam untuk kamu , kamu masih ada peluang untuk masuk syurga berdasarkan merit kamulah pulak.

3. Kamu kena sayang ibubapa- sebab tanpa mereka wujudkanh kamu atas dunia ni. Kamu dulu kecil dan lemah, mereka jaga kamu hingga jadi besar dan lawa. hingga jadi bijak lebih dari mereka.

4. Kamu kena sayang diri sendiri. Jangan buat benda-benda yang merosakkan diri sendiri sebab diri kamu
bukan " sdn berhad" atau hak milik kekal. ia hanya geran sementara. ada tuan dia yakni Allah . Dia suruh kamu jaga dan dia akan tanya kamu balik nanti.

5. Barulah kalau nak sayang orang lain- terutama yang berlainan jenis tu. Tetapi kamu kena ingat sayang
Allah dia tak mintak balasan tapi dia yang bagi kamu balasan. Sayang rasulullah pun dia tak mintak balasan. kamu yang dapat balasan. Sayang ibubapa pun , dia tak mintak balasan,

Tetapi.......
Bila kamu sayang yang berlainan jenis kamu tu (kekasih ke, suami ker,isteri ker) dia kan minta balasan.Tambah-tambah kalau yang tak ada islam lagilah banyak tuntutan keatas kamu.

Jadi nasihat ibu untuk kamu dahulukan lah yang patut-patut kamu sayang (1,2,3,4) itu dulu sebelum yang 5 tu.
insyaallah kamu selamat.