Showing posts with label Dari blog. Show all posts
Showing posts with label Dari blog. Show all posts

Friday, January 29, 2016

TANDA-TANDA SUAMI TERLEBIH SAYANG ISTERI

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Image result for family quotes

Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang Ustaz di FB yang mengatakan, “ Suami isteri yang boleh berkekalan hingga ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi sayang isteri kepada suami ”.
Apakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?
1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.
2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.
5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.
6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.
7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.
8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.
9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.
10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.
Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda….jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang…..Selamat menyayangi isteri…………………………. (joking-joking je…Pak Utih)

Wednesday, May 16, 2012

Saya sayang emak



  
 Seorang lelaki singgah kekedai bunga untuk beli bunga kepada emaknya yang berada 200km jauhnya. Semasa dia keluar dari kereta ,dia ternampak seorang budak sedang menangis didepan kedai bunga itu.
Dia bertanya: Kenapa kamu menangis 
Jawab budak itu : Saya nak beli bunga ros merah untuk mak saya, tapi tak cukup duit saya hanya ada 75 sen tetapi harga bunga itu RM 2.00
Lelaki itu tersenyum: Mari sini dik , biar abang belikan untuk adik.
Lelaki itu membeli bunga ros untuk budak itu dan membuat pesanan bunga untuk emaknya.
Semasa keluar dari kedai dia mempelawa untuk hantar budak itu balik.
Budak itu berkata: Ya, tolonglah bawa saya ketempat mak saya.
Budak itu memyuruh lelaki itu pergi kesuatu perkuburan, disitu dia meletkkan bunga
tersebut pada kubur yang masih kelihatan baru.
Lelaki itu balik semula kekedai bunga, membatalkan pesanan bunga dan memandu sejauh 200 km balik kerumah emaknya.

Wednesday, May 2, 2012

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Suatu hari seorang ayah yang kaya membawa anak lelakinya melancong. Dia nak tunjukkan macammana kehidupan orang miskin. Mereka tinggal dirumah seorang pekebun yang miskin. Dalam perjalanan balik si ayah bertanya kepada anaknya. Ayah: Kamu tengok betapa miskinnya mereka. Apa yang pelajaran yang kamu dapat? Jawab Anaknya: Kita ada kolam renang. mereka ada sungai. Kita ada lampu waktu malam, mereka ada bintang Kita beli makanan, mereka tanam sendiri. Kita ada dinding untuk lindungi kita , tapi mereka ada keyakinan(belief) dan persaudaraan(brotherhood) Kita ada encyklopedia, mereka ada quran Dan dia menambah lagi; Terima kasih ayah kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya mereka. Pengajaran: Bukanlah wang ringgit yang membuatkan kita kaya tetapi ia berkait dengan redho (simplicity) dan adanya Allah dalam kehidupan kita. Moga Allah mengampuni kita dan membebaskan kita dari menjadi hamba kemewahan. Amin. Terjemahan bebas dari: (http://www.PureMatrimony.com/)

Sunday, April 15, 2012

Bingkisan buat suami

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Since i am not that talented to write as what doc Har does. so i just copied it and dedicated to
you all, my husband, future husband , husband to be so on so forth.....

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 1 - Pertahankan niat ikhlasmu menikahiku dulu semata-mata kerana Allah SWT, tidak untuk yang lain. Obor keikhlasan itu menjadi sinar penerang semasa bahtera kita belayar dalam kegelapan malam. Perbaharui tekad dan azam, bersihkan niat dari sebarang pencemaran - sesungguhnya nilaianku disisimu hari ini banyak bergantung pada kayu ukur yg diguna semasa mahu menyuntingku dulu. Ketika itu - antara kecantikan, pangkat, harta dan agama - yg mana satukah pilihan hatimu?

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 2 - Istiqamahlah di atas jalan Allah. Contohi Rasulullah SAW dalam menerajui bahtera rumahtangga ini. Itulah jalan yg kami idam-idamkan, lorong cahaya yg akan membawa kita semua kpd redha Allah. Janganlah terleka, lalai dan cuai memegang amanah berat ini. Doa kami - isteri dan anak-anakmu - moga dikau diberi kekuatan utk terus memimpin kami semua ke Jannah. Amin

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 3 - Ayohlah bersama kita pertingkatkan bekalan iman, taqwa dan ilmu pengetahuan untuk menerajui bahtera yang sarat dengan amanah ini. Marilah bersedia menghadapi ribut taufan yg bakal melanda dengan ikatan ukhuwwah yg mantap dan jitu. Jgn tinggalkan kami di belakang ataupun membiarkan kami mara di hadapan tanpamu bersama. Kepimpinan kolektif, dipandu dgn syura yg meluas, akan membawa ke destinasi abadi, InsyaAllah.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 4 - Belajarlah menyayangi isterimu ini sedaya mampu. Letakkan diriku di satu sudut khas dalam ruang hatimu. Sesekali tunjukkan kasihmu kepadaku di hadapan anak-anak, agar mereka merasa aman, tenang dan terjamin selamat. Sekiranya cinta makin pudar dan hambar, mohon jangan dihina dan dicerca, apatah lagi dipersia dan dianiaya. Cukuplah aku dihormati sebagai seorang ibu kepada anak-anakmu.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 5 - Ketahuilah betapa menggunung tinggi harapanku saban hari mahu memburu gelaran solehah, sebaik-baik kenikmatan dan perhiasan dunia ini buatmu! Namun, tanpa didikan, dorongan, sokongan dan bantuanmu, ianya hanya cita-cita kosong yg mustahil mahu digapai. Duhai suamiku yg budiman, permudahkanlah perjalananku menuju redha Allah. Mohon jgn dipersulit dan dihalang dgn seribu satu rintangan, cetusan dendam kesumat iblis & syaitan.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 6 - Betapa indahnya ketentuan Ilahi, setiap makhluk-Nya diciptakan berpasang2an. Ketentuan-Nyalah saja yg mempertemukan kita berdua dlm sebuah ikatan yg suci ini, di celah2 berbillion manusia. Pastinya penyatuan ini ada hikmah agung disebaliknya - ayoh kita beriringan berbekal aqidah yg sama, hasrat yg satu menuju redhaNya. Sinergi kita harus mampu melonjak potensi dan kudrat - mudah2an akhirnya, kita sama2 jadi insan LUAR BIASA! Amin!

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 7 - Mudahnya kita terlupa, ada amanah hebat yg terpikul di bahu masing2. Melalui kebersamaan kita dlm rumahtangga, kita perlu mewujudkan sebuah taman asuhan sebagai medan latihan anak2 menjadi manusia berguna, sebuah kubu tempat mereka berlindung dari kemelut gelora dunia dan sebuah bahtera yg melayari kehidupan dunia menuju ke akhirat. Jgn terus terleka! Ayoh saling ingat-mengingati, agar jangan nanti ada kesal di hati!

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 8 - Mohon santuni jiwa dan perasaan halus isterimu ini. Tunjukkanlah layanan yg molek di hadapan teman dan tetamu. Panggillah daku dengan lembut dan kasih sayang, bukan nada tegas, garang dan keras. Kewibawaanmu tetap menyerlah, sekiranya engkau mampu meraih hormat/thiqah isteri & anak2 tanpa perlu meninggi suara & perilaku kasar yg mengguris rasa.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 9 - Yakinlah, akan daku pastikan anak2 kita hanya mendengar yang terbaik dari mulutku mengenai dirimu. Agar mereka sentiasa sedar, betapa bertuahnya mereka mempunyai ayah sepertimu. Namun, perelokkanlah akhlak dan layananmu terhadap diriku - kerana sesungguhnya anak-anak sedang memerhati!

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 10 – Bertahanlah untuk terus menjadi pohon tegap tempat kami berteduh. Sesekali ditimpa hujan lebat, ada waktu ditiup putting beliung – namun pohon yang akar tunjang aqidahnya mencengkam bumi tidak akan mudah rebah menyembah tanah. Panjatkanlah doa qudusmu di waktu dikau bangun berqiyam di kegelitaan malam, moga Allah SWT menghantar bantuan-Nya untukmu istiqamah membimbing daku dan anak-anak kita menempuh jalan ke syurga!




Loves,
Dr. Har

Monday, April 9, 2012

Pesanan untuk bakal isteri dan isteri-isteri

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


How to manage your husband:

 When you marry a man, love him.
 After you marry him, study him.
 If he is honest, humour him.
 If he is generous, appreciate him.
 When he is sad, cheer him.
 When he is quarrelsome, ignore him.
 If he is noble, praise him.
 If he is confidential, encourage him.
 If he is secretive, trust him.
 If he is jealous, cure him.
 If he favours society, accompany him.
 When he deserves it, kiss him
 Let him think how well you understand him.
 But never let him know that you manage him!!!!

Kalau berjaya praktik ni, perang dunia ketiga insyaallah tidak berlaku
dalam rumahtangga.....

yang payahnya sebab:

Bila dah kawin , rasa macam salah pilih lak...
Bila dah kawin rasa ok dah tak perlu kenal lebih....(study him).
Kalau dia jujur dan baik ambil kesempatan.
Kalau dia sedih , biak pi lah....
Bila dia nak gaduh , melawan bukan main.....
macam2 lagilah yang berlawanan dengan yang diatas tu...
lepas tu mengharapkan miracle dalam rumahtangga...
tak berapa nak logik la......

Pesanan untuk diri dan generasi seterusnya.....

Wednesday, March 28, 2012

Pukulan dimuka ,boleh atau tidak?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Hukum memukul/menampar/menumbuk mata adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain. Mungkin ramai yang tidak percaya. Tapi ya, memang benar. Disertakan hadis sahih dan kata-kata Imam terkemuka dalam kitab mereka. Harap dapat dijadikan iktibar. Buatlah dengan cara yang lebih baik selain di muka. Sebab itu Nabi Muhammad SAW mengajar memukul di telapak kaki. Pasti ade sebab dan musababnya yang tertentu. Wallahualam. :)


Nabi Muhammad SAW bersabda :

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Prof. Saad Abdul Wahid dalam bukunya “Membersihkan dan Menyembuhkan Berbagai Penyakit Qalbu” (Citra Media, 2006) menjelaskan perihal larangan menampar wajah itu dengan mengutip beberapa hadis Rasulullah. Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ditegaskan, “Dari Abi Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah saw bersabda, ‘Apabila seseorang di antaramu memerangi saudaranya, maka jauhilah wajah.” (Shahih Al-Bukhari/No. 2420, Shahih Muslim/No. 112/2612) Sedang dalam hadis yang lain, dari Abi Zannad, dengan sanad yang sama, ia berkata,“Apabila seseorang di antaramu memukul” (jauhilah wajah).

Sedang perihal dilarang menyakiti binatang pada bagian wajah, termasuk menatonya, Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Jabir, “Bahwa Nabi Saw lewat di depan seekor himar (keledai) yang telah diberi tato di wajahnya, kemudian beliau bersabda: ‘Allah melaknat orang yang memberi tato pada wajahnya’.” (Shahih Muslim/No. 107/2117)


Imam Nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana;

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.

2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.

3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.

4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.

5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.


Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:

وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."


Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samada untuk mendidik atau sebagainya."


Hadith Riwayat Muslim (3/1673)

Dari Jabir ra, beliau berkata: "Rasulullah saw melarang memukul wajah dan melarang membuat tanda padanya." Perkataan nahi dalam hadith di atas sebuah bentuk arahan, yang melarang.

  
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah.


KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samada kepada isteri, anak, pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.


Tulisan asal : Ustaz Salman Maskuri

Apa yang dibuat oleh suami yang soleh?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.


Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.

Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…

sumber

Cara atasi boss yang beracun

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Most of us would have an abusive supervisor at some point in our professional life. And short of quitting at the very first instance of abuse, you still have to work with that toxic supervisor, 9 to 5. 

But that doesn’t mean you let it get to you. Unfortunately, some bosses think they can act the way they do to subordinates because of their position in the company. And because some bosses have the ability to fire or make life even more difficult, many of us just put up with the abusive behaviour.

Wait – you don’t have to put up with a toxic boss for the sake of your career. Yes, dealing with one may be difficult but it doesn’t mean that it is completely impossible. All you require is some tact, smart moves, professionalism and yes, sometimes a case of watching your back.

Here are some familiar toxic boss behaviour and how you can deal with them.

#1 Your boss pushes you around
The big bully at work? He’s your toxic boss who drops a project on your table Friday evening expecting it to be done by Monday morning and hurls abuse at you in front of everyone during the meeting. Remember how you dealt with the big bully in school? That’s right – by being brave. Same principal applies here. First, understand that a bullying boss is someone who is pushing his weight (or title) around. To work with someone like that, you will need to stand up firm to send a message that you can’t be easily bullied. Whimper at the sight of your toxic boss, and you will be a target for the rest of your working career. Make sure your boss gets the message that you are not one who is easily pushed around and bullied, and chances are your toxic boss will leave you alone as he is unlikely to get the reaction he wants (you, a sobering mess). 

#2 Your boss takes all the credit…but puts the blame on you for everything.
First things first – make sure you note everything down in black and white, whether it is e-mails, meeting notes, anything at all that can prove your involvement (or non-involvement) with the project. Also, be sure to own your achievements; don’t let your attention-grabbing boss sidestep you to be in the limelight. Make it known to other colleagues (and even your boss’ superior) of your contribution. Wrongfully accused for something that went wrong? If it is a matter of you losing your job, make sure to get your toxic boss to prove his or her allegation first before pointing the blame finger on you. 

#3 Your boss badmouths you behind your back.
To avoid your boss even having the chance of badmouthing you, don’t give him or her any reason to in the first place. But if your toxic boss is the type to make up stories, then it is time to have a private meeting with the storyteller. Rumours – especially vindictive ones – can ruin any career progression so don’t let your toxic boss create a web of lies about you. Your boss may feel threatened by you hence the gossiping in the first place. If the rumours are damaging, you have every right to approach your boss and find out the truth behind him or her spreading the lies. Bring in an even more senior manager (or HR) if you can to act as a third party. After all, it is your boss’ words against yours and vice versa. 

#4 Ooh, the silent treatment boss!
Ah, the sulky type whom may one day explore at everyone. The only way to deal with such a boss? Keep clear of his or her way. It may not be a personal attack (your boss could just be a brooder to begin with) so just concentrate on what you have to do, deliver your tasks and get on with the rest of your work. But if you are certain the silent treatment is directed only at you, then time to have a talk with the silent treatment boss. It may just require you explaining things for the treatment to end.

#5 Your boss invades your privacy
Caught your boss reading through your e-mails or worst, shifting through your phone messages? For one thing – company e-mails may not fall under the private and personal domain (find out from HR) so your boss may have every right to do so. Just make sure you don’t use the office e-mail to bitch about your boss to friends! But looking through your personal belongings is an offence, and you can bring it up to a higher management level about your boss’ snooping behaviour. 

The most important thing to remember when dealing with a toxic boss is to draw a line. If the behaviour is abusive or inappropriate (a lecherous boss – male or female – comes to mind), then it is time to ask yourself if the job is really worth the abuse. But first, talk to your boss who is causing you the grief. Make a list of instances and bring it up to your boss. Make sure you are professional and diplomatic when dealing with a toxic boss (chances are, your boss won’t be that way but that doesn’t mean you have to play the same game). Remain calm and composed whenever faced with a toxic boss. 

And if it is really that bad, tell yourself this: No job is worth the abuse or harassment. Good bosses do exist, and yes, you will have the opportunity in your professional life to work with one.

Nasihat imam shafie untuk pencari ilmu


Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



«Nasehat untuk kita semua dari imam mahzab syafi'i. Yakni al-imam syafi'i (semoga Allah merahmatinya).»

 Wahai saudaraku, ilmu tidak akan diraih kecuali dengan enam syarat dan akan aku ceritakan perinciannya dibawah ini:
 Cerdik, perhatian tinggi, sungguh-sungguh, bekal, dengan bimbingan guru dan panjangnya masa.
 Setiap ilmu selain Al-Qur’an melalaikan diri kecuali ilmu hadits dan fikih dalam beragama.
 Ilmu adalah yang berdasarkan riwayat dan sanad maka selain itu hanya was-was setan.

 Bersabarlah terhadap kerasnya sikap seorang guru.
 Sesungguhnya gagalnya mempelajari ilmu karena memusuhinya.
 Barangsiapa belum merasakan pahitnya belajar walau sebentar,
 Ia akan merasakan hinanya kebodohan sepanjang hidupnya.
 Dan barangsiapa ketinggalan belajar di masa mudanya,
 Maka bertakbirlah untuknya empat kali karena kematiannya.
 Demi Allah hakekat seorang pemuda adalah dengan ilmu dan takwa.
 Bila keduanya tidak ada maka tidak ada anggapan baginya.

 Ilmu adalah tanaman kebanggaan maka hendaklah Anda bangga dengannya. Dan berhati-hatilah bila kebanggaan itu terlewatkan darimu.
 Ketahuilah ilmu tidak akan didapat oleh orang yang pikirannya tercurah pada makanan dan pakaian.
 Pengagum ilmu akan selalu berusaha baik dalam keadaan telanjang dan berpakaian.
 Jadikanlah bagi dirimu bagian yang cukup dan tinggalkan nikmatnya tidur
 Mungkin suatu hari kamu hadir di suatu majelis menjadi tokoh besar di tempat majelis itu.

 (Nasehat iman asy-syafi'i, dalam kitab diwan imam syafi'i)

Ring tone ayat quran -apakata cerdik pandai.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh




Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :

إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
 “Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

a. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
 b. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
 c. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
 d. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.

Sekian, wassalam.



Sumber: http://www.al-ahkam.net/

Pakai inai betul-betul ya.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:



“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.

wallahu’alam.

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

 Credit

Sunday, March 18, 2012

Diet kita vs diet rasulullah saw

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

                                         Diet kita


                                         Tengok pula diet rasulullah.



Petua Untuk Hilangkan Mengantuk di Pejabat by Ustaz Zamri Zainal Abidin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh




1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .

4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. – Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.

5. Makanan – Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alas an untuk rasa hendak tidur.

6. Muzik - Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.

7. Berjalan-jalan – Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

8. Air - Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.

9. Bersihkan meja – Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.

10. Tidur - Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda

Sunday, March 11, 2012

Simpton akal tidak sihat......

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatu



Aqal tidak sihat ; Marhalah asas atau ringan ialah: sukar tidur, tidak ada selera makan, 
 fikiran menjadi serabut atau bosan dan umpamanya. Marhalah yang serius ialah: 
berpendapat bahawa undang-undang Islam tidak patut digunapakai,  mengamalkan
 sunnah itu menyusahkan hidup, menyertai gerakan dakwah dan jihad adalah pengganas
 atau pelampau umpamanya.


laa... gitu rupanya, kalau gitu bijak saja tak bermakna akal sihat kalau tak 
comply macam kat atas tu....maknanya akal akan hanya sihat bila ikut apa allah 
suruh, tinggal hok allah larang.


Kalau rasa nak baca dengan panjang lebar klik

Monday, February 20, 2012

Mari kenal tanda baca dalam quran

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Jazakallah hukhair kepada sesiapa yang buat poster ni. Baca quran lama dah tapi kadang
kurang perhati benda ni. Jom kita re fresh.....

Tuesday, November 15, 2011

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Oleh Ustaz Zawawi Yusof -fb -layarminda

Monday, November 14, 2011

Kisah Kaabah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Monday, October 3, 2011

Orang kafir larang orang islam berkhatan- apa kata kita

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Gabenor California lulus undang-undang larang pengharaman amalan berkhatan
SACRAMENTO: Gabenor California, Jerry Brown, menurunkan tandatangan meluluskan peraturan menghalang kerajaan tempatan di negeri itu mengharamkan khatan.Kenyataan pejabat Brown mengumumkan, gabenor dari Parti Demokrat itu menandatangani rang undang-undang AB768 yang digubal sebagai tindak balas terhadap pungutan suara dicadangkan di San Francisco.Penyokong larangan berkhatan mengumpul lebih 7,700 tandatangan bagi membolehkan pungutan suara dijalankan pada November ini bagi menyekat amalan berkenaan dilakukan ke atas kanak-kanak lelaki.Ia kemudian dihalang seorang hakim.
Menurut kumpulan itu, amalan berkhatan tidak perlu kerana ia boleh menyebabkan masalah seksual dan kesihatan.Bagi kumpulan yang bersetuju pula, amalan berkhatan dianggap penting dalam ajaran agama Islam dan Yahudi, selain ia dapat mengurangkan risiko kanser serta jangkitan penyakit kelamin. - AP

Ini jawapan Ustaz Zaharuddin- jawapan  penuh disini

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim) 

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Wednesday, September 28, 2011

Teknik untuk menjana tabiat membaca

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh




Perkatan pertama yg diturunkan kepada Rasulullah saw adalah Iqra’ yakni bacalah.
Ini menunjukkan kepada kita membaca itu sangatlah penting. Tetapi kerana alasan sibok kita rasa membaca tu membuang masa dan kurang berfaedah berbanding banyak kerja yang kita  kena buat dalam kehidupan harian kita.Membaca sangat perlu untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebenarnya telah terbukti bahawa terdapat perbezaan diantara seseorang yang membaca dengan yang tidak.Paling tidak pada perkataan yang digunakan. Itu belum masuk lagi bab2 idea dan pemikiran kreatif yang pencinta buku dapat.
Muslim produktif mesti melatih diri untuk membaca 2 jenis:-


1.       Bacaan islamik ( Quran, hadis, buku-buku islamik)
2.       Bacaan umum.

Kalau kita Tanya orang islam hari ini yang mana lebih penting, mesti jawapanya bacaan islamik lebih penting.Perkara ini agak sukar untuk dibahaskan tetapi bacaan am juga penting bergantung kepada niat.
Contohnya:  1.Membaca buku strategi pemasaran dengan niat nak majukan perniagaan , nak buat lebih keuntungan supaya lebih banyak zakat boleh dibayar. Dapat menyara keluarga dengan lebih selesa adakah ini tidak dikira berfaedah dan diberi pahala untuk bacaan tersebut?
Contoh 2: memabaca jurnal terbaru industry so dapat duduk tempat teratas  dengan niat untuk bawa ummah kepada yang lebih baik dengan menjadi pemimpin industry bukan hanya sebagai pengikut. Bukankah itu adalah sesuatu yang hebat?.
Kita kena membaca dan membaca secara konsisten untuk mendapatkan pengetahuan yang baik dalan kehidupan kita tetapi kita kena juga memilih apa yang nak kita baca.
Walaupun bacaan-bacaan islamik adalah satu keutamaan, kita kena baca juga buku-buku lain yang berfaedah untuk diri kita.Sebenarnya kalau anda rajin membaca , anda akan rasa perubahan  pada diri anda sendiri. Otak anda lebih berkembang dan anda akan lebih berpengetahuan luas.
Ok. Macammana nak bangunkan tabiat membaca?
Dibawah ini ada beberapa tip yang boleh bantu anda.
Kalau anda belum ada tabiat baca quran atau buku islamik- amalkan begini:-
Minggu pertama- setkan  10 minit selepas solat subuh- 5 minit baca quran 5 minit baca buku islamik atau hadis.- buat setiap hari.

Minggu kedua – tambah 10 minit lagi  jadi 20 minit- 10 minit quran -10 minit buku islamik/ hadith.
Minggu ketiga- buat ½ jam – 20 minit Quran 10 minit bacaan islamik/ hadis.Teruskan  saja 30 minit tersebut walaupun andarasa boleh buat lebih sebab tujuannya ialah untuk membinan tabiat.
Tak guna buat banyak-banyak lepas tu tinggal tanpa penerusan.
Konsisten akan lahir dari berapa banyak pelajaran bermanafaat yang anda dapati dari pembacaan tersebut.


Lakukan proses yang sama untuk bacaan umum / pengetahuan am.
-          Ambil masa 10 minit  sebelum tidor (lebih  baik sebab ia merehatkan dan merangsang otak anda)
Buat untuk seminggu dan teruskan begitu- penat macammana pun baca jugak 10 minit.
Minggu kedua baca 20 minit Dan ketiga 30 minit. Jangan lebih tetapi konsisten.

Lepas buat latihan diatas selama sebulan . cuba baca tiap lepas solat pulak. Kalau tidak pun antara 2 solat . contoh antara maghrib dgn isyak. Inilah masanya untuk lebih mendalami islam.


Sama jugak dengan pengetahuan am. Selepas latihan sebulan, mulakanlah membaca ditempat kerja, masa makan tengahari. Yang dibaca mungkin sesuatu yang berkait dengan kerja anda.
Dan kemudian anda boleh tambah lagi dengan membaca buku-buku perkembangan diri, biografi dan buku-buku yang boleh meberi idea dan motivasi.

Selamat membaca

Terjemahan bebas dari – Produktif muslim.