Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Thursday, November 12, 2020

sleep is the brother of death

Jabir ibn Abdullah reported: ⁣

The Prophet (ﷺ) was asked, “O Messenger of Allah, do the people of Paradise sleep?” The Messenger of Allah (ﷺ) said, “Sleep is the sister of death, and the people of Paradise do not sleep.”⁣

In another narration, the Prophet (ﷺ) said, “Sleep is the brother of death, and the people of Paradise do not die.”⁣

[Al-Mu’jam al-Awsat 938, graded sahih (authentic) according to As-Suyuti in Ad-Durr al-Manthur 13/291]⁣

Shaykh Muhammad ibn Saalih al-'Uthaymeen (may Allah have mercy on him) said,⁣

“..For this reason the people of Paradise will not sleep due to their complete and perfect life (they will have therein), and because sleep will deprive them of moments of bliss, happiness, and delight, since happiness in it is for eternity. Sleep is the minor death, and there is no death in Paradise.”⁣

[Al-Qawl al-Mufeed ‘alā Kitāb at-Tawheed, vol2, pg. 545, Dar ibn al-Jawzee print 2nd edition]

Thursday, October 29, 2020

Manfaat membaca zikir Nabi Yunus.

Jom Sahut Zikir Nabi Yunus 100x &
Zikir Murah Rezeki 100x"

Manfaat membaca zikir Nabi Yunus.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Baginda lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus A.S.”

“Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”

Ertinya: Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang zalim.

Justeru, amalkanlah zikir ini jika anda ditimpa masalah atau bencana, dan jadikanlah amalan agar diri sentiasa terpelihara daripada bencana.

PADA MUKA SURAT 10 (Buku Checklist Amalan)
Petikan Dari Salam Today

Monday, June 12, 2017

Jumpa ramadhan lagi itu tuah

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Image result for happy ramadan in arabic
by ustazah maznah daud

TAHNIAH!!!
Sesungguhnya anda memang bertuah!!!
KENAPA saya kata anda bertuah?
Ranungi hadis di bawah......
عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بُلَيٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَكَانَ إِسْلَامُهُمَا جَمِيعًا ، وَكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنَ الْآخَرِ ، فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ ، ثُمَّ مَاتَ الْآخَرُ بَعْدَهُ بِسَنَةٍ ، قَالَ طَلْحَةُ : بَيْنَمَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ ، إِذْ أُتِيَ بِهِمَا ، فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنَ الْجَنَّةِ ، فَأَذِنَ لِلَّذِي تُوُفِّيَ الْآخِرَ مِنْهُمَا ، ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِي اسْتُشْهِدَ ، ثُمَّ رَجَعَ إِلَيَّ فَقَالَ : ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ ، فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ النَّاسَ ، فَعَجِبُوا لِذَلِكَ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مِنْ أَيِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ ؟ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا ، ثُمَّ اسْتُشْهِدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، وَدَخَلَ هَذَا الْجَنَّةَ قَبْلَهُ ، قَالَ : أَلَيْسَ هَذَا قَدْ مَكَثَ بَعْدَهُ سَنَةً ، قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ وَصَامَهُ ؟ قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِي السَّنَةِ ؟ قَالُوا : بَلَى ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
Daripada Talhah bin Abdillah r.a.
Bahawasanya dua orang lelaki dari Bulaiy datang bertemu Rasulullah s.a.w. lalu kedua-duanya memeluk Islam.
Seorang daripada kedua-duanya itu sangat rajin berbanding seorang lagi.
Dia ikut berperang fi sabilillah dan mendapat syahid.
Setahun kemudian seorang lagi meninggal dunia.
Talhah berkata, pada suatu malam beliau bermimpi berada di hadapan pintu syurga. Beliau melihat kedua-dua lelaki dibawa ke hadapan pintu. Sebentar kemudian seseorang keluar dari pintu itu lantas menjemput masuk lelaki yang mati setahun lebih lewat.
Kemudian orang itu keluar lagi dan menjemput masuk lelaki yang rajin dan syahid.
Kemudian orang itu berkata kepadaku: “Pulanglah kamu. Sesungguhnya waktu kamu belum tiba lagi!”
Keesokannya Talhah bercerita kepada orang ramai tentang mimpinya itu menyebabkan mereka semua berasa hairan.
Akhirnya cerita itu sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: “Apa yang menghairankan kamu?”
Mereka menjawab: “Salah seorang daripada dua lelaki itu sangat rajin, kemudian syahid di jalan Allah. Kenapa yang seorang lagi itu masuk syurga terlebih dahulu daripadanya?”
Baginda bersabda: “Bukankah dia hidup satu tahun selepas kesyahidan saudaranya, sempat memasuki Ramadan dan berpuasa? Dan dia juga menunaikan solat sekian, sekian selama setahun yang mana setiap kali solat itu berapa banyak dia sujud?”
Mereka menjawab: “Ya!”
Baginda bersabda: “Maka jarak antara keduanya sejauh langit dan bumi!”
Riwayat Ahmad dan Ibn Majah
Demikian beruntungnya orang yang dipanjangkan usia, sempat memasuki Ramadan; berpuasa, solat dan lain-lain. Semua itu merupakan peluang untuk tingkatkan pahala dan membanyakkan pahala. Justeru, jangan sia-siakan usia anda yang masih berbaki entah berapa saat saja lagi!

Tuesday, January 31, 2017

KOLEKSI HADIS

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Image result for doa suami isteri

Antara koleksi HADITH-HADITH SHAHIH BERBUAT BAIK KEPADA ISTERI, ANAK-ANAK, IBUBAPA, KELUARGA dan SUAMI.
1. Dalil berbuat baik dengan ISTERI .
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." (HR Tirmidzi: 1162, HR Abu Daud: 4062)
Status hadith: Hasan
2.Dalil berbuat baik dengan ANAK.
اعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلادِكُمْ فِي النُّحْلِ، كَمَا تُحِبُّونَ أَنْ يَعْدِلُوا بَيْنَكُمْ فِي الْبِرِّ وَاللُّطْفِ
"Bersikaplah adil di antara anak-anak kalian dalam hibah, sebagaimana kamu menginginkan mereka berlaku adil kepada kamu dalam berbakti dan berlemah lembut. [HR. al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra no: 12003)
Status hadith: Shahih
3. Dalil berbuat baik kepada IBUBAPA.
جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي قال أمك قال ثم من قال ثم أمك قال ثم من قال ثم أمك قال ثم من قال ثم أبوك. وقال ابن شبرمة ويحيى بن أيوب حدثنا أبو زرعة مثله
"Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sambil berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku berbakti kepadanya?" beliau menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" beliau menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "kemudian siapa lagi?" beliau menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" dia menjawab: "Kemudian ayahmu." Ibnu Syubrumah dan Yahya bin Ayyub berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Zur'ah hadits seperti di atas." (HR Bukhari: 5514, HR Muslim: 4621)
Status hadith: Shahih
4. Dalil berbuat baik kepada KELUARGA.
ابدأ بنفسك فتصدق عليها، فإن فضل شيء فلأهلك فإن فضل شيء عن أهلك فلذي قرابتك، فإن فضل عن ذي قرابتك شيء فهكذا وهكذا.
Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a. al-Jami’ as-Saghier, hadis no: 46)
Status hadith: Shahih
5. Dalil berbuat baik kepada SUAMI.
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِغَيْرِ اللَّهِ ، لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada selain Allah, pastinya aku akan menyuruh perempuan untuk sujud kepada suaminya. (HR Abu Daud: 1828)
Status hadith: Shahih
Wallahua'lam
#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Wednesday, December 28, 2016

IKHLAS itu penting

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد
Image result for ikhlas


3 golongan yang kelihatan soleh di dunia tetapi dicampak ke neraka akibat tidak ikhlas:
 Berjuang sehingga syahid semata-mata mahu digelar gagah berani.
 Mengaji dan mengajar semata-mata mahu digelar alim ulama.
 Menderma semata-mata mahu digelar pemurah.
3 golongan ini gagal dalam perbicaraan di mahsyar. Muka-muka mereka diseret seterusnya dihumban ke neraka.
(Mafhum hadith rekod Sahih Muslim dari Abu Hurairah)
Salam ustaz sahih x hadith ni?
Jawapan:
Sahih. Ia ada dalam Sahih Muslim.
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ قَالَ : قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،
Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Sesungguhnya manusia pertama yang akan diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Beliau akan dibawa dan Allah menunjukkan kepadanya nikmat-nikmat Nya, dan lelaki itu mengakuinya. Lalu Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab : Aku telah berperang di jalan Mu sehingga aku mati syahid. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau berperang agar engkau dipanggil pahlawan! Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.

وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،
(kemudian giliran) seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkan ia, dan membaca al-Quran. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab : Aku telah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca al-Quran kerana Mu. Allah menjawab: Engkau bohong ! Sebaliknya engkau menuntut ilmu untuk dipanggil orang alim, dan engkau membaca al-Quran untuk dipanggil Qari'. Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.

وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ "
(kemudian giliran) seorang lelaki yang Allah telah meluaskan kepadanya harta, dan dia memberikan hartanya kesemuanya kepada orang yang berhak. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Tidak aku tinggalkan sedikit pun jalan yang mana Engkau suka untuk harta dibelanjakan padanya melainkan aku membelanjakan harta aku pada jalan itu untuk Mu. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau melakukan hal itu untuk dipanggil dermawan. Engkau telah mendapat gelaran itu Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.
[Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, , hadis no : 1905]

AWASI LIDAH!

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Image result for lidah quote

by ustazah maznah daud
إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ الأَعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُولُ: اتَّقِ اللَّهَ فِينَا فَإِنَّمَا نَحْنُ بِكَ، فَإِنْ اسْتَقَمْتَ اسْتَقَمْنَا وَإِنْ اعْوَجَجْتَ اعْوَجَجْنَا
Daripada Abi Sa’eid al-Khudri r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila anak Adam bangun di waktu pagi, seluruh anggota tunduk kepada lidah dan memperingatkannya: “Bertaqwalah kamu kepada Allah tentang kami kerana sesungguhnya kami bergantung kepadamu; sekiranya kamu lurus, luruslah kami, dan sekiranya kamu bengkok, bengkoklah kami” Riwayat at-Tirmizi.
SEMUA sedia maklum peranan lidah dan kata-kata yang diungkapkan. Pepatah Melayu mengatakan, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Kata-kata adalah cerminan diri. Tutur kata yang baik melambangkan peribadi yang baik dan mulia. Tutur kata yang kasar dan kesat tidak lahir kecuali daripada hati yang kering dan tandus budi.
Kata-kata juga lambang keimanan. Di dalam sepotong hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap perkara yang baik atau hendaklah dia diam.”
Zaman ledakan IT dan teknologi maklumat masa kini, peranan lidah banyak diambil alih oleh tangan menerusi papan kekunci. Jadi sebagaimana kita wajib menjaga lidah, begitulah kita wajib menjaga jari jemari ketika mengetuk papan kekunci. Jangan terjadi sekali keyboard diketuk, seribu kali diri dikutuk.

Saturday, August 20, 2016

MENGOLOK-OLOK AMAL SOLEH ORANG LAIN ADALAH SIFAT MUNAFIQ.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



MENGOLOK-OLOK AMAL SOLEH ORANG LAIN ADALAH SIFAT MUNAFIQ.
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ آيَةُ الصَّدَقَةِ كُنَّا نُحَامِلُ،
Daripada Abu Mas'ud radiallahu 'anhu, beliau berkata: Apabila turunnya ayat berkaitan sedekah, kami bekerja sebagai pengangkut barang.
فَجَاءَ رَجُلٌ فَتَصَدَّقَ بِشَىْءٍ كَثِيرٍ فَقَالُوا مُرَائِي.
Seorang lelaki datang lalu dia bersedekah dengan jumlah yang banyak. Lalu orang ramai berkata: Dia menunjuk-nunjuk.
وَجَاءَ رَجُلٌ فَتَصَدَّقَ بِصَاعٍ فَقَالُوا إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنْ صَاعِ هَذَا.
Datang pula seorang lelaki lalu dia bersedekah sebanyak satu sa' (jumlah yang sedikit). Lalu orang ramai berkata: Allah tidak memerlukan kepada jumlah yang sedikit ini.
فَنَزَلَتِ {الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ إِلاَّ جُهْدَهُمْ} الآيَةَ.
Lalu turunlah ayat: [Orang-orang munafik] yaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan [mencela] orang-orang yang tidak memperolehi apa-apa [untuk disedekahkan] selain sekadar kesanggupannya, maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih. (At-Taubah : 79).
[Sahih al-Bukhari, Kitab az-Zakah, Bab Ittaqu an-Nar Walau Bisyaqqi Tamrah, hadis no: 1415].
-ADMIN-

Thursday, August 11, 2016

DOA SEORANG PENDOSA

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Dari Abu ad-Darda' r.a katanya:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya)":
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya (sesama Muslim) tanpa pengetahuannya adalah mustajab. Di kepalanya terdapat satu malaikat yang diwakilkan kepadanya. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat yang diwakilkan itu berkata, 'Ya Allah, perkenankanlah (permohonannya), dan kamu juga beroleh perkara yang sama (kebaikan tersebut).'"
[Hadis Sahih Riwayat Muslim]
Sahabat-sahabat yang disayangi, perbanyakkanlah selawat, zikir dan doa terutama selepas waktu Asar sebelum Maghrib pada Hari Jumaat, berdasarkan hadis Nabi :
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR"
(hadis riwayat Abu Daud- Hadis Sahih)
Wallahua'lam.
Soalan:
Assalam ustaz yg dihormati.. Tentang hadis di atas.. Jika yg mendoakan itu seorang pendosa adakah dikira juga mcm tu ustaz?
Contoh.. Saya selalu buat dosa.. Tetapi ada masa saya solat dan berdoa utk keluarga saya dan seluruh saudara islam saya.. Adakah malaikat akan mengaminkan doa seorg pendosa mcm saya ustaz?
Terima kasih ustaz.
Dr Rozaimi menjawab:
Waalaikumussalam
Doa itu sgt ajaib. Ia dikabulkan oleh Allah tanpa syarat jika kita mukmin. Berdoalah dan bertaubatlah dan jangan putus asa dari rahmat Allah. Wallahua'lam

Friday, August 5, 2016

SAHIHKAH HADIS MATAHARI AKAN MENJADI DEKAT PADA HARI KIAMAT.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Image result for matahari di atas kepala

salam ustaz.. nak tanya status hadis matahari dekat dengan kepala manusia di akhirat
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Ia hadis sahih.
Al-Miqdad bin Al-Aswad radiallahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ " . قَالَ سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ فَوَاللَّهِ مَا أَدْرِي مَا يَعْنِي بِالْمِيلِ أَمَسَافَةَ الأَرْضِ أَمِ الْمِيلَ الَّذِي تُكْتَحَلُ بِهِ الْعَيْنُ .
Pada hari Kiamat, matahari akan mendekat kepada makhluk-makhluk sehingga jarak antara mereka seperti satu mil. Sulaim bin 'Amir berkata: Demi Allah, aku tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan mil. Adakah jarak atau alat yang dipakai untuk bercelak mata.
قَالَ " فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حَقْوَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجَامًا " . قَالَ وَأَشَارَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِيَدِهِ إِلَى فِيهِ .
Baginda bersabda: Keadaan manusia yang dipenuhi peluh akan bergantung kepada kadar amalan-amalan mereka. Sebahagian mereka ada yang peluhnya mencecah sehingga buku lalinya. Sebahagian yang lain peluhnya sehingga lututnya. Sebahagian yang lain peluhnya sehingga ke pinggangnya, sebahagian yang lain pula ditenggelami peluhnya. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam memberikan isyarat dengan tangan ke mulutnya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Jannah wa Sifat Na'imiha wa Ahlihah, Bab Fi Sifat Yaumil Qiyamah..., hadis no: 2864].
-ADMIN-
Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith

Monday, August 1, 2016

HADITH BERTEMU TUKANG TILIK.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



By  Dr Rozaimi

"Imam Muslim dalam kitab Shahih Muslim, meriwayatkan bahawasanya Rasullulah saw bersabda:"Barangsiapa mendatangi kepada tukang tilik, kemudian bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari." (Riwayat Muslim)"
Salam Dr Rozaimi.
Adakah hadis ini juga sahih?
Dr Rozaimi menjawab:
Waalaikumussalam
Ya sahih.
عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Sebahagian isteri-isteri nabi sallallahu ‘alaihi wasallam meriwayatkan bahawa nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 4144]
Wallahua'lam.

Thursday, July 28, 2016

SAHIHKAH HADIS 1 SELAWAT ALLAH BALAS DENGAN 10 SELAWAT?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
sahih ke ustaz?
Jawapan:
Ia hadis sahih.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا " .
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesiapa yang berselawat sekali kepada ku, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali.
[Sahih Muslim, Kitab al-Solat, Bab Al-Solat 'Alan Nabiy..., hadis no: 408].
-ADMIN-

Tuesday, June 16, 2015

Nasib anda malang?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Sesiapa yang tiba-tiba seperti terasa semacam ada 'aura negatif' atau 'nasib malang' melingkunginya & kehidupannya sehingga tidak berjaya etc, SEGERALAH menjauhi perasaan itu dan amalkan apa yang diajar oleh baginda Rasulullah dan berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini :
اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .

Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. (Riwayat Abu Daud )
by ustaz Zaharuddin

Saturday, June 13, 2015

Where to go?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Hadis riwayat Imran bin Hushain ra, ia berkata: "Rasulullah saw. ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni surga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kemudian beliau ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah saw. menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya." (Shahih Muslim No. 4789).


Melihat kepada hadis diatas , rasa gerun jer.... kita sedang condong kemana sekarang? Apa yang kita suka buat sekarang menentukan kemana kita nanti . Jom kita betulkan mana yang tak betul.....

Dalam rahim

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



embrio 1

Hadis riwayat Anas bin Malik ra: "Sesungguhnya Allah Taala mengutus seorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya." (Shahih Muslim No. 4785)`


Hadist Rasulullah Saw seperti dalam sabdanya:
: (إذا مر بالنطفة ثنتان وأربعون ليلة بعث الله إليها ملكاً فصوًّرها وخلق سمعها وبصرها وجلدها ولحمها وعظمها) [رواه مسلم]،
“Jika sperma (Air Mani) telah berumur 42 malam, Allah Swt mengutus Malaikat untuk membentuknya kemudian memberikannya pendengaran, penglihatan, kulit, daging ,dan Tulang-belulang,” (H.R Muslim)

Monday, June 8, 2015

Hanya kerana kucing

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Hadis diatas tu menyebut pasal kucing , bayangkan pula jika yang dianiaya tu anak manusia lebih-lebih lagi anak yatim.
Kat mana agaknya berakhirnya kita.

Tuesday, April 28, 2015

good character

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



All of good character revolves around these 4 hadith, as stated by Ibn Abee Zayd Al-Qayrawani (RH):
1- None of you will truly believe till you love for your brother what you love for yourself.
2- From the best of one's Islam is leaving alone that which does not concern him.
3- A man came to the prophet (SAW) and said: "Advise me" And three times the Prophet repeated: "Do not get angry"
4- Whoever believes in Allah and the last day should speak good or remain silent.
- Shaykh Navaid Aziz

Monday, April 27, 2015

Bahtera Penyelamat!

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


By dr Abu Anas Madani
Bahtera Penyelamat!
Naiklah untuk menyelamatkan diri dari Neraka.
Hadith Perumpamaan Penumpang Sebuah Kapal.
.
Perumpamaan orang yang menegakkan perintah Allah (Amar ma’ruf dan Nahi mungkar termasuk perintah Allah) dan orang yang jatuh ke dalam larangan Allah ialah seperti satu kaum yang mengundi untuk mendapat tempat di dalam sebuah kapal.
.
Sebahagian daripada mereka mendapat tempat di tingkat atas manakala sebahagian lagi pada tingkat bawah. (Ketika dalam pelayaran), apabila orang di tingkat bawah inginkan air, mereka terpaksa pergi meminta kepada orang yang berada pada tingkat atas.
.
Lalu mereka (yang berada di tingkat bawah) berkata: “Jika kita membuat lubang pada tingkat ini nescaya kita tidak perlu lagi meminta daripada orang di atas kita.” Jika (mereka yang berada di tingkat atas) membiarkan mereka (orang di tingkat bawah) melakukan apa yang mereka hendaki (melubangkan kapal), pasti semuanya akan musnah (tenggelam).
.
Sebaliknya jika mereka (yang berada di tingkat atas) menahan dengan tangan mereka (rancangan melubangkan kapal), pasti mereka (yang di tingkat atas) akan selamat dan akan selamat juga semuanya (termasuk di tingkat bawah)
.
Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 2493.
.
+ Hadith ini memberikan peringatan kepada kita, andai tiada manusia yang melaksanakan urusan dakwah, maka semua kita akan tenggelam dalam kebinasaan.
.
+ Hadith ini menjelaskan orang yang melakukan maksiat dan kemungkaran bukan sahaja akan binasakan dirinya, tetapi juga orang lain yang tidak melakukan akan terlibat sama.