Showing posts with label leteran. Show all posts
Showing posts with label leteran. Show all posts

Saturday, September 5, 2015

Mak orang lama

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Mak ni orang lama - macam kat atas tu - mak percaya pada baik pekerti, pandai hormat orang tua
dan bantu orang takat kita mampu.
Oleh kerana itu , maaflah bila mak tak dapat terima bakal menantu walau pun cantik melecun , lembut bagai bayu kerana mak nampak dia tak ada perkara kat atas tu. Mak tak heran dengan pangkat dan rupa . Sebab pangkat dia bukan mak nak guna mintak kerja pun!. Cantik dia bukan mak nak letak dalam lemari buat perhiasan pun.

Mak nak menantu yang boleh jadi ahli keluarga, hormat kita sebagai ibubapa. Kita boleh tumpang bila kita tua. Bukan tumpang harta sebab kita pun dah ada untuk sekadar makan sesuap dua diusia tua. Tetapi tumpang kasih sayang anak menantu dan cucu.

Ini kan masih diluar pagar dah tunjuk tak berapa masuk ajar , kita pun tak berapa nak gemar lah!
Mintak maaf lah kerana buat kamu patah hati. Tetapi mak selalu berdoa semoga kamu dapat yang beratus kali lebih baik dari dia.

Kata orang doa mak makbul. Jadi kamu sabarlah yer.....
Kamu sabar dan solat juga .....

Saturday, July 25, 2015

Jaga poket

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد






Jangan beli beg tangan harga Rm 300.00 tapi dalam beg ada RM 10.00.
 Tetapi....
Beli beg harga RM 10.00 dan dalam beg ada RM 290.00.

Hiduplah dengan menjaga poket - lebih dari jaga standard.-barulah tak pokai memanjang....

Kisah kami.

Dulu semasa pizzahut baru buka dekat the Mall -bangunan pwtc tu . Kami yang dari darat ni nak cuba lah jugak. Masuk dalam restoran , tengok , alamak besarnya pinggan piza meja sebelah. Ada dua pinggan -makan 4 orang jer.
Aku pun order yang paling kecik . Pekerja restoran tu pandang semacam jer- dalam hati dia mungkin dok kata kat aku " tak ada duit agaknya makcik ni " tak kisah lah .... makanan tu makanan asing , tak tahu lagi sedap ker tidak,. cuba dulu. Kalau sedap boleh order lagi.
Orang sebelah yang order pinggan besar tadi tak habis pun makan - tak sesuai selera agaknya . Tinggalkan jer hampir separuh setiap pinggan. Membazir you.....

Biar orang kata tak bergaya sebab bukan mereka bayar untuk kita.
Lagipun membazir tu kan dosa .... meraka pun tak tanggung untuk kita....

BIAR TAK KELIHATAN KAYA TAPI KITA MEMANG KAYA......
DARI
KELIHATAN KAYA TAPI SEBENARNYA PAPA...


Saturday, June 20, 2015

4 salah silap bulan puasa

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد






kalau yer pun puasa janganlah :

1. marah-marah- perut lapar mudah marah - kawallah sikit -kita kan puasa.

2. Mentang-mentang puasa -tidur memanjang -apahal pulak ni.. bukan gitu konsep puasa.Bacalah quran ker, gi ziarah orang sakit ker, tolong orang ker , kan pahala di doublekan bulan puasa ni.Bila lagi nak kumpul pahala , dah lah stok pahala ciput jer.tetapi ada hati nak masuk syurga .(utk diri)

3. Buang-buanglah tabiat suka cakap kotor dan merapu tu.... bila lagi ??????

4. Tak solat tapi puasa? Apahal ni . Solat tu tiang. Rumah tak ada tiang boleh panggil rumah ker?
Khemah pun kena ada tiang. So gagahkan diri anda untuk solat....supaya ada markah untuk puasa anda.


Wednesday, April 9, 2014

Kisah Pak Samad

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

Pak samad ada penyakit tekanan darah tinggi. Tiap -tiap hari pak Samad makan ubat - yang mulanya dibekalkan oleh doktor. Doktor pesan suruh pak Samad datang semula ke kelinik untuk pemeriksaan semula
keadaan tekanan darah tinggi Pak Samad. Tetapi pak Samad berpendapat baiklah beli ubat yang serupa kat  farmasi dari beratur kat kelinik untuk jumpa Doktor tu.... Pak Samad mungkin belum tahu kesan macam dalam gambar bawah ni kot? Sebab tu Pak Samad rasa relax......dan terus makan tanpa berpantang....

Pak Samad ada risiko untuk:
1. Lumpuh
2. Buta
3. Serangan jantung
4. Kegagalan hati
5. Kegagalan buah pinggang




Kita jangan lupa hak badan terhadap kita - kalau tak tunaikan hak berdosa tau!

 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)



Tuesday, June 18, 2013

Jom ! beri hadiah

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




The Messenger of Allah (salAllahu alaihy wasallam) said,

❝ Exchange gift for it will increase your love towards one another. ❞

[Narrated by al-Bukhari in al-Adab al-Mufrad. Ibn Hajar said: its isnaad is hasan. It was also classed as hasan by al-Albaani in Saheeh al-Adab al-Mufrad, 463.]

Gift-giving is one of the good manners that maintains & strengthens relations between the giver and the recipient. Give your family a little gift today and don't forget that its Sunnah too :)


Saling hadiah menghadiah itu menambahkan kasih sayang antara satu sama lain. Jadi jom kita saling  memberi hadiah. Kalau pergi kenduri kahwin tu , niatlah beri hadiah yer walaupun dalam bentuk duit 
baru dapat pahala jangan pulak kerana terpaksa .Hadiahkanlah sesuatu kepada orang yang yang kita 
sayangi walaupun benda itu kecil saja.

Para suami dan para isteri salinglah memberi hadiah . Tak kesah lah kalau hanya kuih kegemaran pun . Tak perlu tunggu intan berlian....

Hanya Allah yang dapat melindungi.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد






Alhamdulilah! alhamdulillah! Alhamdulillah, Terimakasih ya Allah.

Terkejut betul bila dipetengahan jalan baru ternampak signal pintu tak tutup rapat. Rupanya pintu belah anak yang tak rapat. Alhamdulillah tak terjadi apa-apa , tak terbukak pintu semasa membelok , kalau tidak tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi.
Teringat kisah rakan yang anaknya jatuh kejalan raya kerana pintu kereta tak rapat. Cedera anak itu.Terima kasih ya Allah. Sesungguhnya Allahlah yang maha pelindung.Sesungguhnya manusia sangatlah lemah.

Monday, September 3, 2012

Jealous

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh





Semalam ibu tengok dalam website seorang rakan satu sekolah sedang berada dalam kapalterbang kelas pertama. Beliau sekarang seorang pegawai kanan disebuah jabatan kerajaan. beliau dalam perjalanan untuk bagi talk dekat negeriorang putih.
Kemudian ada pulak gambar dia posing kat negeri mat Salleh tu dengan view yang sangat cantik didepan sebuah kereta yang agak luxury.Siap main salji lagi. Hati terdetik alangkah beruntungnya dia dapat merasai itu semua sebab dulu kami geng baik tapi rezeki dia dalam bab peluang belajar,pangkat dan kedudukan lebih baik.

Dalam pada tu , ibu terfikir jugak , itu kat dunia yang tak kekal ni pun rasa jealous bila tengok kawan-kawan lama kita berjaya dan berada pada kedudukan yang bagus.
Macam mana nanti kalau kat sana , bila kita dapat syurga paling bawah dan kawan baik kita kat dunia ni dapat syurga paling atas.Kalau kita dapat neraka , dia dapat syurga lagilah sedih giler....



Monday, May 7, 2012

Maafkanlah dia......

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Satu hari tu terbaca luahan seorang anak yang dah jadi mak terhadap emaknya.
Bunyinya kebih kurang gini...."Ada ker patut seorang mengungkit kata dia menyesal lahirkan saya kerana saya tak dengar cakap dia,sebab saya pun ada sebab tersendiri tak ikut, sebab saya pun dah ada keluarga".

Dari kata-kata diatas terfikir jugak saya yang dulu pun pernah ada dilema yang sama. Tapi bila dah tua ni fikiran pun dah lain dan nampaklah satu pandangan yang lain pulak.
kesimpulannya maafkan je lah kata-kata mak tu... sebab apa? ni sebabnya.:-



1. Bagi ibu , walaupun anda bini orang, mak orang hatta nenek orang , anda adalah anak dia.
2. Bagi ibu , walaupun anda ada sijil, diploma,ijazah hatta PHD , anda tetap anak dia dan anda tak akan lebih bijak dari dia.
3. Ibu anda tak sekolah tinggi, dia tak belajar saikoloji , so itulah cara dia marah.
4. Ibu anda tak baca info-info tentang pendidikan anak, jadi dia kurang tahu, anda baca atikel monopause patut anda lebih tahu apa yang dilalui oleh ibu.
5. Banyak lagi sebab2 yang patut anda maafkan ibu anda.... fikir-fikirkanlah......

Sunday, April 15, 2012

Ditakuti didunia diakhirat......

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Imran Aljauni berkata: Jika tiba hari kiamat, Allah menyuruh menangkap
 tiap orang yang kejam dan setan dan siapa saja yang dahulu ditakuti kerana jahatnya
maka mereka akan didikat dengan rantai besi dan dimasukkan kedalam jahannam
dan ditutup rapat. demi Allah , kaki mereka tidak akan sampai kedasarnya, sedang
mata mereka tak dapat melihat bahagian atasnya, sedang mata mereka tidak dapat
dipejamkan, dan tidak pernah merasa minuman selamanya. (R. Ibn. Abi Hatim)

Wednesday, March 21, 2012

50 Online Tools That Will Help You Boost Productivity and Earn More Money

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Berkenan dengan benda ni takut lupa link letak sini , sapa nak share-silakan

Disini juga nak congrat kepada yang berkenaan......love you





Saturday, March 17, 2012

Berhati-hati dalam perjuangan......

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Anakku yang dikasehi.

Menjadi tugas ibu untuk berpesan walaupun mungkin pahit untuk anaknda.
Anak ku sayang....
Dalam berjuang perlu berhati-hati supaya tidak tertipu. Teliti dulu apa yang
sedang diperjuangkan itu.
Berbaloikah andainya perjuangan itu membawa kepada kemurkaan Allah
Tanpa sedar kita memperjuangkan kebatilan. Sebelum berdiri disebalik
sesuatu pemidang , tengok-tengoklah dulu apa isi kandungan dan
padankanlah dengan syarak.Jangan sampai kealpaan kita menjana dosa
percuma.....Wallahuallam

Wednesday, February 29, 2012

Berbicaralah kepada yang faham.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


My dear.
Masalahnya secara fitrahnya tak ada orang yang boleh rasa apa yang kita rasa walaupun
ujian kelihatan sama kerana perspektif hidup. keimanan akan membuahkan perbezaan itu.
Sebagi contoh pergilah ke wad pesakit cancer,  semua pesakit menghadapi penyakit yang 
sama tetapi mereka punya pemikiran , perasaan memang tidak akan sama kerana ia bergantung 
kepada pandangan mereka terhadap kehidupan, keimanan mereka, sejarah kehidupan mereka.

Oleh itu jangan sekali-kali mengharap mereka faham kita kerana manusia hanya melihat apa 
yang zahir. Yang betul2 faham hanyalah si pembuat kita iaitu Allah swt. Oleh itu nak ke tidak 
kita kena balik jugak tanya kepada yang faham kita tu.... .

Mula hari ni mari kita lebih banyak bercerita dengan yang faham tu pulak dari yang tak 
faham-faham sebab kita dah tahu akibat dan hasilnya. Belajarlah jangan kena patuk ular 
yang sama dua kali.Got it.......


Tuesday, February 28, 2012

Mari kenali siapa mahram kita.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Kalau namanya mahram tu bolehlah buka aurat yang biasa-biasa tu-tak pakai tudung yer
bukan tak pakai baju..... Dan kalau yang bukan mahram pulak kena tutup aurat lah tak kira
lah masa dalam rumah ker luar rumah ker aurat kena jaga......-salam menyalam pun kena
jaga jugak ler.... Jangan ambik mudah....
Ipar duai anak sedara sabit (perkahwinan) tu muhrim sementara- sangat penting dijaga
aurat kita sebab terlerai jer ikatan perkawinan dengan muhrim kita , kita boleh
nikah dengan dia.Apa yang Allah suruh jaga tu adalah hikmahnya , jangan memandai-
mandai pulak sebab tak ikut arahan ni lah yang banyak timbul sumbang mahram tu....

Sunday, February 19, 2012

10 perkara yang boleh merosakkan otak.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Untuk panduan jer.... kebenaran secara saintifik kena cari sendiri . Tapi terbukti yer sapa
yang hafiz tu otak dia orang bergeliga apa? Satu lagi pulak guru Quran biasanya tak
nyanyuk. Sapa jumpa guru quran yang nyanyuk sila beritahu....
Yang kesembilan tu- jarang berfikir.... aik mesin paling canggih pun kalau lama tak guna
rosak gak.....






































Pasal rokok pulak jom tengok apa yang ada dalam sebatang rokok dan ingat mereka yang
berada disekitar perokok lebih banyak sedut dari perokok sendiri. So fathers jangan
rosakkan otak anak anda dengan merokok dalam kereta atau rumah- pilih tempat
pembuangan sampah untuk merokok.( halal haram merokok tu kena tanya iman lah .....)


Yang lain tu search sendiri lah yek.....

Tuesday, February 14, 2012

Without islam it happen again and again......

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Something to ponder......



Kitaran diatas melahirkan ini.....



Monday, February 13, 2012

Biarlah iman dihati kata haram.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Fatwa boleh diwartakan. tetapi kalau tidak ada kekuatan iman dalam diri tak upaya
nak menolak sebab majoriti buat.......


Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Tetapi ingat sendiri buat, sendiri jawab.......dan mereka yang membantu kearah
menyuburkan budaya ini pun dapat saham sama.


Sebagai ganti jom kita sebarkan kempen ni ....


credit: gua tv.com


Tuesday, February 7, 2012

Bila ada rasa.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Teruja tengok foto ini. Walau pun pakcik tu uzur dan dah tak boleh
ke masjid beliau masih lagi mencari pahala solat jemaah
bersama keluarga dirumah . Anda bagaimana?

Sunday, February 5, 2012

Birthday wish to Rasulullah saw

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Semalam 12 rabiul awal adalah hari kelahiran rasulullah saw. Dah selawat ke rasulullah saw
kebelum?. Kalau belum berselawatlah kerana hanya rasulullah saw yang akan dapat bantu kita
saat kita tak cukup markah nak masuk syurga kat akhirat kelak. Lagi pun kita kan tahu
kalau orang yang tak reti berterima kasih setelah dapat pemberian tu, kurang adab dan
tak mengenang budi namanya. Kadang kita lupa budi rasulullah saw pada kita amat besar
sebab dengan kehadiran bagindalah kita tahu jalan kesyurga....So hadiah apa lagi
yang lebih besar dari itu. Lagi pun rasulullah saw tak perlukan pun selawat kita tu..
Kita berselawat untuk manafaat kita sendiri.... nak tahu lanjut baca disini

Ibu terjumpa timelime yang bagus untuk kita pelajari perjalanan hidup rasulullah
dalam bahasa inggeris- kalau tak faham tanyalah pada yang faham (orang atau kamus)
selamat mentelaah disini

Saturday, January 7, 2012

Surat untuk anaknda diluar negara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Salam sayang dari bonda untuk anaknda yang dikasehi.Apa kabar anakku?. Ibu doakan kalian berada
didalam perlindungan Allah jua kerana tidak ada sebaik-baik pelindung kecuali Allah swt.Apa kabar iman
kalian? Makin soleh dan solehah kah kalian bila berada jauh dari ibu?Jangan lupa kemana pun kalian pergi
Allah sentiasa ada. Raqib dan atiq sentiasa bersama. Walau dimanapun kalian izrail sentiasa melawat kalian
70 kali sehari.Lihat kiri dan kanan kalian setiap hari ada saja orang yang mati. Dan mati itu satu kepastian
cuma kita tidak dicop tarikh mati didahi.


Anakku sayang.
Dimanapun kamu pergi dibumi Allah ini Allah telah tentukan dimana ada Musa disitu ada firaun. Oleh itu bijaklah memilih kamu ingin menjadi seperti siapa? Seperti musa yang Allah redho atau seperti firaun yang
Allah murka.

Anakku sayang .
kasihanilah ibumu ini. Ringankanlah bebanku diakhirat kelak dengan menjadi anak yang patuh perintah Allah.Allah tak terima sijil hadiah dekan kamu diakhirat kelak sebagai penebus kemurkaan kamu kepada
dia.Allah juga tak terima jurnal yang hebat-hebat yang kamu tulis . Dia hanya menerima amalan soleh kamu.
Dapatkah pahala jurnal kamu yang digunakan oleh pelajar lain itu menampung dosa kamu yang derhaka
kepada Allah. tentu tidak bukan?

Anakku sayang.
Otak  dan akal yang kamu guna utk dapat anugerah dekan itu milik Allah, bukan milik kamu. Allah boleh
jadikan kamu hilang ingatan kalau dia mahu. Tapi Allah beri kamu kebijaksanaan untuk menguji kamu
adakah kamu seorang manusia yang bersyukur.Jangan bongkak dengan Allah anakku kerana dia maha
berkuasa melakukan apa saja yang dia mahu.

Anakku sayang.
Ibu baru baca hadis ini
Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.”


Anakku sayang .
Kamu adalah harta ibu yang akan ibu tinggalkan untuk manafaat akhirat ibu nanti. Sekiranya kamu nanti adalah orang yang paling berjaya didunia ini dengan segala anugerah keduniaan / nobel prize dan sepertinya ia tidak ada maknanya bagi ibu didalam kubur nanti. Bahkan kedurhakaan kamu kepada Allah akan menyiksa ibu disana . Tolonglah anakku jika benar kamu sayang ibu. Kembalilah kepada fitrah.




yang mengharap.


Ibumu.



Wednesday, November 16, 2011

Ku panjatkan seribu kesyukuran ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukurlah anak ibu yang cara belajarnya umpama pahat
dengan tukul dikurniakan 4 A 1 B dalam peperiksaan UPSR. Semoga rezeki ini memberi dia
kesedaran bahawa dia adalah anak yang bijak dan berkebolehan dan amat rugi jika dipersia-siakan. 
Ibu mendoakan semoga dia dapat mencapai cita-cita untuk menjadi hafiz suatu hari nanti. Amin.