catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Friday, March 6, 2020
DI MANAKAH AL QURAN DI DALAM HATI KITA]
Allah swt berfirman :
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا ( 30) .
Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". (al furqan : 30)
.
Di dalam ayat ini , Allah mengisahkan apa yang diungkapkan oleh Rasulullah ini dengan menyifatkan bahawa kaumnya telah menjadikan Al Quran suatu yang tidak dipakai.
Lalu , siapakah yang meninggalkan al quran dan ciri-ciri mereka yang mengabaikan al Quran ? .
Menurut Imam Ibn Qayyim al Jawziyah , ada beberapa bentuk perilaku yang disifatkan meninggalkan al Quran (مهجورا) , antaranya ialah :
.
1.Menjauhkan diri dari mendengar al quran dan mengimani isi kandunganNya.
.
2.Tidak mengendahkan hukum halal dan haram yang terdapat di dalam al Quran meskipun membaca dan melaziminya.
.
3. Tidak menjadikan al Quran sebagai pemutus perkara dan rujukan dalam perkara pokok di dalam agama (usuluddin) dan cabang-cabangnya serta menyakini bahawa ia tidak memberikan keyakinan dan juga dalil-dalil yang terkandung di dalamnya tidak menghasilkan sebarang ilmu.
.
4.Menjauhkan diri daripada mentadabburi ayat-ayat Al Quran , memahaminya dan mengetahui apa yang ingin dibicarakan oleh Sang Pencipta.
.
5. Menjauhkan diri daripada mengubati segala penyakit hati dengannya lalu mencari penawarnya dari selainnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment