Wednesday, March 11, 2020

Rezeki Seorang Wanita"



Wanita bila berkahwin awal usia, rezekinya berbakti kepada anak dan suami. Allah sediakan ganjaran yang tinggi

Wanita yang jodohnya lambat , rezekinya menjaga kedua ibubapa, dipermudahkan urusan ibadahnya tanpa anak kecil.

Wanita berkahwin tapi lambat dapat anak rezekinya Allah bagi masa panjang untuk berkongsi cinta dengan suaminya

Wanita berkahwin dapat anak ramai Allah bagi rezekinya melalui rezeki anak-anaknya

Jangan kita pandang rendah pada setiap rezeki yang Allah bagi. Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Syukur itu menjadikan kita bahagia

Syukur dengan rezeki yang kita dapat... Usah dibandingkan dengan wanita lain... Setiap daripadanya ada habuannya, ada ganjarannya, ada hikmahnya... Rencana Allah itu yang terbaik untuk kita...
Syukur seadanya...
Kerana akan lahir rasa bahagia...
Bahagia dengan apa yang kita ada...
tanpa melihat apa yang orang lain ada...
Kerana itulah rezeki

Alhamdulillah

No comments: