Friday, March 13, 2020

Seloka perkahwinan

Kahwin ni dik macam ni.. Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ⠀
Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh ⠀
Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan ⠀
Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ⠀
Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam ⠀
Ada ketika ipar duai mulut macam celaka ⠀
Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan ⠀
Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang ⠀
Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan ⠀
Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan ⠀
Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 ⠀
Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan ⠀
Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman ⠀
Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future ⠀
Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka⠀

Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.⠀

Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.⠀

Realiti tak sama dengan fantasi ⠀
Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah. ⠀
Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.⠀

Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.⠀

Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.⠀
--

No comments: