Saturday, October 24, 2020

ibu susu nabi

Dikatakan bahawa disini lah kawasan rumah Halimatul Saadiah, tempat Rasulullah dibesarkan. Lokasinya luar sedikit dari bandar Taif.

Halimatul Saadiah adalah wanita yang paling tidak dikehendaki Arab Quraisy kerana tubuhnya yang lemah longlai. Bayangkan susu untuk diberikan kepada anak sendiri pun tidak mencukupi, apatah lagi untuk mengambil upah menyusukan bayi lain.


Namun, Allah sebaik-baik pengatur kehidupan.

Setelah semua wanita susuan yang lain menolak untuk menyusukan Rasulullah kerana keyatimannya, Rasulullah akhirnya menjadi anak susuan kepada Halimatul Saadiah.

"Demi Tuhan, tiada apa yang kuharap melainkan barakah daripada si anak kecil ini." begitulah kata Halimatul Saadiah..


MasyaAllah tabarakallah, Rasulullah itu sememangnya dari azali pembawa barakah.

Sejak hari pertama bersama Rasulullah , kehidupan keluarga Halimatul Saadiah berubah. Susu badannya yang dulu kekeringan, kini melimpah-ruah. Keldai dan untanya yang dulu tua dan lemah, kini menjadi paling sihat dan laju melangkah.

Siapa sangka, selama memelihara Rasulullah, kehidupan Halimatul Saadiah sentiasa dalam keadaan baik. Sejak itu, keluarga dan anak-anak susuannya tidak pernah ditimpa penyakit dan bahaya. Malah, seisi rumah diliputi kebahagiaan dan kecintaan.


Itulah barakah, sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sungguhpun tidak diketahui sumber dan pucuk pangkalnya, namun kebaikannya bertingkat-tingkat, berlapis-lapis.

SollualanNabi....!

No comments: