.
Tetapi apabila kehidupan diukur dengan ukuran alam buana dan ditimbangkan dengan neraca Akhirat, maka ia akan kelihatan sangat kecil dan kerdil.
.
Kerana itu, kenikmatan yang wujud di dunia ini amatlah kecil dan sedikit sekali jika dibandingkan dengan kenikmatan kenikmatan yang telah disediakan oleh Allah di akhirat.
.
Sebenarnya kenikmatan dunia tidak mempunyai hakikat yang tersendiri. Asas kewujudannya diambil dari sifat kehidupan dunia yang memperdayakan manusia, yang membuat mereka lalai dan lupa daratan dan akhirnya terpesona dan tertipu.
.
Ambilah kenikmatan dunia itu pada kadar yang kita mampu selagi mana kita tidak melanggari batas-batas syarak yang telah ditetapkan oleh Allah.
.
Lalu Al Quran diturunkan kepada kita. Ia merupakan kitab panduan yang sentiasa mengingatkan kita bahawa kenikmatan yang terhidang di hadapan mata bukanlah untuk dilahap sehingga melupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Allah.
.
Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana tidak mengendahkan peringatan-peringatan Allah ini.
Ig jentik hati
No comments:
Post a Comment