Thursday, October 29, 2020

Salam maulid

Jika benar cinta, akan kita turuti segala amalannya.

Pernah tak bila kita cinta sesuatu, kita kalau boleh nak ikut semua benda yang berkaitan dengannya?

Kalau kita cinta mak ayah kita, kita 'terjatuh cinta' juga pada semua amalan mereka. Mereka bersedekah, kita juga mahu bersedekah. Mereka rajin baca Al-Quran, kita juga mahu baca Al-Quran. Semua mereka buat kita nak buat; sebab kita cintakan mereka.

Atau bila kita cinta pada artis, semua benda dia buat, kita pun nak buat. Rambut dia biru, kita ikut. Dia makan kedai itu ini, kita pun nak makan. Dia pakai begitu begini, kita pun nak juga. Sebab kita cintakan mereka, semuanya sanggup kita gadai dan ikut.

Tapi beza antara cinta mak ayah dan cinta artis; cinta mak ayah halal, cinta artis itu haram.

Kenapa? Sebab cintakan mak ayah itu sunnah Nabi s.a.w. tapi cintakan artis itu bukan sunnah Baginda, malah Allah s.w.t. mengharamkan kita dari pada memandang ajnabi dalam Al-Quran.Tipulah kalau kita kata kita minat je tapi tak pandang; kalau dah minat mesti nak pandang punya.

Samalah bila kita kata kita cinta Nabi Muhammad s.a.w. , kita ikut tak sunnah Baginda? Kita ikut tak seruan Baginda untuk tinggalkan maksiat? Kita ikut tak bila Baginda seru supaya ikut Al-Quran dan Sunnah, tak couple, tak minat artis, tak merokok apa semua?

Apa bukti kita cinta Baginda s.a.w.?

Cinta itu; bukan hanya menangis berselewat banyak-banyak ketika Maulidur Rasul sahaja..

Sunnah Nabi kita kena hidupkan. Perjuangan dakwah tarbiah Baginda kita kena ikut dan sebarkan pada ummat sekelian alam. Diri kita harus dijaga mengikut syariat Al-Quran dan Sunnah.

Cinta; harus dibuktikan dengan amal

Moga kita layak menjadi ummatnya di padang mahsyar kelak..

Salam Maulidur Rasul.

No comments: