Sunday, December 6, 2020

Akhir zaman

Kuliah Maghrib TG SHEIKH MUHD ZAINUL ASRI .....

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“ Akan dtg satu waktu,umatku tidak boleh dtg mengerjakan Haji “.
Ini antara perkara yg menyedihkan Rasulullah saw .Baginda pernah menceritakan ttg peristiwa akhir zaman kpd para sahabat Baginda.Para sahabat tidak menjangka Rasulullah saw bercerita sedemikan panjang ttg peristiwa akhir zaman yg diceritakan Rasulullah saw.Pemberitaan Rasulullah saw itu adalah perkara yg benar dan akan berlaku dan Rasulullah saw amat bimbang ttg umatnya di akhir zaman.Baginda telah berkata dgn pasti bahawa Dajjal itu menjadi ujian besar kpd umat akhir zaman.Tidak ada sejarah org murtad yg terlalu ramai melainkan zaman Dajjal.Wanita yg selamat ialah 10,000 shj. Baginda sebut,Amalkan doa agar terpelihara dr Dajjal sejurus sebelum memberi salam dlm solat ,amalkan 10 ayat pertama Surah Al kahfi atau baca 10 ayat terakhir surah Kahfi sbg ikhtiar benteng diri dr fitnah Dajjal.

Di Zaman Dajjal,anak isteri mesti dijaga dr terpengaruh dgn Dajjal.Baginda Rasulullah saw telah mengetahui situasi yg kita hadapi sehinggakan Baginda bersabda:Sesiapa yg menegakkan sunnah Baginda di zaman akhir ini, dia akan mendapat ganjaran umpama 100 x mati syahid.

Kita kena mohon dan terus doa utk dpt syafaat Rasulullah saw.Doanya

“ Allahummaj alna min ahli syafaati saiyyidina Muhammadin".

Berharap dan ikhtiar utk dpt bertemu Rasulullah saw dlm mimpi.Doanya

“ HasbiaAllah hu la ila ha illa hu ala ihitawaqakaltu wa huwa Rabbul arshil adzim ( baca 7x selepas subuh dan selepas asar )

No comments: