![Dairi ibu](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhY4QrmyMEG8HqYPxLF4hhrS_JgztGAUUKG9EQA-oUS0XAFzlpUPCAb204eGelf-gqgd83MoUOqwFN77xqALD1Ut3I1hnQCYjqXZ1WSrFs3XmalJp0oa917tp9KIXzMbH0aUfrAJdoi0no/s1600/baiti-jannati-horz.jpg)
catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Tuesday, February 16, 2021
Doa Malaikat Buat Sedekah Subuh
==========
1. Rasulullah ﷺ pernah menjelaskan bahawa pada setiap pagi, akan datang dua malaikat yang diutuskan untuk mendoakan kebaikan buat mereka yang bersedekah. Sabda Rasulullah:
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ، إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
"Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah ganti (yang baik) kepada orang yang bersedekah’. Sedang malaikat yang satunya lagi mengatakan: ‘Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang menahan hartanya.’ (HR al-Bukhari)
2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Aini menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan "diberi ganti" adalah Allah memberikan sesuatu yang lebih baik terhadap harta yang disedekahkan oleh seseorang itu. Ini selaras dengan firman Allah:
وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantikannya, dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba: 39)
3. Manakala Mulla Ali al-Qari pula membayangkan bahawa Allah akan memberikan gantian yang lebih baik lagi daripada harta yang kita sumbangkan. Kata beliau:
عِوَضًا عَظِيمًا وَهُوَ الْعِوَضُ الصَّالِحُ أَوْ عِوَضًا فِي الدُّنْيَا
“(Yang dimaksudkan dengan gantian) adalah gantian yang lebih besar iaitu gantian atau ganjaran soleh atau ganjaran dunia.” (Mirqah Mafatih).
4. Ini kerana, gantian yang Allah berikan tidak semestinya dengan ganjaran gantian dari kemewahan dunia. Ada sahaja bentuk gantian dengan anak yang soleh yang tidak mampu dibeli dengan seluruh harta dunia. Ada juga gantian Allah berikan dengan kelapangan jiwa kerana ada sahaja manusia yang mewah tetapi jiwa mereka merasa sempit, sentiasa resah dan gelisah.
5. Begitu besar ganjaran bersedekah di sisi Allah sehingga turun ke dunia malaikat yang datang mendoakan kebaikan buat kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Labels:
cp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment