Monday, September 6, 2021

Rasa syukur amalan kita

Mari kita amalkan rasa bersyukur. Ini akan menyebabkan kita dapat ketenangan dan semangat untuk mengharungi ujian dalam kehidupan. 

Kita semua memang ada marah, benci dan sakit hati... tetapi mengapa kita meminum racun untuk mengharapkan kematian musuh yang kita benci. 

Kebencian dalam hati perlu diusir dengan kemaafan. Bukan kerana orang itu layak dimaafkan...tetapi kita yang layak menikmati kebahagiaan. 

Hidup sekali, dan terlalu singkat...untuk disia-siakan hanya untuk satu kebencian dan kemarahan. 

Kita semua ada rasa benci dan marah...mari bermujahadah untuk membuangnya jauh-jauh. Jika tidak mampu memaafkan...tidak mengapa. Cuma jangan selalu diingatkan.

Sayangilah diri...jangan membunuhnya dengan kebencian dan kemarahan. Kita layak bahagia. Kita layak ceria. Peluang kurniaan Allah ini jangan dipersia.

No comments: