Mulut kita tidak selamat daripada bercakap benda yang buruk, tapi Allah As Salam, apabila berkata dalam Al-Quran semuanya baik dan berhikmah.
Jadi doalah dengan nama Allah As Salam supaya selamat mulut kita daripada bercakap yang buruk kepada orang lain.
Siapa yang ikut petunjuk, barulah selamat (daripada azab, kemurkaan Allah). Nak selamat kena tadabbur Al-Quran dan belajar sunnah supaya faham.
Rujuk Taha Ayat 47
فَأتِياهُ فَقولا إِنّا رَسولا رَبِّكَ فَأَرسِل مَعَنا بَني إِسرائيلَ وَلا تُعَذِّبهُم ۖ قَد جِئناكَ بِآيَةٍ مِن رَبِّكَ ۖ وَالسَّلامُ عَلىٰ مَنِ اتَّبَعَ الهُدىٰ
“Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: “Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk ugama Allah.
.
.
Selamatnya kita bukan sebab buat kenduri doa selamat, tapi ikut petunjuk Allah. Huda.
Tadabbur Al-Quran dan sunnah (hadis)
Link Allah As Salam
https://youtu.be/igsCl-LxVQs
#notaUmmuIlham
#notaIlyaniMunsarikh
https://t.me/+yS6eCgnvxAs5OTU1
No comments:
Post a Comment