Sebelum ini saya telah menyentuh soal perceraian dan
faktur-fakturnya.Disini ingin pula saya memperkatakan tentang matlamat dan
caranya. Perceraian disyariatkan didalam Islam untuk kepentingan bersama suami
isteri khususnya apabila berlaku keadaan-keadaan yang menyulitkan mereka untuk
terus hidup bersama dan kehidupan bersuami isteri bertukar menjadi semacam
‘neraka’. Jadi dengan sebab itu diharuskan perceraian. Dalam pada itu pun
terdapat keterangan –keterangan ‘nusus’ yang melarang disegerakan perceraian
kerana akibatnya yang boleh meleraikan hubungan keluarga serta menjadikan
kehidupan anak-anak sengsara.
Agama Islam meletakkan ikatan-ikatan yang ketat untuk
menghindari perceraian serta langkah-langkah yang teliti yang tidak disedari
oleh kebanyakan orang.Mereka menyangka sebaik sahaj melafazkan perkataan
‘talak’ maka terputuslah hubungan antar suami isteri.
Al Quran telah menjelaskan ikatan dan langkah tersebut dalam
firman Allah Subhanhu Wa Ta’ala
“Dan jika seorang wanita kuatir akan nusus atau sikap tidak
acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang
sebenarnya dan perdamaian itu lebih baik bagi mereka.
Ayat ini dengan jelas menekankan perlunya diwujudkan
persefahaman diantara sumai isteri dan berusaha untuk berdamai apabila timbul
perselisihan antara mereka.
Apabila ternayata sukar untuk diatasi perbezaan pokok itu
dan bertukar menjadi persengketaan maka syara’telah menggesa supaya merujuk
kepada’ hakam’ (orang tengah).
firman Allah Subhanhu Wa Ta’ala yang bermaksud:
“dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara keduanya
maka kirimlah seorang ‘hakam’ dari kelurga lelaki dan seorang ‘hakam ‘ dari
kelurga perempuan . Jika kedua-duanya bermaksud mengadakan perdamaian nescaya Allah memberi taufiq kepada kedua
suami isteri itu”.
Kalau pun perceraian terpaksa dilakukan, maka agama Islam
telah meletakkan beberapa sebagai syaratnya
iaitu:
1.
Suami hendaklah menceraikan isterinya
dengan talak satu dalam masa suci isterinya dan tidak disetubuhi dalam masa itu,
dan talak itu didahului oleh satu talak
dalam haidh dan dalam masa perempuan itu jelas mengandung. Tetapi kalau talak
itu berlaku dalam masa haidh isterinya, atau dalam masa nifas, atau dalam waktu
suci yang disetubuhi isterinya , maka ulama
sepakat mengatakan bahawa talak itu hukumnya haram dan ia tidak jatuh
menurut sebahagian para mujtahidin. Pendapat ini menjadi pegangan Sheikh Al
Islam Ibn Taimiah.
Ibn Hazm meriwayatkan dalam kitabnya “al muhalli” dengan sanad yang bersambungan:
Ibnu Umar menyebut dalam kes seorang suami
menceraikan isterinya yang sedang haidh, bahawa ia tidak dikira (sanadnya adalah sahih).
Menurut imam Al Sahaukani kalau sekiranya
keterangan ini tidak dapat sekali pun memadailah agar firman Allah menjadi panduan iaitu firmannya :
“Wahai nabi , kalau kamu menceraikan
perempuan maka talaklah mereka bagi
edahnya.”
Di persetujui bahawa suruhan kepada sesuatu
membawa pengertian larangan bererti
keburukan . Sekiranya suami masih bertegas
untuk menceraikan isterinya maka dia hendaklah menceraikan isterinya
dengan talak yang kedua selepas talak yang pertama dalam tempoh masa yang tidak
kurang dari sebulan, iaitu dengan tujuan supaya siisteri datang haidh dan suci selepas tempoh suci yang dilafazkan
dalam talak pertama.
Kalau sekiranya selepas itu si suami masih
juga mahu menceraikan isterinya ia boleh menceraikannya dengan menjatuhkan
talak yang ketiga yang begitu juga dilakukan dalam tempoh suci isteri yang
tidak disetubuhi selepas berakhir haidh
bagi suci yang kedua. Dalam hal ini Ibn
‘Umar pernah menceraikan isterinya yang sedang haidh , sayyidina Umar
memberitahu hal ini kepada Nabi SallLlahu ‘alaihi Wasallam. Lalu baginda
berkata :-
“suruhlah dia rujuk isterinya sehingga
haidh. Kemudian haidh,kemudian suci. Kalau ternyata ia hendak menceraikan nya ,
maka cerailah ia sebelum disetubuhi, iaitu edah seperti yang diakui oleh
Allah”.
(Hadith ini disebut kan dalam Sahih Bukhari dan Muslim dan lain-lain lagi).
Tujuan syara’memanjangkan tempoh perpisahan
ialah untuk mencegah berlakunya “Talak Bain”.Lebih-lebih lagi ia mensyaratkan
supaya siisteri terus tinggal dirumah suami dalam tempoh kedua-dua talak
pertama dan kedua sehingga sehingga ke permulaan hubungan silaturrahim dan memberi
peluang berdamai disamping mewujudkan
perasaan belas dan kasihsayang .
Menjatuhkan tiga talak bersekali secara serentak adalah tidak harus dan talak
hanya jatuh satu talak sahaja. Pendapat ini
dipakai oleh mahkamag syar’iyyah di Mesir dan juga di Syria. Selain itu
ada lagi beberapa keadaan yang
diputuskan oleh mahkamah tersebuttidak jatuh talaknya berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih serat
pandanagn sebahagian besar para ulama.
Sukalah saya menasihatkan mereka yang
mempergunakan talak didalam beberapa
keadaan bagaikan perkara biasa dan meruntuhkan rumahtangga mereka dan
menyebabkan kesengsaraan hidup anak-anak
dan menghancurkan masa hadapan isteri mereka, saya menggesa mereka supaya tidak
menggunakan talak kecuali apabila dimestikan.
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
pernah mendenagr seorang lelaki menceraikan isterinya tanpa sebabyang
dihalalkan oleh Allah. Baginda bangun dengan marah sambil bersabda:
“Apakah dia mempermain-mainkan kitab Allah
sedangkan aku masih ada bersama kamu sekelian”.
No comments:
Post a Comment