.
Tidak ada siapa yang tidak mengatakan bahawa perceraian
meruntuhkan keluarga dan memporak perandakan anggotanya. Islam mengharuskan
perceraian kerana keperluan- keperluan yang dikecualikan ,yang dirasai oleh
Barat lalu digunakan secara meluas di Amerika
dan dikebanyakan negara Eropah.
Perceraian adalah berpunca dari suami isteri. Ramai suami
yang biasanya menggunakan hak ini kerana sebab-sebab yang remeh,seperti
cintanya mula pudar terhadap isteri, lalu diceraikan isteri atau mengikut
perasaannya dan dengan itu menyebabkan anak-anaknya sengsara dan menghalau
isterinya secara zalim.
Suami mungkin memang mencintai isterinya dahulu tetapi
perubahan masa telah memudarkan cinta itu dan dia akan pudar dengan isteri
kedua dan begitu seterusnya. Jadi dengan
sebab itu lah tindakan suami itu bertentanagn dengan akal fikiran . Malah ia
bertentangan denganperasaan hati kecil. Sayyidina Umar bi Al Khattab pernah
berkata kepada seorang suami yang bercadang menceraikan isterinya. “Kenapa kamu
hendak menceraikannya? Adakah semua rumahtangga dibina atas asas cinta , dimana
duduk perlindungan dan cacian?”
Diantara punca perceraian yang timbul dari suami ialah
langkahnya yang terburu-buru berkahwin dan pergantungannya kepada perasaan
cinta yang bertentangan dengan agama dan aqal fikiran.
Mengenai si Isteri pula saya rasa kebanyakan punca perceraian
adalah sebab isteri. Mungkin isteri bertingkah dengan keluarga suaminya kerana
sikapnya yang mementingkan diri dan singkat pandangannya. Atau mungkin kerana
pentadbiran dan didikannya yang salah
yang menyebabkan rumahtangga bagai neraka, lantaran sentiasa berkelahi dengan
anak-anak dan suaminya dan sifatnya yang
memboros harta suami. Ini mendorong suami melarikan diri dari rumah dan mual
mengunjungi kedai kopi dan kelab-kelab untuk melupakan segala perasaan
deritanya. Lalu ia mula membiasakan diri dengan perbuatan yang tidak baik,
selain dari mengabaikan perhatian terhadap anak-anaknya.jadi sudah tentu
apabila kesabarannya sudah hilang dia akan menceraikan isterinya secara
terpaksa.
Suatu ketika akhbar “al Ahram “ melapurkan bahawa sebuah
akhbar Eropah yang luas pengedarannya telah membuat satu tinjauan pendapat
orang ramai dikalangan pembaca wanita menegnai “Cara paling baik untuk menjadi
suami”.
Salah seorang wanita berkata: Bagaimana anda berani
mengemukakan soalan seperti itu pada saya yang perkahwinan saya baru genap
Sembilan tahun?”(maksudnya beliau masih dalam “bulan madu”) Jumpa saya lagi
selepas dua puluh tahun nanti!”
Seorang wanita pula berkata “cara yang paling baik untuk
mengekalkan suami ialah dengan cara membuatnya lebih senang dirumah dari
diluar! Celaka sekali kalau siisteri menyebabkan suami gelisah berada dirumah
dan sering bertemu dengan rakan dan teman-teman suaminya”.
Kata seorang wanita pula “Cinta iru perang , suami itu musuh
yang mesti kita menangi dan mengatasinya lalu meletakkannya dalam tawanan”.
Kata pula wanita yang keempat: “Suami adalah kanak-kanak
dewasa. Walau pun sudah dewasa, mereka sentiasa memerlukan perhatian,belaian
lemah lembut,kemanjaan dan sanjungan.
No comments:
Post a Comment