Ilmu pengetahuan adalah perhiasan yang paling cantik. Jika
dibandingkan dengan semua perhiasan alain ianya tidak sama nilai dan faedahnya
dari ilmu pengetahuan, Hakikat ini telah disedari oleh datuk nenek kita dahulu.
Mereka mewujudkan perpustakaan dirumahyang kesannya masih terdapat disebahagian
besar rumah kita.
Ibubapa dan datuk nenek kita dahulu berlumba-lumba untuk
memiliki buku dan membacanya bersama-sama ahli keluarga diwaktu malam dan
diwaktu-waktu lapang mereka. Malah mereka menguntukkan sebahagian dari waktu
mereka untuk menuntut ilmu pengetahuan dibawah para guru yang soleh.Mereka
tidak berpada dengan belajar disekolah-sekolah sahaja.
Namun demikian semua itu sudah berlalu dan kini ianya
diganti dengan perhiasan barang kaca dan barang-barang dari gading.
Perpustakaan yang lama diabaikan,Buku-buku lama itu dijadikan pengipas dan
dijual sebagai kertas buruk. Wang yang didapati itu pula tidak seberapa sangat
dibuat beli gula-gula. Penulis sendiri merupakan salah seorang yang pernah
memusnahkan perpustakaan oarng tua semasa kecil, yang menjual buku-bukunya
dengan harga yang murah dan wangnya digunakan untuk membeli basikal.
Pengetahuan yang benar adalah suatu yang mustahak dirumah ,
yang boleh meningkatkan fikiran anggotanya serta menambahkan hasil mereka dan
menjadi keseronokan yang melazatkan dan berfaedah di waktu lapang.
Pengetahuan di sekolah adalah pengajian untuk mendapat sijil semata-mata, yang tidak ada kaitannya dengan bakat dan penerimaan. Justru itu ia harus diperlengkapkan
dengan pengetahuan dirumah dengan menggalakkan anak-anak untuk membaca buku-buku dan cerita-cerita
bimbingan dalam waktu lapang mereka.
No comments:
Post a Comment