Bila anak baligh meningkat remaja, nafsu seksual mereka sudah wujud dan apa2 ransangan seksual akan pasti memberikan kesan pada perasaan dan badan mereka. Jadi WAJIB pesan 5 benda ini berkaitan pergaulan dengan lain jantina ๐
1. Jangan sentuh lain jantina walaupun berlapik. Tak dibenarkan dalam agama dan akan beri ransangan pada badan kita.
Sentuh kulit ke, sentuh rambut ke, tak boleh. Jaga sentuhan!
Rasulullah memberikan amaran yang keras kepada pasangan yang bercinta namun mereka seronok berpegangan tangan. Sabda Rasulullah:
ููุฃููู ููุทูุนููู ููู ุฑูุฃูุณู ุฃูุญูุฏูููู
ู ุจูู
ูุฎูููุทู ู
ููู ุญูุฏููุฏู ุฎูููุฑู ูููู ู
ููู ุฃููู ููู
ูุณูู ุงู
ูุฑูุฃูุฉู ููุง ุชูุญูููู ูููู
โAndai sekiranya kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya.โ (HR al-Tabrani)
2. Jangan berdua-duaan dengan lain jantina. JANGAN SESEKALI.
Rasulullah S.A.W bersabda:
ูุงู ููุฎูููููููู ุฑูุฌููู ุจูุงู
ูุฑูุฃูุฉู ุฅููุงูู ููู
ูุนูููุง ุฐูู ู
ูุญูุฑูู
ู
Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.
Riwayat Muslim (1341)
3. Jangan berdua-duaan secara MAYA dalam internet. Bermesej dengan lain jantina .
Khalwat atau berduaan ini bukan boleh jadi dalam realiti, dalam MAYA pun boleh pada zaman sekarang.
4. Jaga mata daripada melihat aurat orang lain dan soft pornografi seperti aksi berciuman, bersentuhan, berpelukan.
Jaga mata daripada melihat mereka yang tampan dan cantik kalau ia boleh menggangu hati dan perasaan serta iman kita. Bukan jaga mata pada benda lucah sahaja, tetapi jaga mata dari rasa sangat terpesona dengan ketampanan dan kecantikan seseorang itu pun LANGKAH PERTAMA menjaga hati.
5. Jangan menonton dan melihat terlalu banyak video/drama cintan cintun yang boleh mempengaruhi hati dan membuai perasaan yang tak perlu.
Apa yang anak remaja tengok, itu lah yang membentuk perasaan dan cara berfikir.
Terbuai-buai dengan kisah cinta semata-mata sedangka zaman remaja adalah waktu puncak untuk meneroka potensi diri dan mencuba pengalaman baru yang bermanfaat.
6. Jika ada perasaan suka dan cinta pada lain jantina, itu adalah normal tetapi perlu diuruskan dengan baik dan mengikut agama. Cinta dan suka datang bersama tanggungjawab dan dibenarkan hanya antara suami dan isteri sahaja.
Beritahu anak kita supaya berdoa agar Allah gantikan perasaan tersebut dengan rasa semangat belajar dan jadi orang yang lebih baik dari semalam.
Couple akan mengganggu fokus kita dalam mencari potensi remaja dan menghilangkan berkat dalam kehidupan kerana melakukan zina hati. Terbuai-buai teringatkan kekasih itu tak dibenarkan.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan bahagian 'zina' untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka 'zina' mata dengan melihat, 'zina' lidah dengan ucapan, 'zina' hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Simpan rasa kasih dan cinta itu untuk pasangan yang sah dan halal.
No comments:
Post a Comment