Jika Saya Menghidap Dementia…
Saya ingin keluarga saya menggantung/mempamerkan senarai harapan ini di dinding tempat saya tinggal. Saya mahu mereka ingat perkara-perkara ini:
1. Jika saya menghidap dementia. Setiap kali anda masuk ke dalam bilik, perkenalkan diri anda. “Hai Ibu/Abah, ini Amelia .”
JANGAN tanya – "Ibu/Abah tahu siapa saya?" Itu boleh menimbulkan keresahan dan tekanan..
2. Jika saya menghidap dementia, saya mahu rakan dan keluarga saya menerima realiti saya.
3. Jika saya fikir pasangan saya masih hidup, atau jika saya rasa kita mahu pergi makan malam di rumah ibu bapa saya, biarkan saya percaya begitu. Saya akan lebih bahagia begitu.
4. Jika saya menghidap dementia, jangan berdebat dengan saya tentang apa yang benar bagi saya dan apa yang benar bagi anda.
5. Jika saya menghidap dementia dan saya tidak pasti siapa anda, jangan ambil hati. Garis masa dalam fikiran saya mungkin mengelirukan.
6. Jika saya tidak lagi mampu menggunakan sudu garpu, jangan terus menyuap saya. Tukarkan saya kepada diet makanan jari/tangan(finger food), dan lihat jika saya masih boleh menyuap diri sendiri.
7. Jika saya bersedih atau cemas, pegang tangan saya dan dengar. Jangan katakan bahawa perasaan saya tidak berasas.
8. Jika saya menghidap dementia. Jangan layan saya seperti kanak-kanak. Bercakaplah dengan saya seperti orang dewasa.
9. Jika saya menghidap dementia. Saya masih mahu menikmati perkara yang saya gemari selama ini. Bantu saya untuk terus bersenam, membaca, dan bertemu dengan rakan-rakan.
10. Jika saya menghidap dementia. Minta saya ceritakan kisah dari masa lalu saya.
11. Jika saya kelihatan gelisah, luangkan masa untuk fahami apa yang sedang mengganggu saya.
12. Jika saya menghidap dementia. Layanlah saya seperti mana anda mahu dilayani.
13. Jika saya menghidap dementia. Pastikan makanan ringan yang banyak sentiasa ada di rumah. Walaupun sekarang, jika saya tidak makan, saya mudah marah, dan jika saya menghidap dementia, saya mungkin sukar menjelaskan apa yang saya perlukan.
14. Jika saya menghidap dementia. Jangan bercakap tentang saya seolah-olah saya tiada dalam bilik.
15. Jika saya menghidap dementia. Jangan rasa bersalah jika anda tidak mampu menjaga saya 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ia bukan salah anda. Anda telah berusaha sedaya upaya. Carilah seseorang untuk membantu, atau tempatkan saya di tempat yang selesa.
16. Jika saya tinggal di pusat jagaan dementia, sila lawati saya dengan kerap.
17. Jika saya menghidap dementia. Jangan marah jika saya tersilap nama, tempat, atau kejadian. Tarik nafas dalam-dalam. Ia bukan salah saya.
18. Jika saya menghidap dementia. Pastikan muzik kegemaran saya sentiasa boleh didengar.
19. Jika saya suka mengangkat dan membawa barang ke merata2 tempat, tolong bantu saya letakkan semula ke tempat asal.
19. Jika saya menghidap dementia. Jangan asingkan saya dari parti dan perhimpunan keluarga.
20. Jika saya menghidap dementia. Ketahuilah bahawa saya masih suka dipeluk atau berjabat tangan.
21. Jika saya menghidap dementia. Ingatlah bahawa saya masih orang yang anda kenal dan sayangi.
Sila salin dan kongsi sebagai penghormatan kepada sesiapa yang anda kenali atau pernah kenal, yang menghidap dementia.
Sebagai tanda kasih kepada semua yang sedang berjuang atau telah pergi kerana Dementia/Alzheimer’s.
Jun ialah Bulan Kesedaran Alzheimer dan anda akan benar-benar sedar apabila penyakit ini menimpa keluarga anda.
Terjemahan oleh
DDrRN
25hb Jun 2025
@highlight
No comments:
Post a Comment