Akhirnya, Semua Akan Ditimbang
Surah Al-Qāri‘ah : Ayat 6-7
Kita baru digambarkan suasana chaos—manusia macam kelkatu berterbangan tanpa arah,
dan gunung yang kita rasa paling stabil pun berubah jadi kapas yang berterbangan.
Dunia yang kita kenal dah terbalik.
Yang kuat jadi lemah.
Yang kukuh jadi melayang.
Yang ramai jadi sendiri.
Yang kita bangga selama ni — rupanya tak ada nilai.
Sekarang,
Allah mula dedahkan satu lagi realiti akhirat yang benar-benar ubah neraca kita…
.
فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُۥ ٦
فَهُوَ فِى عِيشَةٍۢ رَّاضِيَةٍۢ ٧
“Adapun orang yang berat timbangan amalnya,
Maka dia akan berada dalam kehidupan yang diredhai.”
.
Apa maksud ‘berat timbangannya’?
Dalam dunia,
kita ukur orang dengan KPI,
gaji, bilangan followers, projek besar,
benda yang nampak.
Tapi di akhirat,
Allah ukur apa yang manusia tak nampak:
➡️Keikhlasan.
➡️Sabar.
➡️Niat yang tersembunyi.
➡️Usaha yang tak dipuji manusia.
Dalam dunia,
ada orang amal besar — tapi riya’.
Ada orang buat benda kecil — tapi ikhlas sepenuh hati.
Dan itulah yang jadikan amal itu berat di sisi Allah.
.
Kontras yang menakjubkan:
Gunung jadi ringan, tak ada nilai.
Tapi amal kita,
yang selama ni orang tak nampak,
jadi penentu kebahagiaan abadi.
.
Kenapa Allah guna “مَوَٰزِينُهُۥ”
(plural untuk timbangan)?
Mizān = neraca
Kalimah مَوَٰزِينُهُۥ boleh merujuk kepada banyak mizan
atau juga merujuk kepada banyak jenis amal yang ditimbang
— niat, perbuatan, impak amal, waktu, bahkan timbangan keikhlasan.
.
Apa balasan untuk orang yang berat amalnya?
فَهُوَ فِى عِيشَةٍۢ رَّاضِيَةٍۢ
عِيشَةٍۢ = kehidupan
رَّاضِيَةٍۢ = redha, puas hati
Bukan setakat Allah redha padanya —
Tapi dia juga redha.
Dia akan hidup dengan penuh kepuasan,
tak ada resah,
tak ada penyesalan,
tak ada satu pun yang dia harapkan berbeza.
“It’s a life where every breath is joy,
and no moment is dull or disappointing.
No hunger, no fear, no boredom — just pure satisfaction.”
.
Jadi…
Kalau kita nak jadi orang yang berat amalnya —
pastikan 2 benda:
1. Ikhlas — amal kerana Allah.
2. Tepat ikut sunnah — amal cara yang Nabi SAW ajar.
.
InsyaAllah next kita sambung ayat 8-11 —
tentang orang yang ringan timbangannya… dan menuju ke tempat yang sangat mengerikan.
#NotaTadabbur
#TadabburAlQariah
#TadabburJuz30
No comments:
Post a Comment