catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Sunday, June 29, 2025
Bila Ilmu Tidak Lagi Menyelamatkan by aqilah nur
Monday, June 23, 2025
kisah imam bukhari
Kesejukan Azab Neraka Yang Membunuh.
1. Selain kepanasan neraka Jahanam, Allah juga menjelaskan dalam al-Quran bahawa terdapat azab neraka yang sejuk, yang apabila diminum, bergugran terlerai kulit-kulit manusia kerana terlalu sejuknya azab air yang disediakan buat mereka. Firman Allah:
جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا فَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ هَٰذَا فَلْيَذُوقُوهُ حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ
Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam; [57] Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka); (Surah Sad: 56-57)
2. Menurut al-Imam al-Baghawi, yang dimaksudkan dengan perkataan Ghassaq adalah kesejukan yang melampau sehingga terbakar keringnya kulit manusia. Kata Ibn Abbas:
هو الزمهرير يحرقهم ببرده ، كما تحرقهم النار بحرها
Ia adalah zamharir yang membakar dengan kesejukan yang amat dahsyat seperti mana api yang membakar dengan kepanasannya. Pandangan yang sama diutarakan oleh al-Imam Mujahid dan Muqatil.
3. Dahsyatnya azab kedinginan dalam neraka Jahannam ini memberikan seksaan kepada para penghuni neraka sehingga kulit-kulit mereka tertanggal. Dari Ka’ab, beliau berkata:
“Sesungguhnya di neraka adanya dingin iaitu Zamharir (dingin yang amat beku), yang membuat kulit-kulit tertanggal sehingga mereka(yang berada di neraka) meminta pertolongan pada panasnya neraka.”
4. Kesejukan azab yang menyeksa manusia ini juga disebutkan dalam hadis. Sabda Rasulullah:
اشْتَكَتْ النَّارُ إِلَى رَبِّهَا فَقَالَتْ يَا رَبِّ أَكَلَ بَعْضِي بَعْضًا فَأَذِنَ لَهَا بِنَفَسَيْنِ نَفَسٍ فِي الشِّتَاءِ وَنَفَسٍ فِي الصَّيْفِ فَهْوَ أَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الْحَرِّ وَأَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الزَّمْهَرِيرِ
"Neraka menyampaikan keluh kesahnya kepada Tuhannya dan nerkata; "Wahai Tuhan, mengapa kami saling memakan satu sama lain?. Allah pun mengizinkan neraka untuk bernafas dua kali, bernafas ketika musim dingin dan bernapas ketika musim panas, kedua nafas itulah yang kalian dapatkan ketika panas menyengat dan dingin membeku."
5. Menurut al-Imam Ibn Hajar, yang dimaksudkan dengan zamharir dalam hadis ini adalah kesejukan yang amat sangat sehingga menyeksa penghuni neraka, menanggalkan kulit-kulit mereka.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Tuesday, August 11, 2020
YUSUF DAN MARYAM
Jom jadi jutawan
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Dua rakaat fajar (solat sunat subuh) lebih baik daripada dunia dan segala yang ada di dalamnya” Riwayat Muslim
Hanya dua rakaat yang ringkas, ganjarannya lebih baik daripada dunia dan segala isinya. Dunia sejak mula ia diciptakan. Segala isinya termasuk yang ada di dalam perutnya yang terdiri dari emas, perak, permata, logam, minyak dan lain-lain yang kita tahu dan kita tidak tahu. Termasuk juga yang ada di atasnya yang terdiri dari segala macam haiwan, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, bukit-bukau bangunan-bangunan, kenderaan-kenderaan, tasik, sungai, lautan dan lain-lain. Subhanallah!
Lantaran itu Nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkannya baik ketika musafir atau bermukim. Ia dilakukan setelah masuk waktu subuh, sebelum menunaikan fardhu subuh. Jika tidak sempat dilakukan sebelum fardhu atas sebab-sebab tertentu, baginda mengqadhanya selepas solat fardhu, iaitu masih dalam waktu subuh atau ketika waktu dhuha.
Sunnahnya baginda lakukan secara ringkas, iaitu tidak membaca surah yang panjang. Kebiasaannya pada rakaat pertama baginda membaca selepas al-fatihah surah al-kafirun, pada rakaat kedua surah al-ikhlas. Atau pada rakaat pertama ayat 136 daripada surah al-baqarah, pada rakaat kedua ayat 64 daripada surah aali ‘imran.
Maksud ayat:
“Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
Semoga kita diberikan kekuatan, taufiq dan hidayah oleh Allah SWT untuk melakukannya. Aamiin…!
Susahnya nak didik anak perempuan
Thursday, March 5, 2020
Rahsia Solat Subuh"
SOLAT SUBUH MENJADI PENGHALANG MASUK NERAKA
Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari (yaitu solat subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari (yaitu solat asar)." (H.R. Muslim no. 634)
SOLAT SUBUH JAMINAN MASUK SYURGA
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mengerjakan solat bardain (yaitu solat subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga." (H.R. Bukhari no. 574 - Muslim no. 635)
SOLAT SUBUH DAPAT PAHALA SEPERTI SOLAT SEMALAMAN
Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang solat isya' berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat shubuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya." (H.R. Muslim no. 656)
SOLAT SUBUH MENDAPAT JAMINAN KESELAMATAN
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh karena itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu kepada kalian dari jaminan-Nya. Kerana siapa yang Allah menuntutnya dengan sesuatu dari jaminan-Nya, maka Allah pasti akan menemukannya, dan akan menelungkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam." (H.R. Muslim no. 163)
BERCAHAYA DI HARI KIAMAT
Rasulullah SAW bersabda : "Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (Isya' dan Subuh) menuju Masjid, dengan cahaya yang sangat terang pada hari Kiamat kelak."
(H.R. Ibnu Majah - Tirmidzi)
SOLAT SUBUH LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA
Rasulullah SAW bersabda :
"Dua rakaat solat subuh itu lebih baik dari dunia beserta isinya." (H.R. Muslim - Ahmad)
PARA MALAIKAT MENYAKSIKAN
Allah SWA berfirman : "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh tu disaksikan (oleh malaikat)." (Q.S. Al-Isra' 78)
Rasulullah SAW bersabda : "Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada shalat fajar (subuh)." (H.R. Bukhari no. 137 - Muslim no. 632)
SubhanAllah...
Begitu banyak keistimewaan yang tersembunyi dibalik solat subuh. Sungguh merugilah kita yang telah sengaja meninggalkan serta melalaikannya.
Semoga kita tetap menjadi Umat Nabi Muhammad SAW
Monday, March 2, 2020
pesan imam shafie 10 hak
Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.
Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri
iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut
iaitu mengqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan
iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat
iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik
iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan
penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t. sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.
iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan. "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah."
.
Semoga kita dpt menunaikan segala hak2 ini sebelum dipanggil pulang.
Jom zikir,Istighfar & banyakkan selawat dalam kehidupan seharian kita اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَم
.
#jommuhasabahdiri
Thursday, February 13, 2020
Ibadah Wanita di Dalam Rumah
.
Dengan berdiam di rumah, bukan berarti wanita tidak bisa melaksanakan aktifitas ibadah. Banyak ibadah yang bisa dilakukan di rumah seperti shalat, puasa, membaca Al Qur’an, berdizkir, dan ibadah-ibadah lainnya. Bahkan Sebaik-baik shalat bagi wanita adalah di rumahnya. Dari Ummu Salamah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
.
“Sebaik-baik masjid bagi para wanita adalah diam di rumah-rumah mereka.” (HR. Ahmad 6/297. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini hasan dengan berbagai penguatnya).
.
Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
.
“Shalat seorang wanita di rumahnya lebih utama baginya daripada shalatnya di pintu-pintu rumahnya, dan shalat seorang wanita di ruang kecil khusus untuknya lebih utama baginya daripada di bagian lain di rumahnya” (HR. Abu Dawud 570. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).
.
Shalat wanita di rumah adalah pengamalan dari perintah Allah agar wanita diam di rumah. Namun demikian, jika wanita ingin melaksanakan shalat berjamaah di masjid selama memperhatikan aturan seperti menutupi aurat dan tidak memakai harum-haruman, maka janganlah dilarang. Dari Salim bin Abdullah bin Umar bahwasanya Abdullah bin ‘Umar berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
.
“Janganlah kalian menghalangi istri-istri kalian untuk ke masjid. Jika mereka meminta izin pada kalian maka izinkanlah dia” (HR. Muslim 442).
.
Bahkan dengan tetap tinggal di rumahnya, wanita bisa mendapatkan pahala yang banyak Aktifitas hariannya di dalam rumah bisa bernilai pahala. Diriwayatkan dari Anas bin Malik, dia mengatakan :
.
“Seorang wanita datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian berkata : “Wahai Rasulullah, laki-laki memiliki keutamaan dan mereka juga berjihad di jalan Allah. Apakah bagi kami kaum wanita bisa mendapatkan amalan orang yang jihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda : “ Brangsiapa di antara kalian yang tinggal di rumahnya maka dia mendapatkan pahala mujahid di jalan Allah.” (Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Adzim surat Al Ahzab 33
Wednesday, January 29, 2020
MERTUA DAN MENANTU
by ustazah maznah daud
Wednesday, March 20, 2019
Doa mohon ampun
From here
Thursday, March 7, 2019
SENI UJIAN

...............
09 Julai 2018
Kenapa istighfar tak jalan.....
by ustazah asma harun
~ iaitu istighfar/mohon ampun hanya pada lidah dan berterusan melakukan maksiat tanpa rasa berdosa.
Redho Allah yg utama
Niat diawal rejab

Monday, January 14, 2019
Pelajaran dari gus hira diatas jabal nur
Friday, September 28, 2018
Doa 5 kali sehari jer?
*Sungguh Derhaka Anak yg Mendoakan Orangtuanya 5x sehari*
(Ustad Arifin Nugroho)
Saya pernah datang ke Kairo - Mesir.
Pada saat solat Zohor ada kajian dari Syeikh yang mengisi kajian sambil berjualan buku.
Di akhir kajian, saya sempatkan utk membeli buku yang dijual oleh Syeikh tadi.
Judul bukunya *_"Melipat gandakan keuntungan dengan berbakti kepada orangtua."_*
Dalam satu bab di buku tersebut dibahas mengenai *Adab Kepada Orangtua*.
Di mana dikatakan bahwa ,
_"Sungguh derhaka seorang anak yang hanya mendoakan kedua orangtuanya hanya 5 kali dalam satu hari."_
Saya bingung, kenapa kita sudah mendo'akan orangtua sehari 5 kali, masih dikira sbg anak derhaka ?
Saya cuba balik lagi ke masjid tempat saya membeli buku tersebut, saya tanyakan kepada pengurus kajian di masjid itu, di mana saya boleh menemui Syeikh yang kemarin memberi kajian di masjid ini.
Dan setelah saya dapatkan nombor hpnya, saya hubungi dan kami berjanji untuk bertemu di sebuah masjid yang kebetulan beliau sedang mengisi kajian juga.
Selesai kajian, saya bertemu dengan beliau, dan saya bertanya, kenapa seorang anak yang sudah mendo'akan kedua orangtuanya 5 kali sehari, masih dikatakan anak yang derhaka?
Syeikh itu kemudian meminta kepada saya untuk membacakan do'a untuk kedua orangtua.
Dan saya bacakan do'a yang biasa saya baca setelah solat.
_*"Rabighfirli waliwali dayya"*_
_"Stop."_, kata si Syeikh.
_"Ulangi lagi"._
_*"Rabighfirli waliwali dayya"*_
_"Stop, ulangi lagi."_
_*"Rabighfirli waliwali dayya"*_
_"Stop, ulangi lagi"._
Terus saya ulangi sampai sepuluh kali.
Kemudian si Syeikh bertanya kepada saya, _"Apakah kamu letih?"_
_"Tidak, Syeikh"_.
_"Apakah kamu sampai berkeringat?"_
_"Tidak, Syeikh"_.
_"Apakah kamu sampai mengeluarkan wang membaca do'a seperti yang kamu baca tadi?"_
Kembali saya jawab tidak
_"Kamu tak perlu mengeluarkan wang, kamu tak perlu mengeluarkan keringat, kamu tak perlu mengeluarkan tenaga yang besar hanya untuk membacakan do'a ampunan kepada kedua orangtuamu."_
_"Tapi kenapa kamu hanya berupaya meminta ampunan untuk orangtuamu sehari semalam cuma 5 kali?"_
_"Padahal sejak kamu masih berada dalam perut ibumu, berapa banyak keringatnya yang sudah ibumu keluarkan kerana beratnya menanggung kamu yang berada di perutnya?"_
_"Betapa sakitnya ibumu saat melahirkan kamu, berapa besar biaya yang sudah dikeluarkan kedua orangtuamu untuk membesarkan kamu?"_
_"Dan sebagai balasannya, kamu hanya mendo'akan kedua orangtua mu cuma 5 kali dalam sehari semalam?"_
_"Padahal satu kali saat kamu membacakan do'a untuk kedua orangtuamu, *Rabighfirli waliwali dayya*, saat itu juga satu dosa dari orang tuamu dihapuskan ALLAH."_
_"Dan ada sebuah kisah, di mana ada seorang orangtua yang saat dia dimakamkan penuh dengan dosa, tiba-tiba, saat orangtua tersebut sedang kesusahan di alam kuburnya, ALLAH berikan keringanan dan ALLAH berikan kemuliaan."_
_"Sampai2 si ahlul kubur bingung, kenapa dia di angkat darjatnya seperti ini?"_
_"Kemudian jawab malaikat, *"Ini berkat do'a anak anak mu"*._
_Masya Allah,,,_
Sekarang, apakah kita masih berat untuk membacakan do'a untuk kedua orangtua kita sehari lebih dari 50 kali?
*_Renungkanlah_*
😢😢😢
C&P
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Monday, August 13, 2018
10 MUTIARA YANG SUDAH DAN BAKAL HILANG"..._
"10 MUTIARA YANG SUDAH DAN BAKAL HILANG"..._
*- السلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته .*
*- بسم اللّٰه الرحمن الرحيم .*
_*• Sewaktu Rasulullah SAW sakit, terlontar satu pertanyaan kepada malaikat Jibril as :*_
_"Wahai Jibril... apakah kamu akan turun ke bumi setelah aku tiada...?"_
_*Malaikat Jibril menjawab :*_
_"Masih Ya Rasulullah, aku akan turun ke bumi untuk mengambil 10 Mutiara hidup sepeninggal diri engkau."_
_*Rasulullah SAW bertanya lagi :*_
_“Mutiara apakah yang akan kamu ambil...?"_
_*Malaikat Jibril a.s. menjawab :*_
*- (الأَوَّلُ) أَرْفـَعُ البـَرَكَةَ مِـنَ الأَرْضِ*
_• "Mutiara pertama yang akan aku ambil dari muka bumi adalah : *BARAKAH* (Keberkatan)"..._
*- ( وَالثـََّانىِ) أَرْفَـعُ المَحـَبَّةَ مـِنْ قُلُـوْبِ الخَـلْقِ*
_• "Mutiara Kedua adalah : *RASA CINTA* (Mahabbah) yang bersemayam di hati manusia.."_
*- (وَالثـََّالِـثُ) أَرْفَـعُ الشـُّفْـقـَةَ مِنْ قُلُـوْبِ الأَقـاَرِبِ*
_• "Mutiara Ketiga adalah : *RASA KASIH SAYANG* di antara keluarga (kasih sayang di antara keluarga semakin menipis)."_
*- (وَالرَّابـِعُ) أَرْفـَعُ العـَدْلَ مِنَ الأُمَراَءِ*
_• "Mutiara ke empat adalah : *KEADILAN* di hati para pemimpin."_
*- (وَالخـاَمِسُ) أَرْفَـعُ الحَـياَءَ مـِنَ النِّـساَءِ*
_• "Mutiara Kelima adalah : *RASA MALU* yang ada di hati para wanita.." (Banyak Berkata, berpenampilan, dan bersikap yang tidak selayaknya seorang wanita)."_
*- (وَالسـَّادِسُ) أَرْفَـعُ الصـَّبْرَ مِـنَ الفُقَـراَءِ*
_• "Mutiara Ke Enam adalah : *RASA SABAR* orang-orang fakir miskin."_
*- (وَالسـَّابِـعُ) أَرْفَـعُ الـوَرَعَ وَالزُهْـدَ مِنَ اْلعـُلَمـاَءِ*
_• "Mutiara Ketujuh adalah : *WARA'* dan *ZUHUD* dari para ulama." (Wara' adalah sangat berhati-hati menjaga diri dari yang syuhbat dan yang haram, sedangkan zuhud itu (Hati) yang tidak mementingkan harta-dunia, kedua-duanya merupakan ciri seorang ulama. Jika wara' dan zuhud telah hilang dari ulama maka nilai jati dirinya sudah cacat)."_
*- (وَالثََّـامِـنُ) أَرْفَـعُ السَّـخاَءَ مِنَ الأَغْنـِياَءِ*
_• "Mutiara Kedelapan adalah : *KEDERMAWANAN* 0rang-0rang kaya.."_
*- (وَالتـَّاسـِعُ) أَرْفَـعُ القــُرْآنَ*
_• "Mutiara Kesembilan adalah : *MENGANGKAT AL-QUR'AN..* (menghilangkan Ruh/khasiyah al-Qur’an itu sendiri sebagai panduan dalam kehidupan)."_
*- (العـاَشِـرُ) أَرْفَـعُ الإِيْمـاَنَ*
_• "Mutiara (yang akan aku ambil dari muka bumi) yang kesepuluh adalah : *IMAN.*_
_*• Saudaraku, Itulah mutiara² yang paling berharga, bila satu persatu hilang dari masing² kita, maka itu namanya kiamat kecil, tapi bila hilang satu persatu di tengah² seluruh umat manusia, maka itulah awal kiamat besar, 0leh kerana itu selagi masih ada nafas kehidupan kita, mari masing² memelihara mutiara yang paling berharga dari kepunahan...*_
*- والله أعلم بالصواب .*
_"Semoga bermanfa'at... Aamiin..."_
*- والسلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته .*
_"Silakan di sharé... agar bisa memberi manfa'at bagi yang lain...!"_
"Demi MASA ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali :
(1) Orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
Friday, May 25, 2018
Rabb kami ialah Allah
