Showing posts with label Sketsa. Show all posts
Showing posts with label Sketsa. Show all posts

Sunday, November 24, 2013

Malaikat dah catit

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






Anak: " Mak-mak semalam nenek kata uncle din bagi dia Rm 600.00 sebulan, untie tina pula bagi RM 500.00 sebulan , acik tikah bagi Rm 400.00 sebulan , su ijah pulak bagi RM 300.00 sebulan. Nenek kata dia catit semua tu dalam satu buku khas. Yang tak bagi hanyalah  ayah saja."

Emak: " Kita ni tanggungan banyak, ayah anak ramai , gaji ciput saja, tapi ayah sumbang tenaga, sakit demam nenek, susah payah nenek ayah lah yang ambik kesah"

Anak : " Tapi mak yang tu , nenek tak sebut pulak dia catit dalam buku khas dia"

Eamak: " Tak apalah , Malaikat dah catit, Catitan malaikat tu lebih manafaat untuk ayah nanti.


Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.





Saturday, October 23, 2010

Kisah kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabda Rasulullah saw "Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan perbuatan yang dimurkai Allah, maka Allah akan membiarkan dan menyerahkan orang itu kepada mereka" (Tarmidzi)



Kisah benar mengenai seorang remaja mencari kasih sayang manusia . mencari redho manusia
Dan melupakan kasih sayang Allah dan redho allah.
Tina seorang anak yatim. Bapa nya meninggal dan ibunya berkahwin lain. Ibunya telah mendapat anak baru dengan suami barunya.Tina rasa dia diabaikan.
Tina adalah seorang budak yang cerdik . Dalam ujian UPSR , Allah bagi dia 5 A. dan dia telah diterima masuk kesebuah sekolah  berasrama penuh. Arwah bapa tina mempunyai beberapa adik beradik yang
boleh dikatakan kaya raya. Mereka selalu membantu tina dari segi kewangan. Semasa tingkatan 1 ,Tina telah dibekalkan handset oleh mak saudaranya,
Malang nya tina tidak pandai mensyukuri nikmat yang Allah beri kepadanya. Dia tidak melihat apa yang allah telah beri kepadanya , tetapi selalu melihat apa yang Allah belum/tidak beri kepadanya.
Dia selalu mengungkit dia tak cukup kasih sayang. Ini adalah kerana hanya nampak kasih sayang manusia.Kerana terlalu tamakkan kasih sayang manusia inilah yang telah merosakkan keseluruhan kehidupan tina.
Tina adalah seorang ahli sukan sekolah dan mewakili negeri dalan sejenis sukan. Dalam bersukan ini dia memperoleh ramai kenalan. Tina mempunyai  banyak keluarga angkat dan abang angkat dalam rangka untuk mencari kasih sayang yang dikatakan tidak cukup itu.
Tindakan tina yang paling trajis adalah tina melarikan diri dari rumah selepas PMR  dan bila ditemui kembali dia didapati mengandung. Kandungan itu digugurkan dengan bantuan adik beradik bapanya.
Tina tidak insaf rupanya. Dia masih lagi memburu kasih sayang manusia dengan lari untuk kali kedua.
Selepas pencarian keluarga yang memakan belanja , masa , tenaga yang banyak, tina akhirnya kembali semula kerumah dengan membawa kandungan baru berumur 4 bulan. Dalam keadaan itu pun tina masih jugak mengharapkan kasih sayang manusia dengan meminta keluarga menikahkan diri dengan orang yang menyebabkan dia mengandung walhal orang itu sendiri pun  berhelah untuk tidak menikahi dia. Entahlah sampai bila tina akan memburu kasih manusia .Sehingga dia terlupa untuk kasih dan sayang kepada diri sendiri  apatah lagi orang lain walhal dia mempunyai masa depan yang cerah kalau dia mentaati Allah kerana tina baru berumur 16 tahun. Semoga tina diberi hidayah oleh Allah untuk bertaubat dan tidak mengulang kesilapanya. Amin.

Sesuatu untuk renungan.
1.      Sayang Allah itu sangat………. Penting sebelum sayang orang lain.
2.     Akal yang cerdik tidak menjamin keimanan kalau tidak dididik dengan didikan iman.
3.     Fasa 1 mengandung , kerana hendak menutup malu (mencari redho manusia) , bantuan diberi dalam bentuk menggugurkan kandungan bukan menginsafkan anak yang terlanjur akhirnya membuahkan kerosakan kali kedua.
w      wallahuallam.