Showing posts with label Syaitan. Show all posts
Showing posts with label Syaitan. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Tugasan anak syaitan bernama AL-A'WAR


 Al-A'war ialah anak syaitan yang kedua ini picing matanya  sebelah atau lebih  tepat lagi erti Al-Awar itu buta sebelah matanya.  Tugasnya pula menyebarkan perzinaan dan perbuatan nista dan keji. Apabila seseorang itu
telah dibisikkan supaya masuk kedalam penzinaan,susah hendak
 keluar balik. Sama  ada perempuan,lelaki yang masih bujang mahupun sudah bersuami atau
beristeri. Sesiapa yang terbabit itu memanglah sesuai dikatakan buta sebelah matanya
 seperti Al-Awar. Seorang suami yang mempunyai isteri yang cantik boleh ditipu oleh Al-Awar sehingga suami itu menjadi tertarik kepada orang gaji mereka yang tidak secantik isterinya. Begitu juga yang brelaku kepada isteri yang mempunyai suami yang gagah didalam aspek batin akan tertarik kepada pemandu dan tukang kebun lantaran bisikan Al-Awar. Dihiasi dengan kebaikan, keseronokan apabila melakukan perzinaan .

Awas yer anak-anak setan ni sangat aktif sekarang ni. Ramai dari remaja kita ditipunya 

Monday, November 22, 2010

Tugasan anak syaitan bernama Tsabr





Tsabr adalah anak syaitan yang ditugaskan membawa maksiat,kesusahan dan kesedihan hati kepada manusia. Kiranya ada yang mendapat musibat. Tsabr  pasti tiba serta membisikkan mereka yang berkenaan itu supaya melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada 
kebinasaan seperti membunuh diri kerana tidak tertanggung berat musibat itu.
 Sekecil-kecil bisikan pun Tsabr menyuruh mereka itu melompat dengan tidak  menentu sambil mengoyakkan pakaian yang dipakai, memukul  pipi atau mengetuk  kepala sendiri dengan penuh kekesalan. Bagi mereka yang  sedang menghadapi kekecewaan,merana kelukaan hati kerana kehilangan sesuatu  yang disayangi, Tsabr akan menghubungkan hati mereka kepada kesayangan  itu. Seseorang ibu yang kematian anak yang satu-satunya akan meratapi siang dan amalam hingga lupa makan, lupa kewajipan,lupa pada suami dan lama kelamaan akan hilang akal lalu jadi gila atau setidak-tidaknya kurang daya ingatan (nyanyuk). Begitulah tugas Tsabr  menggoda manusia dan membawa musibat dan kebinasaan.

Oleh itu kalau kita ditimpa musibah banyak-banyaklah beristifar dan berdoa kepada Allah supaya kita tidak
tertipu oleh makhluk laknatullah diatas.