Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Surat Along untuk ummi at 17

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Ummi.

Mungkin semalam ummi tak sedar semasa ayah membebel kat saya sebab ummi tidur. Ayah kata saya asyik lawan ummi dan kata saya terkonkong. Ada saya nyatakan tu? Seingat saya sepanjang cuti ini , saya banayak diamkan diri dan saya tak rungut apa-apa. Saya jarang keluar bilik (siapkan adabi). Saya diam sebab saya keliru  dan tertekan. Saya tak tahu nak luah macam mana. Ummi asyik bangkit pasal kawan saya macam tu,macam ni. Setiap kali saya ada masaalah dengan ummi dan ayah mereka selalu tenangkan saya. Mereka selalu kata M anak bertuah , mak ayah ambil berat. Bila saya cakap kat dia oring saya terkongkong dioarang selalu cakap ummi dan ayah bukan mengongkong tapi ambil berat  tapi dilepaskan macam tu jer oleh mak ayah dia orang. Dia orang selalu cakap ,saya patut rasa bertuah. Ada orang hantar dan  ambil  dari asrama.

Tapi dia orang yang sentiasa menyebelahi ummi dan ayah dituduh melalaikan saya. Saya tak faham ummi. Usia remaja dan perasaan remaja menekan saya. Kawan-kawan selalu marah saya bila saya tak belajar dan tenangkan saya bila saya perlukan. Saya tak cerita kat ummi sebab saya tak nak ummi risau dan fikirkan saya. Saya faham ummi perlu fikirkan 6 lagi adik-adik saya dan ayah juga.Saya sebagai remaja perlukan bahu untuk menangis , perlukan sesorang mengusap dan menenangkan saya bila saya sedih. Saya tak berniat langsung untuk merisaukan ummi tapi lepas apa yang ayah bebelkan semalam buat saya rasa tak tahan.

 Saya tak rasa terkongkong . Cerita dan nasihat kawan-kawan buat saya rasa tidak terkongkong  tapi diambil berat tetapi kadang-kadang perasaan terkongkong  hadir juga. Saya sendiri cuba mengongkong fikiran saya agar tidak fikir apa yang tak perlu saya fikir. Saya harap ummi faham tapi kalau ummi tak fahamcpun saya tak kisah sebab kadang-kadang  saya sendiri tak faham diri saya. Saya sayang ummi.

Along


Wednesday, January 28, 2015

Pasir Kelang dalam kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Bila tengok gambar ni...teringat semula kenangan lalu. Kenangan bersama mok denga che'. Naik bot gi pasir kelang hulu kelantan - ada tanah getah disana. Masa tu kecik lagi , umur dalam 5 atau 6 tahun .
Ingat lagi gendong motor dengan mok dan che' di lereng bukit ,jalan kecik sangat , kalau jatuh- gaung terus....
Hidup dalam bangsal  kecik tak dok bilik pun - malam2 , dengar gajah dok mengaum sayup-sayup.
Pagi-pagi bangun mandi sungai depan rumah- airnya jernih boleh nampak dasar sungai.
satu hari tu lemas, mok beri makan air abu dapur. Tanak nasi pakai dapur kayu - makan dengan ikan kering. Bila mok dengan cek gi menoreh , aku pun ikut -kutip buah getah jer....
Semua itu kenangan dan pengalaman yang mendewasakan aku. Kini mereka tiada lagi , Semoga Allah membalas setiap kebaikan mereka kepadaku. Alfatihah.

Sunday, December 28, 2014

Mandi wajib masa dharurat

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Tuesday, December 2, 2014

Sahabat hanya pada nama

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Benarlah kata-kata Saidina Ali diatas. Bila kita ditimpa musibah , barulah kita tahu berapa orang sahabat yang kita ada.

Cerita sikit:-

Kelurga pak ali ditimpa musibah - anak Pak ali diceraikan oleh menantu yang kelihatan amat bagus tetapi tidak bertanggungjawab. Cucu Pak ali pula anak istimewa -jantung berlubang. Semasa musibah ini , mereka yang dikatakan sahabat selama ini hanya saling bercerita sesama sendiri -anak Pak ali diceraikan kerana campurtangan keluarga Pak ali tanpa kisah pun pasal cucu yang sakit . Bila Pak Ali berpindah rumah , timbul pulak Pak Ali dan keluarga lari..... aduhai - sahabat ....hanya pada nama....

Sunday, November 16, 2014

Bahaya dengki

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد




Makna dengki :

1. Sakit hati kalau tengok orang beriman dapat nikmat.

2. Bercita-cita supaya hilang nikmat yang ada pada orang beriman.

Penyakit ini adalah penyakit fitrah- kalau dapat nikmat mesti ada orang sakit hati.
Sebab tu Rasulullah  saw pesan

"Hindarilah dengki sebab, ia memusnahkan kebaikan seperti mana api membakar kayu"

Siapa ada dengki- maka dengki dia akan makan amalan baik dia semacam api memakan kayu- cuba ambil kayu dan cucuh api- habis kayu hangus dimakan api.

Dengki itu dari syaitan. Syaitan lah raja Dengki. Biarlah ada lintasna dengki tu tapi jangan sampai dia hinggap kat hati kita.
Orang dengki, kalau dia solat, solat dia tak kusyuk, solat dia tak diterima.

Diakhirat kelak amalan /pahala kita akan diberi kepada orang yang kita dengki, kalau tak cukup dosa orang tu pulak masuk akaun kita.
Habis muflis kita. jawabnya kita kenerakalah . nauzubillah hi minzalik.

Dengki ni biasanya dengan orang dekat dengan kita. Jarang dengan orang jauh dari kita, jiran sebelah rumah , rakan sepejabat, rakan setaman dll.

 Untuk selamat jauhilah sifat dengki.....

sedutan ceramah ustaz azhar idrus

Wednesday, March 19, 2014

Nikmat yang dilupakan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد







Tiga Kenikmatan di Pagi Hari
Dari 'Ubaidullah bin Mihshan Al-Anshariy, dari Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda :
"Siapa yang berpagi hari dalam keadaan aman jiwanya, sehat badannya, dan dia memiliki makanan untuk hari itu, maka seakan-akan dunia telah dihimpunkan baginya."
(Shahiih Al-Adabil Mufrad 1/127)

Mak Bedah selau merungut kepada mak temah tentang kesusahan hidupnya. Tetapi mak temah tengok
berbanding dengan dirinya mak Bedah lebih senang. Suatu hari mak temah bertanya pada mak bedah selepas dia bersungut untuk kesekian kalinya.

Mak Temah: Engkau , malam tadi boleh tidur nyenyak?

Mak bedah : Boleh jer -siap mimpi lagi.

Mak Temah: Pagi tadi, engkau dah sarapan, selera tak engkau makan?

Mak Bedah: Eh memang selera - pulut gaul nyior kesukaan aku tu...

Mak temah : Dah tu hari ni , kau dah buang air belum?

Mak Bedah : eh dah , pagi2 lagi dah buang air besar.

Mak temah : Kalau dah gitu , ok lah tu hidup kau , apa lagi kau nak , dah boleh tidur tak kena penyakit insomnia (takboleh tidur) - tak kena penyakit tak ada selera makan , dan tak sembelit dan tak boleh buang air -kira sihat dan nikmatlah tu.....

Mak Bedah: ya tak ya jugak . Alhamdulillah.

Sunday, January 26, 2014

Emosi beri kesan kepada badan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد





Tahu tak ada beberapa keadaan emosi kita yang memberi kesan kepada organ-organ dalam badan kita?

1. Marah - melemahkan hati.

2. Kesedihan - melemahkan paru-paru

3. Bimbang - melemahkan perut.

4. Tekanan - melemahkan jantung dan otak.

5. Ketakutan - menyebabkan kegagalanbuah pinggang.

Oleh itu mulai sekarang , bergembiralah, kelihatan baik ,rasa bagus dan  buat baik .

dan selalulah beramal dengan doa ini :




Monday, April 22, 2013

Kisah orang dapur

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد







Tadi dalam kereta dengar motivasi dari radio Ikim- Puan Aniza Zakaria.
Rasa best jugak kalau kongsi disini tapi dengan apa yang saya faham lah yer bukan dictate sebiji sebiji cakap dia.

Ok -Tukang masak kerjanya enteng, bangun pagi masak nasi goreng...lagu P Ramlee

Sebenarnya dapur tu adalah sumber pahala , terutama untuk para ibu yang dok bangun dinihari lagi untuk sediakan sarapan untuk keluarga. Tetapi ada syarat dia untuk jadikan dia sumber pahala.

1. Ikhlaskan diri anda kerana Allah . Kadangkala banyaknya songeh orang yang dok tunggu meja, buat mee nak telor mata pulak. buat tea nak kopi pulak , kadang dalam keadaan rushing pagi tu memang boleh berasap kepala - istifarlah banyak2- nanti hilang keikhlasan -hilanglah pahala.

2. Banyakkan berzikir semasa menyediakan makanan- terapi paling bagus untuk sisi keluarga .Bacalah apa2 yang terlintas , Ya latif ker , doa nabi yunus ker whatever lah- mintak pemakan makanan yang kita masak tu lembut hati nak jadi hamba Allah yang sebenornya.....

3. Jangan berleter dan marah-marah semasa tengah masak tu, rasa tak puas hati yang diluah pada makanan tu masuk dalam badan pemakan .alahai...fikirlah sendiri apa akan jadi.

4. Kalau rasa makanan tak cukup - bacalah " LAISALAHA MINDUNILLAH HIKASHIFAH" insyaallah allah akan cukupkan makanan tu, Kalau tak yakin pada Allah nak yakin pada siapa lagi.

Ingat makanan yang dimakan menjadi darah daging keluarga kita , hidangkan makanan halal dengan hati yang ikhlas dan muka yang ceria.

Wallhuallam




Wednesday, February 20, 2013

Kisah bunyi tapak kasut saidina bilal disyurga

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد


Dengar dari Radio IKIM tadi pagi - nak kongsi disini:


Rasulullah saw ketika dibawa Jibril ke syurga mendengar telapak kasut, lalu baginda bertanya kepada
Jibril bunyi tapak kasut siapakah itu? Kata Jibril itulah bunyi tapak kasut Bilal bin Rabah. Semasa itu
Bilal (r.a) masih lagi hidup. Kemudiannya Rasulullah saw bertanya kepada bilal (r.a) apakah amalan
beliau sehingga Allah memuliakan nya begitu rupa.
Kata Bilal , tak banyak amalanku , cuma setiap kali selepas berwuduk akau akan menghadap kiblat dan membaca doa wudhuk.

Jom mari kita amalkan , mana tahu Allah kesiankan kita dan dia bagi kita syurga....



Monday, February 18, 2013

Terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.


6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang


9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.



- Ibnu Qayyim


Yang mana satu sebab yang paling banyak anda menangis?


Wednesday, February 13, 2013

Terima kasih Allah sebab bagi saya selera

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

 google




Kita boleh sediakan makanan tetapi kita takboleh sediakan selera betul tak?. So kalau kita tak nak puji Allah atas sebab makanan sebab kita rasa makanan tu kita yang buat/beli atau cari dan seumpamanya( sombong ngak...)
kita kena jugak berterima kasih kepada Allah atas selera yang dia beri pada kita.Kalau tak ada selera sesedap mana makanan pun tak berguna.
- Ini sangat-sangat penting diingat bila kita dihidangkan dengan makanan yang dok berapa sedap....


Maklumat kesihatan

Hilang selera makan atau nama perubatan nya anorexia. Ia boleh berlkau disebabkan beberapa keadaan dan penyakit. Setengah keadaan bersifat sementara dan ada juga yang kekal seperi hilang selera makan disebabkan ubat-ubatan. Sesetengahnya mungkin lebih serius seperti kesan dari kanser yang tersembunyi. Sebarang tanda-tanda hilang selera makan mestilah di periksa oleh pakar.

Tuesday, February 12, 2013

Berapakah kaki unta?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






On the way datang kerja dengar radio IKIM - Dr (perubatan) yang bagi pengisian tu bercerita tentang akhlak imam shafie .Imam Shafie ditanya oleh seseorang tentang berapakah kaki unta yang sedang ditunggangnya.
Kalau kita tentu kita dah jawab terus empat kan sebab memang dah maklum yang kaki unta ada empat. Tetapi tidak dengan imam Shafie yang sangat tawadhuk itu. Dia turun dari unta dan membilang dulu kaki unta tersebut dan menjawab kepada orang bertanya ada empat.
Bila ditanya kenapa perlu turun dan bilang . Beliau berkata, aku takut aku memberi jawapan yang silap kerana tidak memerikas terlebih dahulu. Subhanallah. Kita macammana ? Kadang kala benda yang kita tahu 25% sahaja pun kita boleh confident jawab macam kita tahu 100% tanapa membuat pemeriksaan dulu sebelum menjawab. Semoga kita dapat mencontohi imam Shafie dan lebih berhati hati dalam menyampaikan maklumat .Wallahuallam

Sunday, February 3, 2013

Sedikit tentang Aqiqah

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






Sebab apa daging aqiqah sunat dimasak  dan dipanggil orang jamu makan dirumah
( buat kenduri) sebab nya ialah kerana semasa orang datang makan kenduri aqiqah tersebut
semasa melihat bayi tu akan keluarlah doa-doa spontan yang baik-baik untuk bayi 
tersebut.


Sebab apa disunatkan cukur botak rambut bayi semasa aqiqah.
Sebab nya ialah kerana rambut tersebut teremdam dalam darah haidh yang tidak keluar
selama 9 bulan dan air ketuban dan sebagainya. Kalau rambut tersebut  dibawa hingga 
dewasa , otak anak tersebut tidak dapat berkembang dengan baik.

sumber - radio IKIM




Wednesday, January 30, 2013

Tanda-tanda stroke

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




































Gambarah diatas menunjukkan tanda-tanda kena strok:

1. Muka- tengok muka macam tak sama? suruh dia senyum.
2. Lengan - adakah tangan jatuh- suruh dia angkat kedua tangan.
3. Pertuturan- adakah dia bertutur dengan ganjil?- suruh dia ulang apa kita kata.
4. Masa- setiap saat sel otak mati- panggil doktor . gi hospital kalau ada tanda strok , jangan tunggu!





Tuesday, January 29, 2013

Kesan makanan kita kepada badan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Gambarajah diatas menunjukkan apa yang akan dihasilkan oleh makanan kita 
apabila ia masuk dlam badan kita  jadi berhati-hatilah memilih makanan.

Disamping itu renungilah firman Allah dibawah ini.....




8 cara nak tawan hati adik

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Kadangkala abang tinggal diasrama, adik tinggal dirumah. jarang -jarang berjumpa hubungan pun 
makin jauh - mari tengok sarana produktif muslim untuk mengatasi masaalah tersebut.

 * cara yang produktif untuk bersama adik-adik:

Aktiviti keagamaan.
1.Solat- ajar adik cara nak solat/ perbetulan solat dia.
2. Baca Quran- ajar dia surah baru dan maknanya.
3. Pergi masjid  untuk solat berjemaah, kelab remaja atau sebarang acara.
4. Belajar tentang islam- guna cerative  games  board atau video dalam  you tube

Lain-lain aktiviti.
1.  Belajar - Bawa dia ke perpustakaan.
2. Keluar jalan-jalan - beri dia perhatian
3. Memasak- sebulan sekali -masak makan malam untuk seisi keluarga.
4.Bersenam- kanak-kanak boleh menjadi motivator yang bagus. 



Sunday, January 20, 2013

6 cara nak dapat pahala selepas mati:

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Kita akan mati- for sure , cuma tak ada tarikh yang muktamad, izrail datang pun tak beritahu jadi
marilah kita siapkan bekal untuk kita balik nanti.....



1. Derma untuk buat masjid. muslim solat anda dapat pahala.



2. Derma kerusi roda kat hospital. pesakait guna , anda dapat pahala.


3. Hadiahkan quran kepada sesorang. dia baca anda dapat pahala.


4. Letakkan water cooler dekat tempat awam, orang minum anda dapat pahala.


5. Tanam pokok. orang atau binatang makan atau berteduh, anda dapat pahala.


6 Sebarkan kepada semua orang benda-benda baik ( ayat quran, hadith , doa)
anda dapat pahala.



Paling tidak sebarkan semua diatas kepada semua orang.
Insyaallah , subhanallah.

 by Dr zakir naik

Sunday, December 23, 2012

Puji memuji cara rasulullah saw

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Jangan oh jangan.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Payah sikit nih . tapi kena buat gak ler......



Perlukah usrah?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Sesiapa yang mencari jawapan mengapa perlu ada usrah ni lah dia......