بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
On the way datang kerja dengar radio IKIM - Dr (perubatan) yang bagi pengisian tu bercerita tentang akhlak imam shafie .Imam Shafie ditanya oleh seseorang tentang berapakah kaki unta yang sedang ditunggangnya.
Kalau kita tentu kita dah jawab terus empat kan sebab memang dah maklum yang kaki unta ada empat. Tetapi tidak dengan imam Shafie yang sangat tawadhuk itu. Dia turun dari unta dan membilang dulu kaki unta tersebut dan menjawab kepada orang bertanya ada empat.
Bila ditanya kenapa perlu turun dan bilang . Beliau berkata, aku takut aku memberi jawapan yang silap kerana tidak memerikas terlebih dahulu. Subhanallah. Kita macammana ? Kadang kala benda yang kita tahu 25% sahaja pun kita boleh confident jawab macam kita tahu 100% tanapa membuat pemeriksaan dulu sebelum menjawab. Semoga kita dapat mencontohi imam Shafie dan lebih berhati hati dalam menyampaikan maklumat .Wallahuallam
No comments:
Post a Comment