Tuesday, February 12, 2013

Rasuah dalam kepelbagaian

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

 اللهم صل على محمد وآل محمد


 


Walaupun mereka kata halal .. Ia takkan mengubah ketetapan Allah- Ustaz Zahazan Haji Mohamad
 Ragam2 tindakan yg membawa ke neraka .. Awasi diri kerana ia adalah rasuah...walaupun golongan2 fasiq yg kita temui meng 'halal' kannya ..

1. Tayar kereta tu memanglah mahal,tapi bukan saya mnta pun,client yg beri. Tahu2 saja tawkey tu minta kunci keta saya, kata ada orang nak ganti tayar. Saya pun terima aje.

. 2. Nak ikutkan kursus seperti tu bernilai puluhan ribu ringgit, mana ada duit, jabatan nak hantar, emm tunggu sampai kiamatlah... nasib baiklah ada insan yg baik hati.. tak payah keluar duit, satu sen pun saya, tiket ke US tu pun ditanggung oleh client ti jugak. Duit kocek pun dpt lagi.

 3. Seorang pengurus dana kerajaan pula berkata tanpa segan silu; permohonan dana ini akan dibantu oleh kami, daripada isi borang, menasihati dsb, biar kami uruskan..sebagai balasan daripada dana yg diluluskn sebanyak 3mil ni, bhg kami adalah rm 300k ( 10%) yer. Usahawan yg tak mahu terlibat dgn rasuah ni berkata, dgn nada kesal ; saya akan usahakan sendiri sbb perbuatan ini adalah haram & mengambil hak saya. Saya akan berurusan cara e net dlm portal kementerian.. Jawab pegawai terbabit,dgn angkuhnya tapi tn harus ingat, ia tetap diluluskan oleh kami!!

 4. Rumah saya dibaiki oleh kontraktor yg saya luluskan sebelum ni secara percuma, cuma barang saja yg saya usahakan.Dia yg tawarkan, takkan saya nak tolak pulak ???

 5. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah dlm syarikatnya, wp saya tiada pengalaman mengendalikan perniagaan langsung. Ini semua 'berkat' tender yg kami luluskan utknya...

 6. Saya diberikan premis khas utk berniaga dlm kompleks nya, alhamdulillah, sbb sayalah yg menyokong pinjaman utknya membina tempat tu... Wp tak berniaga,saya dahpun mennyewakannya pd seorang kenalan dan memperolehi sewa bulanannya dari premis itu.

 7. Dalam kes yg lain pula, ketua di sekolah sanggup menafikan peluang salesman muslim masuk membekalkan buku & alat bantuan mengajar serta stationary hanyalah sebab dia tiada sebarang 'kickback' berbanding dgn Ah Chong dll , walaupun terpaksa menunggu cuti tahun baru di mana Chong brcuti lama..

 8. Sesetengah yg mmegang amanah keselamatan jln raya pula sewenang2nya melepaskan pesalah yg tak menghormati pengguna jln raya dengan sikap buruk, bawa muatan lebih dll kesalahan sbb da dapat habuannya...alasan jika aku tak buat, rugiiii orang lain buat, nanti aku di singkirkan oleh mereka !!! Lihat para tamu , rasuah daripada yg berpangkat paling kecil pada yg paling besar, tanpa segan silu melibatkan berbagai entiti, negara yg tercinta ketirisan banyak sumber kerana tiada jiwa Islam & banyak berhibur serta tiada keseriusan utk menangani isu rasuah.

 Asas definisi rasuah ini adalah suatu yg diambil selain drp gajinya yg telah diperuntukkan untuknya sebagaimana yg dinyatakan dlm sebuah hadis riwayat Abu Daud mksudnya :

  “Barang siapa yang kami angkat menjadi pegawai dengan tugas-tugas tertentu dan telah kami berikan upah sebagaimana yang semestinya maka apa yang dia ambil luar daripada apa yang telah diberikan, itu namanya pengkhianatan (rasuah)”.

 Sedarlah bangsaku !!! Kita telah dijajah oleh nafsu yg inginkan kemewahan, mnybbkn terdorong utk menjual agama & tanahair hanyalah kerana nak berlagak & nampak bergaya..Hinanya menjadi hamba pd wang ringgit, pd kenderaan & rumah utk dibanggakan.. Memalu & memilukan...

No comments: