Showing posts with label atikel -keluarga. Show all posts
Showing posts with label atikel -keluarga. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

Hal-hal Kecil yang Bisa Merusak Kebahagiaan bersama Pasangan

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


 .
Diantaranya adalah hal-hal berikut ini.
1. Menyampaikan keburukan pasangan
Dalam situasi hubungan dengan pasangan yang baik-baik saja, menyampaikan hal buruk tentang pasangan bisa dianggap sebagai bahan candaan belaka.
Tapi jika hubungan sedang tidak harmonis, menyampaikan keburukan pasangan bisa menjadi hal yang memicu pertengkaran.
Maka kenali situasi pasangan. Kapan sebuah ungkapan sederhana dianggap bercanda dan kapan hal itu dianggap sebagai ejekan yang menyakitkan.
2. Memberikan koreksi terhadap hal-hal yang tidak penting
Anda mungkin lebih mengerti beda warna pink dan magenta, atau lebih mengerti cara membaca kata 'skull' dan 'school' dalam Bahasa Inggris.
Namun itu bukan hal yang membuat pasangan senang saat anda mengoreksinya. Orang yang suka mengoreksi omongan orang lain seringkali terasa menyebalkan.
Saat anda terbiasa mengoreksi hal-hal sepele yang tidak terlalu penting dari pasangan, anda bisa merusak kepercayaannya dan mengganggu kenyamanan komunikasi dengannya.
Berhentilah memamerkan kecerdasan serta kelebihan anda di hadapan pasangan.
3. Membandingkan dengan orang lain
Jangan pernah membandingkan pasangan dengan orang lain, karena tidak ada orang yang suka dibandingkan.
Demikian pula jangan sengaja memuji kelebihan atau cantiknya penampilan wanita lain di hadapan istri anda. Atau sengaja memuji kehebatan dan ketampanan lelaki lain di hadapan suami anda.
Anda mungkin mengetahui titik kelemahannya, namun anda harus menjaga perasaan pasangan. Ia tidak ingin merasa kecil dan lemah di mata anda.
Jika anda tidak bisa menghargai suami, ia akan mencari wanita lain yang bisa menghargainya.
Jika anda tidak bisa menghargai istri, ia akan mencari lelaki lain yang bisa menghargainya.
by cahyady takariawan

Sunday, April 14, 2013

Ilmu rumah tangga untuk dikongsi

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد





Ilmu rumah tangga disini

http://snack.to/azc52pmk

Saturday, June 16, 2012

kalau gini kena minum teh tiap hari ni.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Khasiat teh terutama sekali dalam kesihatan diri dan juga tubuh badan sememangnya diperakui ramai. Tidak ramai yang tahu bahawa teh hijau atau green tea mampu membantu sistem pembakaran kalori dengan lebih pantas, menentang alergi dan juga menguatkan otot. 

Mari kita lihat apakah khasiat-khasiat yang terkandung dalam teh. Selepas membaca, jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian anda! 

Phytochemicals tingkatkan imunisasi badan

Kandungan phytochemicals dalam teh sebenarnya mampu meningkatkan imunisasi tubuh bagi melawan penyakit seperti demam selsema atau penyakit berisiko. Malah ia dikatakan mampu membantut enzim perkembangan barah atau menentang serangan beberapa jenis sel barah. Pengarah Strong Cancer Prevention Centre di New York, Mitchell Gayor turut menasihati agar orang ramai meminum empat cawan teh sehari. Ia juga berfungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkirkan LDL (low-density lipoprotein) atau bahasa mudah difahaminya, lemak kotor. 

Halang pertumbuhan kaviti

Gigi adalah antara bahagian yang mudah dijangkiti bakteria atau kuman. Teh yang turut mengandungi florida mampu menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi kita. Seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa produk ubat gigi keluaran tempatan, perasa teh dijadikan bahan utama kerana telah terbukti bahawa khasiat teh hijau diperakui oleh pakar perubatan. 

Kuatkan otot, lambatkan penuaan! 

Menurut laporan Archives Of Internal Medicine, kajian ke atas 500 orang lelaki dan wanita di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima. Kandungan flavonoids dikatakan memberi khasiat dan menguatkan otot. Selain daripada itu, bagi mereka yang ingin kelihatan awet muda, amalkan meminum teh hijau kerana satu kajian pada tahun 2001 mendapati ia berupaya melambatkan proses penuaan. Tak perlulah anda membuat berhabis wang membuat pembedahan plastik atau cucuk sana-sini, bukan? 

Menentang alergi dan bakar lemak! 

Kandungan antioksida dalam teh hijau sebenarnya mampu menghalang proses bio kimia yang bertindak balas terhadap pembentukan alergi. Ianya sangat mujarab bagi mereka yang alergi terutama sekali kepada persekitaran berhabuk. Teh hijau juga membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Flavonoids bukan sahaja untuk menguatkan otot, sebaliknya ia boleh mengubah cara penggunaan hormon yang meningkatkan kelajuan kalori dibakar. 

Risiko penyakit jantung rendah 

Teh hitam atau black tea pula dikatakan berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia menghalang darah daripada berkumpul. Dalam satu kajian yang dijalankan, seramai 1,900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan dua cawan teh setiap hari.

Wednesday, June 29, 2011

Kahwin Lambat Jangan Anggap Diri Malang-Dr, Tuah Iskandar

Bismillahirrahmanirrahim

Apabila kanak-kanak perempuan semula jadinya suka bermain anak patung, itu tandanya sifat keibuan telah bermula sedari awal. Jadi naluri untuk berkahwin sebenarnya adalah semula jadi juga, cuma usia yang terlalu rendah membuatkan mereka tidak memahami bagaimana seseorang itu menjadi hamil kemudian melahirkan anak.

Apa yang mereka tahu, alangkah seronoknya jika ada anak sendiri. Sebab itu, meskipun seorang kanak-kanak berusia lima tahun, dia tahu untuk memandikan anak patungnya itu, memakaikan lampin serta memujuk apabila konon-kononnya anak patung itu menangis.

Jadi, apabila seseorang perempuan itu semakin membesar, naluri untuk berkahwin ini turut sama berkembang, hinggalah ia menjadi realiti suatu masa nanti. Andainya tidak, naluri ini terus ada di situ kerana ia adalah semula jadi. Tidak benar menafikan keinginan untuk berkahwin. Apa yang sebenarnya adalah disebabkan pelbagai hal yang tiada kuasa mengatasinya seperti tiada jodoh, terlalu sibuk mengejar cita-cita atau tidak yakin perkahwinan boleh memberi kebahagiaan, namun keinginan itu tetap ada.

Sebenarnya, tidak mengapa lambat kahwin jika memang ada sesuatu yang ingin dicapai. Perkahwinan pun bukan semestinya menjanjikan kebahagiaan, kemewahan dan kesempurnaan hidup. Amat banyak sekali perkahwinan adalah petaka kehidupan di mana di situlah bermulanya sejarah-sejarah tragis yang terpaksa ditempuh.

Bukan trend melewatkan perkahwinan, terutama dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi tetapi ia adalah suatu keadaan yang kadang-kadang terpaksa ditempuh mengikut kesesuaian yang ada. Jadi, usah terlalu desperate andainya keadaan ini berlaku kepada anda. Bukanlah terlalu buruk tidak lagi berkahwin pada usia yang agak lanjut. Menganggap diri sebagai malang oleh situasi ini adalah salah.

Pastikan Bersedia
Memanglah trend lambat kahwin merencatkan institusi kekeluargaan serta memberi kesan yang lembap pada pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara tetapi tergesa-gesa berkahwin tanpa persediaan mental yang cukup selalunya menjadi sebab pada kehidupan yang keliru. Adalah silap mengambil sesiapa sahaja untuk menjadi pasangan asalkan berkahwin hingga melupakan aspek-aspek seperti kufu dan lain-lain, sebab apalah gunanya perkahwinan hanya untuk menempuh hal-hal yang tidak beres.

Andainya sebelum itu seorang yang amat bahagia tetapi setelah berkahwin terpaksa menempuh pelbagai hal hingga akhirnya ke neraka, bukankah itu rugi. Perkahwinan adalah suatu tiket mudah untuk wanita memasuki syurga, tetapi andainya ia membawa kesusahan dunia untuk dibawa ke akhirat ia bukanlah menarik untuk dilalui.

Di samping menjanjikan kenikmatan, perkahwinan juga datang bersama-sama kesusahan. Daripada golongan bangsawan hinggalah rakyat jelata, perkahwinan ada pelbagai bentuk dan coraknya. Memang ada yang lebih banyak bahagia sedikit derita tetapi banyak juga yang banyaknya derita dan sedikit bahagianya, namun kesemuanya itu ada derita bukan?

Maka, jika tidak mampu bersedia dengan kekuatan emosi, lebih-lebih jika miskin pengetahuan agama, lalu mengukur setiap hal dalam rumah tangga melalui akal semata-mata, ia pasti akan menyulitkan keadaan.

Jadi, apakah nasihat yang sebaik-baiknya? Pertama, pastikan anda benar-benar bersedia. Persediaan ini adalah segala-galanya terutama mental, fizikal dan spiritual. Kedua, anda benar-benar cinta, kalaupun tidak cinta sepenuhnya letaklah azam dalam hati untuk benar-benar mencintai apabila berkahwin kelak sebab kecintaan yang longgar inilah antara sebab ramainya orang ada cinta gelap meskipun setelah beranak pinak bahkan bercucu.

Ketiga, ilmu agama secukupnya. Banyak masalah dalam kehidupan rumah tangga pasti selesai jika kedua-duanya faham agama. Kalau tidak kedua-duanya salah seorang pun memadailah. Berkahwin itu penting, namun ia kerap menjadikan orang melenting oleh isu yang tidak penting.

Monday, May 24, 2010

Teknik Bertengkar Secara Positif



Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:


"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:


1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati diwww.books.perintis.com.my.