catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Showing posts with label catitan usrah. Show all posts
Showing posts with label catitan usrah. Show all posts
Sunday, May 20, 2012
Proses pembinaan Ikhlas dan pengaruhnya.
Langkah yang sangat penting untuk lahirkan ikhlas kepada Allah swt.
1. Tumpukan perhatian hanya kepada penilaian Allah taala semata bukan penilaian manusia.
Kata Al Fudhail bin Iyad- Amal yang dikerjakan kerana manusia adalah syirik. Amal yang ditinggalkan kerana manusia adalah riak.Ikhlas mesti bebas dari keduanya.
2. Menyamakan yang zahir dengan yang batin.
3.Samakan yang sembunyi dan yang terang-terangan. Tidak boleh berlaku amal zahir cantik tapi batinnya buruk.Savi assakti berkata - sesiapa yang berhias dimata manusia dengan sesuatu yang tidak selayaknya maka dia jadi hina dimata Allah.
4. Menganggap sama pujaan dan celaan manusia- Kita tak akan terlepas dari celaan manusia ketika terpuji disisi Allah begitu juga sebaliknya.
5. Tidak boleh rasa diri sudah cukup ikhlas hingga rasa takjub kepada diri sendiri yang boleh merosakkan keikhlasan. Abu Bakar Addakad berkata- kekurangan orang mukhlis kerana melihat keikhlasan , jika dia hendak Allah lihat keikhlasan dia , dia kena rasa dia perlu ikhlas lagi dan perlu sentiasa tambahkan keikhlasannya.
6. Tidak menghitung amal yang dilakukan. Orang mukhlis tidak rasa aman dengan amalnya dia bimbang kalau-kalau amalnya tidak diterima oleh Allah swt.Orang mukhlis melihat amal dia dengan taufik dari Allah, dia melihat pahala kebaikan daripada Allah keatas dirinya.
Tuesday, May 15, 2012
Reformasi aqidah satu keperluan
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Kita boleh sebut Allah sebagai penguasa, sebagai pemilik tetapi jika dilihat dari segi
ketundukan kita masih jauh.
Islam melihat , kalau nak ubah ummah ,kena ada transformasi aqidah.
Transformasi /reformasi aqidah ini ialah untuk elakkan kita terbius dengan kata-kata atau tindakan reformasi/transformasi terhadap ummah.Reformasi yang ada hanyalah reformasi dari tidak menyokong kepada menyokong. setakat itu saja.
Kita kena jelas umat islam tidak akan lahir tanpa ada ubuddiyah kepada Allah swt.
Kita kena berbalik kepada ubuddiyah kepada Allah swt.
Ubbuddiyah bukan setakat sebut dan yakin sahaja tetapi termasuk iktiqad, ibadah,undang-undang kehidupan. sistem kehidupan kerana islam adalah cara hidup.
Islam bukan setakat slogan dan filosofi-tetapi ia kena lahir dalam tindakan.
Iman- ada dalam hati,ada dalam fikiran dan lahir dalam tindakan.
Semua perlakuan , fikiran dan tindakan kita kena ada undang-undang,nak berhibur ada undang-undang dia, nak makan ada undang-undang dia.
Bila iman jelas tak akan ada masaalah. Nak dapat iman yang jelas kena lalui proses imaniah- dengan ini iman akan dapat mengawal amalan setiap individu, masyarakat dan negara.Kalau setakat penguatkuasaan undang-undang semata ia tak akan kemana.
contoh :
Suatu waktu kerajaan Amerika menghabiskan billion juta dollar untuk mengharamkan arak, tetapi gagal dan akhirnya dihalalkan semula hingga hari ini.
Sahabat awal hanya dengan turun sepotong ayat quran melarang meminum arak, mereka sendiri yang memecahkan tempayan-tempayan arak mereka.
Bila tarbiah iman berjalan barulah lahir umat islam. Masyarakat umum perlu difahamkan untuk mengambil islam dalam bentuk sistem kerana yang tak islam yang ada pun dalam bentuk sistem.
Kata Almarhum Syed Qutb. kita tak boleh ambil islam dam bentuk keping-keping,ambik yang kita suka (sesuai dengan nafsu dan selera kita) dan tinggalkan yang kita tak suka kerana hanya hati yang bersih yang dipenuhi iman saja yang dapat bangunkan ummah. Kita nak kena yakin bahawa dengan penekanan kepada proses tarbiah sahaja lah yang akan melahirkan sistem hidup yang syumul.
ketundukan kita masih jauh.
Islam melihat , kalau nak ubah ummah ,kena ada transformasi aqidah.
Transformasi /reformasi aqidah ini ialah untuk elakkan kita terbius dengan kata-kata atau tindakan reformasi/transformasi terhadap ummah.Reformasi yang ada hanyalah reformasi dari tidak menyokong kepada menyokong. setakat itu saja.
Kita kena jelas umat islam tidak akan lahir tanpa ada ubuddiyah kepada Allah swt.
Kita kena berbalik kepada ubuddiyah kepada Allah swt.
Ubbuddiyah bukan setakat sebut dan yakin sahaja tetapi termasuk iktiqad, ibadah,undang-undang kehidupan. sistem kehidupan kerana islam adalah cara hidup.
Islam bukan setakat slogan dan filosofi-tetapi ia kena lahir dalam tindakan.
Iman- ada dalam hati,ada dalam fikiran dan lahir dalam tindakan.
Semua perlakuan , fikiran dan tindakan kita kena ada undang-undang,nak berhibur ada undang-undang dia, nak makan ada undang-undang dia.
Bila iman jelas tak akan ada masaalah. Nak dapat iman yang jelas kena lalui proses imaniah- dengan ini iman akan dapat mengawal amalan setiap individu, masyarakat dan negara.Kalau setakat penguatkuasaan undang-undang semata ia tak akan kemana.
contoh :
Suatu waktu kerajaan Amerika menghabiskan billion juta dollar untuk mengharamkan arak, tetapi gagal dan akhirnya dihalalkan semula hingga hari ini.
Sahabat awal hanya dengan turun sepotong ayat quran melarang meminum arak, mereka sendiri yang memecahkan tempayan-tempayan arak mereka.
Bila tarbiah iman berjalan barulah lahir umat islam. Masyarakat umum perlu difahamkan untuk mengambil islam dalam bentuk sistem kerana yang tak islam yang ada pun dalam bentuk sistem.
Kata Almarhum Syed Qutb. kita tak boleh ambil islam dam bentuk keping-keping,ambik yang kita suka (sesuai dengan nafsu dan selera kita) dan tinggalkan yang kita tak suka kerana hanya hati yang bersih yang dipenuhi iman saja yang dapat bangunkan ummah. Kita nak kena yakin bahawa dengan penekanan kepada proses tarbiah sahaja lah yang akan melahirkan sistem hidup yang syumul.
Tuesday, February 21, 2012
Keberkatan umur
Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Subhanallah.Dari penyampaian yang agak panjang ini saja yang ibu dapat catitkan
semoga dapat difikirkan bersama:-
Sahabat rasulullah saw bernama Saad bin Muaz - masuk islam semasa berumur 31 tahun.
Meninggal pada umur 37 tahun. Tetapi pada hari kematian saad bergegar arasy-
malaikat berebut untuk menghantar mayat muaz- ini adalah kerana pengisian umur nya
dalam ketaatan.
Kita bagaimana? apa yang kita isikan dalam umur kita yang entah bila akan berakhir.
Sama-sama muhasabah.
Subhanallah.Dari penyampaian yang agak panjang ini saja yang ibu dapat catitkan
semoga dapat difikirkan bersama:-
Sahabat rasulullah saw bernama Saad bin Muaz - masuk islam semasa berumur 31 tahun.
Meninggal pada umur 37 tahun. Tetapi pada hari kematian saad bergegar arasy-
malaikat berebut untuk menghantar mayat muaz- ini adalah kerana pengisian umur nya
dalam ketaatan.
| Bab Sebahagian Dari Kelebihan Saad Bin Muaz r.a (sumber my masjid) |
- Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda ketika jenazah Saad bin Muaz masih berada di sisi mereka:Arasy Tuhan Yang Maha Pengasih tergoncang kerananya.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4511 - Hadis Al-Bara' r.a katanya:
Rasulullah s.a.w diberi hadiah pakaian sutera. Para sahabat memegangnyadan mereka merasa kagum akan kehalusannya. Baginda s.a.w bersabda:Adakah kamu merasa hairan akan kehalusan pakaian sutera ini?Sesungguhnya sapu tangan Saad bin Muaz di dalam Syurga lebih baikdan lebih halus dari sutera ini.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4514 - Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah diberi hadiah sepasang jubah yangdiperbuat dari kain sutera tipis. Sedangkan baginda melarang orang ramaidari memakai sutera. Para sahabat merasa hairan. Baginda s.a.w bersabda:Demi zat Muhammad yang berada dalam kekuasaan-Nya.Sesungguhnya sapu tangan Saad bin Muaz di Syurga adalah lebih baik dari jubah ini.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4515
Kita bagaimana? apa yang kita isikan dalam umur kita yang entah bila akan berakhir.
Sama-sama muhasabah.
Wednesday, February 1, 2012
5 dugaan untuk jadi baik
Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
-Bila kita nak tingkatkan iman -kita akan diuji dengan halangan-halangan.
- Orang yang paling berat diuji adalah para nabi, kemudian orang yang paling baik
selepas itu, kemudian orang yang paling baik selepas itu-Inilah susunan yang Nabi saw
letak dan jawapan kepada Saad bin Abi Waqash radiallahuanhu. so kalau nak jadi baik
memang kena uji sebab itu sunnatullah
“Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata:
Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.”ayat 2 Surah al-Ankabut
Orang mukmin akan hadapi 5 dugaan yang susah :-
1. Mukmin yang dengki kepadanya
2. Munafik yang benci kepadanya
3. Orang kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.
-Bila kita nak tingkatkan iman -kita akan diuji dengan halangan-halangan.
- Orang yang paling berat diuji adalah para nabi, kemudian orang yang paling baik
selepas itu, kemudian orang yang paling baik selepas itu-Inilah susunan yang Nabi saw
letak dan jawapan kepada Saad bin Abi Waqash radiallahuanhu. so kalau nak jadi baik
memang kena uji sebab itu sunnatullah
“Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata:
Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.”ayat 2 Surah al-Ankabut
Orang mukmin akan hadapi 5 dugaan yang susah :-
1. Mukmin yang dengki kepadanya
2. Munafik yang benci kepadanya
3. Orang kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.
Saturday, July 2, 2011
Kewajipan ukhti muslimah
Bismillahirrahmanirrahim
Ukti muslimah kena bertanggongjawab terhadap agama.
Ukti muslimah kena bertanggongjawab terhadap agama.
- Wajib beriman kepada Allah. Allah adalah segalanya, Dari situ lahir ketenteraman dalam jiwa dan akal fikiran. nak kena proses hati untuk rasa Allah maha besar, maha tinggi, maha hebat dimana rezeki dan ajal Allah yang tentukan.
- Wajib beriman kepada hari akhirat- kena yakin hari akhir psti tiba dan tiada keraguan padanya. Didunia ini kena bekerja sekuat tenaga, untuk tuaian diakhirat nanti. Tiada rumah yang dapat dihuni oleh seseorang setelah kematian kecualai kurniaan yang telah dibangunkan dengan amal.
- Setiap ukhti muslimah harus berusha supaya setiap perkataan dan perbuatan adalah tabungan untuk akhirat, bahkan sesuap makanan dan sehelai pakaian yang diapakai pundiniat untuk akhirat.
- Hendaknya kita mengetahui Allah tidak memandang sesuatu amal kecuali untuk mencari redho Allahtidak diterima sekiranya mencari pujian manusia.
- Wajib menjaga dengan sebenar-benarnya segala perintah yang diturunkan oleh Allah tanpa berlebih lebihan sehingga melampau dan tanpa pengabaian sampai lemah semangat.
Saturday, February 26, 2011
“Marilah kita duduk beriman sekejap”.
Dari Abdullah bin rawahah
“Marilah kita duduk beriman sekejap”.
Sahabat-sahabat awal rasa perlu ada suasana peringatan kerana Allah telah sediakan 2 sifat iaitu
1. Fujur
2. Taqwa.
Kita perlukan satu suasana yang baik (biah solehah) untuk beri peringatan kepada kita bahawa hidup kita didunia ini adalah sementara.
Dunia ini adalah medan untuk beramal. Akhirat adalah hari kisas dan pembalasan.
Mudah-mudahan hidup yang Allah bagi kita ini bermanafaat untuk kita kembali kepada Allah swt.
Sabda Rasul saw – 3 hal yang akan datangkan keselamatan.
1. 1. Takut kepada Allah taala dalam kesunyian dan keramaian (sendiri atau ramai-ramai).
2. 2. Berlaku adil dalam keadaan redho dan benci.
3. 3. Berhemat dalam keadaan miskin dan kaya.
Penjelasan hadis.
Kehidupan ini adalah ujian Allah swt untuk tahu siapa yang boleh buat kebaikan.Kita tiada pilihan. Kita kena tempoh ujian Allah itu.Ujian-ujian ini akan selamatkan kita diakhirat kelak.
Bagi orang yang gagal dalam tempoh ujian ini, dia akan jadi hina didunia dan celaka diakhirat.
3 kunci keselamatan dalam menempoh ujian ini ialah 3 perkara yang disebutkan diatas.
Hidup ini ujian dan cubaan. Tanpa diuji tak akan nampak keaslian.
Contoh-contoh ujian:-
1. Ayah dan mak diuji dengan kerenah anak-anak.
2. Orang kaya diuji dengan sifat cinta dunia dan sifat kikir.
3. Seorang guru diuji dengan perangai anak muridnya.
Tatapi ingatlah bahawa, dengan ujian itu sebenarnya Allah nak tingkatkan iman kita.Sebab
Allah dah sebut dalam Quran.
Bagi orang yang beriman semua ujian adalah kafarah dari Allah swt. Ini adalah salah satu cara untuk Allah hapuskan dosa-dosa kita.Ujian itu merupakan satu sunnah Allah (sunnatullah).
Wallahuallam.
Tuesday, October 26, 2010
Tafsir surah Al insaan ayat 1 hingga 9
Bismillahirrahmanirrahim.
http://www.audioislam.com//audio/quran/recitation/al-afaasee/surah_al_insan.mp3
Al insaan merupakan ayat makkiah- yakni diturunkan dimekah.
Intipati surah ini ialah:
1. Menyeru kita supaya melakukan ketaatan kepada Allah swt.
2. Menyeru kita supaya mencari redho allah.
3. Mengingatkan kita tentang nikmat Allah.
4. Merasakan kurniaan allah
5. Menjaga diri dari azab allah.
6. Memahami hikmat penciptaan allah seperti diberinya nikmat ujian dan sebagainya.
Allah terangkan dalam surah ini dimana kita sebelum kita jadi manusia.
Dari Allah kita datang, dan tujuan kita didatangkan ilah untuk abdikan diri kepada Allah.
Allah jadikan manusia dari setitis mani untuk diuji.
Allah beri petunjuk kepada manusia kepada jalan yang lurus dan allah beri pilihan kepada mereka untuk memilih jalan kembali mereka sendiri.
Allah memberi kebebasan untuk kita pilih jalan mana yang hendak dipilih.
Ada yang bersyukur. ada yang kafir.
Allah bagi penglihatan, pendengaran, para rasul dan manusia boleh buat pilihan.
Manusia dingatkan supaya tidak sombong kerana sebelum penciptaan manusia dah ada makhluk lain .
Manusia kena merenung saat dia diciptakan didunia ini.
Kita nak kena rasa Allah swt bagi panduan untuk kita uruskan kehidupan..
Kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri.. Ayah adalah pemimpin dalam sebuah keluarga
Kita tidak boleh melupakan hak roh kita.
-Adakah kita bersyukur dengan kurniaan Allah. Rasa syukur itu lahir dari hati yang mendapat petunjuk.
Kalau tak bersyukur maka dia kufur.
Ciri-ciri orang yang dapat nikmat.
1. Orang yang menunaikan nazar.
2.Orang yang takut azab Allah.
3. Orang yang memberi makan , makanan yang disukai nya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.
4. Buat baik kerana nak dapat redho Allah. contoh . Tak perlukan ucapan terima kasih.
Kalau tak bersyukur maka dia kufur.
Ciri-ciri orang yang dapat nikmat.
1. Orang yang menunaikan nazar.
2.Orang yang takut azab Allah.
3. Orang yang memberi makan , makanan yang disukai nya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.
4. Buat baik kerana nak dapat redho Allah. contoh . Tak perlukan ucapan terima kasih.
Wallahuallam
Sunday, October 24, 2010
Malu
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Keimanan itu ada tujuh puluh lebih atau keimanan itu cabangnya ada enam puluh lebih.Seutama-utamanya ialah ucapan La ilaha illallah dan serendah-rendahnya ialah
menyingkirkan apa-apa yang berbahaya dari jalanan.
Sifat malu adalah suatu cabang dari keimanan itu."
(Muttafaq 'alaih)
Hadith : Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Nabi saw bersabda,
"Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya dan malu adalah salah satu cabang iman."[10][ Shahih Bukhari ]
Bismillahirrahmanirrahim.
Malu adalah salah satu dari cabang iman. Tetapi kehidupan kita semakin tidak malu.
1.Dari segi bahasa -malu ini adalah perasaan dukacita yang berlaku pada jiwa kerana takut dicela.2.Dari segi istilah -Malu adalah akhlak yang sesuai dengan sunnah danterlaksana perintah Allah.Daripada Abu Mas’oud, ‘Uqbah bin ‘Amru al-Ansori al-Badriy radhiaLLahu ‘anhu, beliau berkata:
“RasuluLLah sollaLLahu ‘alayhi wasallam bersabda: ‘Sesunggunya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwwah yang pertama ialah: Apabila kamu tidak malu maka lakukan apa yang kamu suka.’ “ [Riwayat Bukhari Kitab Adab #5769, Hadith 21 dalam 40 Hadith an-Nawawi]“Apabila kamu tidak malu maka lakukan apa yang kamu suka”Allah bekalkan sifat malu supaya manusia tidak ada sifat kebinatangan dalam diri.Kita manusia dibuat dari tanah yang hitam legam (tanah chor kata orang trg).Manusia tak akan pamerkan aurat dia kecuali fitrah dia telah rosak.Bila hilang malu ,dia akan hilang fitrah dia. Tak tutup aurat maknanya dia dah tanggalkan pakaian takwa daripada jiwa dan hatinya. Dia lepaskan fitrah bersih dan mencampurkan dengan fitrah kebinatangan dalam diri dia.Kita kena jaga supaya sifat malu ini sentiasa subur dalam jiwa kita.Jenis-jenis malu.1. malu kepada Allah- nak buat apa2 kena ingat kita hamba Allah yang tak punya apa-apa.Malulah yang akan bawa ketaatan kepada Allah dan cegah maksiat.2. Malu kepada manusia- malu kepada ibubapa, guru, rakan sebayaibubapa malu kepada anak-anak. Contohnya :- Ibubapa berasa malu kepada anak sekiranya setiap solat subuh , anak yang kejutkan ibubapa. Begitu juga sebaliknya.3. Malu kepada diri sendiri.Ini adalah kerana Allah ciptakan kita sebagai sebaik-baik kejadian. mempunyai jiwa yang mulia , fitrah yang bersih. Oleh itu kita patut merasa malu untuk merosakkan diri kita sendiri.Keutamaan sifat malu.1. Allah yang ciptakan sifat malu- Allah sangat pemalu dan dia mencintai sifat malu.-Asma ulhusna Al hayiy- yang maha memiliki sifat malu.2. Malu adalah sifat islam. kalau tak malu terhakis sifat islam.3. Malu sebagai perasaan.- Orang yang kawal diri dari benda-benda negatif
dalam tindakan.4. Malu sebagai harga diri.
5. Malu sebagai pembatas masyarakat.contoh malu nak amal islam timbul kesan
negatif dalam masyarakat.Perkara-perkara yang dapat tingkatkan rasa malu.1. Berlakunya murokobatillah- perasann pegawasan Allah dalam hidup. Berlakunya ehsan. Nak rasa lihat Allah , kalau tidak yakin Allah lihat kita tiap masa dan ketika.2. Mensyukuri niqmat allah subhanahuwataala.Wallahuallam.
Saturday, August 28, 2010
Menggunakan syahwat pada tempatnya.
Bismillah dan salam sejahtera.
Allah bagi lisan , ajaklah kepada yang makruf. Wujudkan suasana kebaikan seperti saranan dibawah:-
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)
Dalam ertikata lain dari cakap merapu tak tentu hala yang menambahkan dosa lebih baiklah diam.
Allah bagi Syahwat pandangan-bagaimana nak manafaatkannya?
Gunakan mata untuk baca Al quran atau bacaan-bacaan yang bermanafaat. Memandang apa-apa
saja yang Allah halalkan.Sekarang ni, zaman cabaran maklumat dihujung jari. Klik saja.......
Jangan melihat benda yang haram dipandang. Pandangan pertama adalah pandangan iblis. Pandangan pertama jangan disusuli dengan pandangan kedua, kerana pandangan kedua adalah diharamkan.
Penuhilah syahwat pendengaran dengan mendengar ayat -ayat al Quran dan informasi yang bermanafaat.
Hendaklah kita rimas dalam suasana yang mencemarkan islam.
Keinginan manusia :-
Syahwat harta dunia-cari dengan cara yang halal.-merasakan harta ada ditangan tidak disimpan didalam hati
Bertindaklah dengan bijak dalam mencari dunia. sebab setiap orang akan dimudahkan untuk dunia yang disediakan untuknya.
Bersenang-senanglah dengan harta dunia yang halal dan dengan cara yang halal juga. Jauhi serakah (tamak).
-Bersifat Qanaah dengan dunia-merasa cukup dengan apa yang ada.
Sungguh beruntung seorang islam - dia berasa cukup dengan apa yang Allah beri kepada dia.
Syahwat kekuasaan.
Macam mana nak kawal. tidak berebut untuk memilikinya, merasai kuasa itu suatu amanah, kena tunaikan haq kepada ahli.Contoh- rumahtangga- isteri adalah amanah kepada suami , oleh itu suami kena tunaikan haq
pada amanah itu iaitu
Syahwat nafsu.
Di anjurkan bernikah . Jika tidak mampu dianjurkan berpuasa.
Wallahuallam.
Monday, August 16, 2010
Sedikit tentang israk dan mikraj
Assalamualaikum.
Yang buta bukan mata, tetapi hati yang ada didalam dada.
Peritiwa penting sebelum israk:
1.Ada pemulauan terhadap Bani Hashim dan Bani Ab. Mutalib selama tiga tahun.(tidak dibenarkan berdagang dsbnya).
2. Ditaif pula Rasulullah saw dilempar batu hingga berdarah oleh penduduk taif. Allah hantar malaikat jaga bukit untuk tanya Rasulullah saw hendak hempas bukit kepada penduduk Taif, tetapi sabda Rasulullah saw
" aku berharap ada zuriat mereka yang akan beriman"-dan doa dan harapan rasulullah saw ini benar-benar berlaku kerana semasa berlaku kemurtadan ,penduduk Taif tetap beriman.
Semasa israk dan mikraj inilah solat difardukan 5 waktu sehari semalam yang mana asalnya 50 waktu.
Solat itu adalah agenda hidup orang-orang beriman. Aktiviti hidup yang sentiasa ada didepan dia.
Solat disini ialah solat yang berfungsi, bukan solat tradisi. Solat yang ada peranan.
Peranan solat ialah mencegah fasad dan mungkar. Solat adalah ibadah tulin yang tak boleh dipinda.
Solat ini satu disiplin, Orang yang tak ada disiplin diri dia tidak boleh jadi pemimpin.
Orang cerdik-dia kawal nafsu dan ingat mati.
Orang bodoh-harap redho allahtapi tak buat apa-apa.
Wallahuallam
Yang buta bukan mata, tetapi hati yang ada didalam dada.
Peritiwa penting sebelum israk:
1.Ada pemulauan terhadap Bani Hashim dan Bani Ab. Mutalib selama tiga tahun.(tidak dibenarkan berdagang dsbnya).
2. Ditaif pula Rasulullah saw dilempar batu hingga berdarah oleh penduduk taif. Allah hantar malaikat jaga bukit untuk tanya Rasulullah saw hendak hempas bukit kepada penduduk Taif, tetapi sabda Rasulullah saw
" aku berharap ada zuriat mereka yang akan beriman"-dan doa dan harapan rasulullah saw ini benar-benar berlaku kerana semasa berlaku kemurtadan ,penduduk Taif tetap beriman.
Semasa israk dan mikraj inilah solat difardukan 5 waktu sehari semalam yang mana asalnya 50 waktu.
Solat itu adalah agenda hidup orang-orang beriman. Aktiviti hidup yang sentiasa ada didepan dia.
Solat disini ialah solat yang berfungsi, bukan solat tradisi. Solat yang ada peranan.
Peranan solat ialah mencegah fasad dan mungkar. Solat adalah ibadah tulin yang tak boleh dipinda.
Solat ini satu disiplin, Orang yang tak ada disiplin diri dia tidak boleh jadi pemimpin.
Orang cerdik-dia kawal nafsu dan ingat mati.
Orang bodoh-harap redho allahtapi tak buat apa-apa.
Wallahuallam
Tuesday, August 3, 2010
10 ciri pelajar mithali
10 ciri pelajar mithali yang digariskan ulamak:
1. Kenal diri.
" siapa kenal diri dia maka dia akan kenal pencipta" , dan dia akan tahu untuk apa dia didatangkan kedunia.
2. Punya prinsip.
Matlamat hidup dia cari redho allah.
3. Menjauhkan diri dari melakukan maksiat kepada Allah.
4. Sentiasa berfikir dan berzikir kepada Allah.
5. Bermanafaat untuk orang lain.
6. Menjadikan Allah sebagai pengawas ilmu dia dan masa dia.
7. Mengambil berat soal-soal penting -Fardu ain,keilmuan, baca Quran,solat jamaah.
8. Mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu semasa.
Perkara 7 dan 8 mestilah dikawal oleh kefahaman dan kesedaran islam .Kefahaman islam adalah sesuatu
yang amat dasar untuk kita kenal Allah.
9. Mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
10. Kompetent- menjadi pelajar yang matang dan berwibawa.
Dua faktor utama masalah pelajar atau remaja ialah:-
1. Kawan-kawan.
2. Masaalah dirumah.
Sekolah pertama yang mesti dijaga ialah sekolah rumah tangga.
Guru pertama yang mesti terdidik dan dididik ialah ibu dan ayah.
Wallahuallam.
Tuesday, June 1, 2010
Tentang cinta
Mai bercerita bab cinta. Selalunya bila sebut cinta kita hanya terbayang cinta manusia, cinta teruna dara
cinta laila majnun, cinta Shah Jahan yang dibuktikan dengan Taj Mahal. Tapi sebenarnya cinta ader banyak
Jom kita tengok:-
1. Cinta Tabiat.
Cinta ini cinta yang tidak berhubung dengan pencipta iaitu Allah swt. Cinta ini adalah cinta orang kafir.
cinta orang tidak beriman ia secara tabie dah ada.Cinta kepada makanan, minuman dsbnya.
2. Cinta Fitrah.
Cinta ini dicampakkan oleh Allah swt yang kemungkinan tiada proses apa2 tetapi Allah dah campakkan
dalam hati manusia.Kata Ulamak- Allah tak sebut banyak tentang cinta ibubapa kepada anak kerana
itu fitrah yang Allah bagi.Allah banyak sebut dalam Quran tentang cinta anak kepada ibubapa sebab
dalam sejarah banyak anak derhaka.
3. Cinta Mawaddah.- iaitu cinta suami isteri.
4. Cinta sahabat-cinta ini tiada makna sekiranya tidak dilandaskan kepada cinta kepada Allah swt.
Perkara yang menjadi landasan kepada semua cinta adalah cinta kepada Allah swt. Cinta atau tidak kepada Allah swt akan beri kesan kepada manusia itu sendiri bukan kepada Allah swt. Manusia yang cintakan Allah akan dapat hidayah. Manusia yang tidak cinta Allah tak akan dapat hidayah. Allah beri taufik kepada mereka yang cinta kepadanya.Orang yang cinta Allah dapat kurniaan Allah , hidup dia jadi tenang, dapat niqmat hakiki, diakhirat dia dapat syurga.Cinta ini snagat bergantung kepada kepada keimanan sebab orang beriman cinta kepada Allah.
Proses cinta kepada Allah bergantung kepada keimanan kepada Allah.
Dalam dunia ini manusia cinta kepada pelbagai perkara. Landasan cinta kepada yang lain mestilah kerana
cinta kepada Allah swt.
1. Cinta kepada Ibubapa- kalau tak cinta kepada ibubapa- ini melanggar fitrah insaniah.
2. Cinta kepada anak-merupakan naluri da tabiat manusia.
3. Cinta saudara kandung- yang ada pertalian darah.
4. Cinta suami isteri -dasar kasih sayang.
5. Cinta terhadap keluarga.
6. Cinta harta- merupakan hal yang lazim- kena letak pada pertimbangan sewajarnya
cinta pada harta letak ditangan bukan dihati.( maksudnya tidak kikir)
7. Cinta perniagaan- hal yang lazim.
8. Cinta tempat kediaman.
Tatacara mencintai Allah- Said Redha.
Jalan untuk tumbuhkan kecintaan kepada Allah
1.Banyakkan berzikir.
2. Berfikir tentang kehebatan Allah swt.
3. Fahami isi Al Quran.
4. Latih diri buat ketentuan syariat.
5. Renung ciptaan Allah.
Contoh orangcinta Allah. Cinta Siti Habsah- 4 orang putra pergi perang kerana cinta kapada Allah.
Bila diberitahu anaknya syahid- dia bersyukur kepada Allahdan berharap supaya dia ditempatkan
bersama anaknya disyurga.Punca cinta kepada Allah adalah keimanan mereka.
Tanda -tanda manusia yang cinta kepada Allah- Iman Al Ghazali.
1. Tidak ragu-ragu dalam hadapi kematian-cinta kepada mati bukan takut kepada mati.
2. Sentiasa berusaha untuk kendalikan hawanafsu ( tidur yang banyak, makan banyak, banyak ketawa)
pusatkan aktiviti untuk buat ibadah.
3.Selalu ingatkannya- tak lupa dari allah.
4. Banyakkan zikir, baca quran , solat dan puasa.
5. Rajin berkhalwat, rajin bersendiri untuk kenang Allah , zikir.solat, taubat.
6. Sentiasa muhasabah diri, kesal dengan waktu yang terbuang sia-sia dan tidak melakukan amalan
yang menjurus kearah kebaikan.
7. Rasa nikmat jika dapat buat ibadah dengan tertib- tak berat nak lakukan ibadah.
8. Berlaku ramah dengan muslimin, tegas dengan orang kafir.
9. Berdakwah-ajak orang buat baik cegah mungkar.
10. Buat ibadah kerana cinta kepada Allah.
11. Sembunyikan ibadah/ kebaikan dari orang ramai.
12. Sentiasa melekat hatinya dengan Allah, redho dengan ketentuan Allah.
Wallahuallam.
Contoh orangcinta Allah. Cinta Siti Habsah- 4 orang putra pergi perang kerana cinta kapada Allah.
Bila diberitahu anaknya syahid- dia bersyukur kepada Allahdan berharap supaya dia ditempatkan
bersama anaknya disyurga.Punca cinta kepada Allah adalah keimanan mereka.
Tanda -tanda manusia yang cinta kepada Allah- Iman Al Ghazali.
1. Tidak ragu-ragu dalam hadapi kematian-cinta kepada mati bukan takut kepada mati.
2. Sentiasa berusaha untuk kendalikan hawanafsu ( tidur yang banyak, makan banyak, banyak ketawa)
pusatkan aktiviti untuk buat ibadah.
3.Selalu ingatkannya- tak lupa dari allah.
4. Banyakkan zikir, baca quran , solat dan puasa.
5. Rajin berkhalwat, rajin bersendiri untuk kenang Allah , zikir.solat, taubat.
6. Sentiasa muhasabah diri, kesal dengan waktu yang terbuang sia-sia dan tidak melakukan amalan
yang menjurus kearah kebaikan.
7. Rasa nikmat jika dapat buat ibadah dengan tertib- tak berat nak lakukan ibadah.
8. Berlaku ramah dengan muslimin, tegas dengan orang kafir.
9. Berdakwah-ajak orang buat baik cegah mungkar.
10. Buat ibadah kerana cinta kepada Allah.
11. Sembunyikan ibadah/ kebaikan dari orang ramai.
12. Sentiasa melekat hatinya dengan Allah, redho dengan ketentuan Allah.
Wallahuallam.
Saturday, December 19, 2009
Ukhuwah
Kita kena waspada supaya ukhuwah tidak lahir dari iman yang palsu.
Langkah-langkah untuk hindar daripada merosakkan ukhuwah :
1. Tabayyun- iaitu mencari penjelasan maklumat- elakkan masalah komunikasi.
2. Elakkan dari memperolokkan orang atau kelompok lain. Rasa nak perolokkan orang ini timbul kerana dia rasa dia lebih.
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” Al Israa':37
3. Tidak mencela orang lain.
4. Meninggalkan panggilan-panggilan tidak baik terhadap sesama muslim.
Al Hujuraat11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1409] dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman[1410] dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
5. Jauhilah sebarang prasangka kerana prasangka itu dosa.
6. Dia tidak mencari-cari kesalahan atau aurat orang lain ( mengumpat) kerana itu dicela oleh allah dalam Alhujurat ayat 12 :
“ Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”
Adab dalam menjaga Ukhuwah.
1. Menyintai sahabat kerana Allah swt.
2. Mengucapkan salam ketika bertemu.
An Nisaa'86. Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)[327]. Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu
3. Menjengok sahabat ketika sakit , beri makan ketika dia lapar dan seumpama. (memberi pertolongan ketika perlu.)
4. Mendoakan sahabat ketika dia bersin.
5. Menolong ketika dia kesempitan.
6. Memberikan ucapan selamat dalam seberapa kesempatan. Eg.: Naik Pangkat , dapat menantu ,Berjaya dalam peperiksaan
Walimah dan sebagainya.
7. Saling memberi hadiah dalam seberapa kesempatan. 262. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
8. Saling bermaafan.
9. Tidak memutuskan perhubungan dan membelakangkan mereka.
10. Bertolak ansur dan memaafkan kelemahan sahabat.
11. Menemui sahabat-sahabat dengan muka yang manis- seorang muslim mesti murni batinnya, suci jiwanya , sentiasa senyum,ramah mesra dan riang gembira.
12. Menasihati sahabat. Muslim yang benar bertindak sebagai penasihat yang jujur.
Wallahuallam.
Tuesday, December 1, 2009
Malam pertama dialam kubur-
Dalam kehidupan manusia ada dua malam yang istimewa.
1. Malam dimana ketika bergurau senda dengan orang-orang yang dikasehi-hidup penoh nikmat dalam keadaan sihat walafiat.
2. Malam dimana malaikat datang kepada kita dan hantar kita kekubur dan itulah malam pertama kita dalam kubur.
Malam pertama dialam kubur tiada sesiapa menemani kita. Dan kita kena tanam dalam jiwa kita itulah hakikat manusia sebenarnya. Bila membayangkan malam pertama dialam kubur ulamak menangis. Tengoklah betapa kerasnya hati kita kerana kita tidak menangis.
Bila melihat kematian kita hendaklah ada rasa empati- muhasabah diri bahawa kita juga akan mati. Lihat hakikat kematian dan beri refleksi kepada diri kita dan segera kita ubah kehidupan kita.
Tempat yang jauh yang semua manusia mesti sampai adalah kubur.Tidak ada apa-apa yang dapat menerangkan kegelapan dialam kubur kita kecuali amal soleh setelah beriman.
Saidina Osman Affan r.a semasa hantar jenazah kekubur menngis hingga pengsan- sahabat angkat bawak balik pucat macam mayat.Itulah ketakutan para sahabat rasulullah s.a.w yang telah ada jaminan syurga oleh Allah swt. Bagaimana kita ?
Sabda R(Saw)
" Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat perhentian alam akhirat. Oleh itu, jika seseorang terselamat daripada huru-hara azabnya, maka huru- hara di tempat lain lebih ringan lagi kepadanya ; dan jika dia tidak terselamat daripada yang tersebut itu, maka huru-hara di tempat lebih berat lagi " . - ( Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah )
Wallahuallam.
Syahadah.
Bila kita bersyahadah, kita berjanji dengan Allah swt. Bila kita bersyahadah, kita bersedia untuk bertarung dengan kehidupan kita ini.Syahadah juga merupakan sumpah setia.
Sebab itulah sahabat awal, bila ucap syahadah, berubah hidup mereka. Sahabat awal bila ucap syahadah bersedia untuk terima tentangan , pemulauan dan siksaan daripada orang kafir Quraish pada masa itu.
Syahadah merupakan tonggak kepada perlaksanaan ibadah-ibadah yang lain.
Solat, puasa haji merupakan training/latihan untuk berhubung dengan Allah swt.
Contohnya: Solat, bila bertitik tolak dengan fahaman syahadah, solat itu dapat mencegah mungkar.
Syahadah merupakan noktah kepada perubahan diri kita.Kita perlu perbaiki iman yang usang. Iman yang ada pada kita akan berkurangan sebagaimana usangnya pakaian . Oleh itu kita nak kena selalu mintak Allah perbaharui iman kita.
Petanda iman usang:
1. Malas beribadah- buat yang wajib sambil lewa
2. Tinggalkan amalan sunat
3. Tinggal baca quran
4 Sangat jarang berzikir dan berdoa kepada Allah
5. Banyak lakukan kerja yang sia-sia- banyak tengok TV, pesta-pesta yang tidak ada manafaat kepada iman.
Abu hurairah r. a berkata R(saw) bersabda:- “ Diantara (tanda kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya.”
6. Sibok dengan urusan duniawi dan mengejar kekayaan , hati terfokus kepada dunia semata, sepatutnya kekayaan yang ada adalah untuk tingkatkan iman.
Al Fajr ayat20. dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan
7 Cinta kepada anak isteri secara berlebihan. Contoh kecintaan sebenar. Suami /isteri merenjis air untuk
Sama-sama bangun solat malam.
71. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 9. At Taubah
Cara nak baiki iman.
Cara nak baiki iman.
1. Doa kat Allah supaya renew ima n kita.
( Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan lah hatiku dalam iman)
3. Banyakkkan tilawah alQuran- Disunnahkan tadarus (baca beramai-ramai supaya dapat betulkan bacaan)
3. Banyakkan zikir- baca mathurat secara berkeluarga.
4. Istiqamah (konsisten) dalam realisasikan amal kita.
5. Sentiasa istifar dan taubat kepada Allah swt. ( Diriwayatkan Rasulullah saw istifar 100kali tiap hari)
6. Bersegeralah kepada keampunan Allah kerana umur kita kita tidak tahu sampai bila.
7. Hendaklah sentiasa memohon maaf daripada kedua ibubapa kita.Sekiranya kedua ibubapa telah meninggal doakan kerahmatan untuk mereka dari Allah swt.
Mengapa kita mesti renew iman kita.
1. Supaya jiwa kita kembali dalam keadaan segar/ sihat kerana jiwa yang segar dan sihat ini akan respond kepada kebenaran. Sentiasa usha untuk cari kebenaran dan mengikutinya.
2. Jiwa yang sakit akan menyebabkan nasihat tidak didengari, makin jauh dari allah swt. Dia dengar tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak ada dorongan untuk cari kebenaran. Malah berpaling dari kebenaran.Dengan itu dia menghantarkan dirinya kepada kesesatan dan azab allah swt. Kalau hal ini dibiarkan suatu saat dia membenci kebenaran dan akhirnya dia akan celaka dunia dan akhirat-nanti bukan sekadar benci kebenaran tetapi memerangi kebenaran.
3. Iman yang kuat akan menyebabkan kita menyintai kebenaran , cinta kepada islam dan akan termasuk dikalangan mereka-mereka yang mendapat petunjuk.
4. Iman yang progresif akan buat pemiliknya untuk tambah kualiti dan kuantiti iman. Contoh:- Lepas buat solat wajib dengan sempurna , rasa nak buat solat sunat pulak, hasil dari dorongan iman tadi.
5. Iman yang lusuh tak ada rasa untuk tingkatkan iman, dibimbangi suatu hari , dia dah tak boleh terima kebenaran.
Al Baqarah ayat7. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka[20], dan penglihatan mereka ditutup[21]. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. |
[20]. Yakni orang itu tidak dapat menerima petunjuk, dan segala macam nasehatpun tidak akan berbekas padanya. [21]. Maksudnya: mereka tidak dapat memperhatikan dan memahami ayat-ayat Al Quran yang mereka dengar dan tidak dapat mengambil pelajaran dari tanda-tanda kebesaran Allah yang mereka lihat di cakrawala, di permukaan bumi dan pada diri mereka sendiri. |
6. Iman yang progresif buat pemiliknya tafakkur tentang diri, penciptaan langit dan bumi serta isinya.
Albaqarah164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
7 . Iman yang progresif akan buat seseorang itu sentiasa ingat dan sebut nama Allah sentiasa.
7 . Iman yang progresif akan buat seseorang itu sentiasa ingat dan sebut nama Allah sentiasa.
8. Iman progresif juga akan mendorong pemiliknya untuk ikut al Quran dan sunnah dan ikut perintah allah dan rasulullah saw.
Wallahuallam.
Subscribe to:
Posts (Atom)













